omniture

Country Garden dan Lebih 30 Syarikat Gergasi Seperti Cisco Bersama-sama Bangunkan Bandar Teknologi

Country Garden Holdings
2017-05-22 23:24 754

SHENZHEN, China, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pada 5 Mei 2017, Country Garden Group mengadakan sidang akhbar di Shenzhen untuk merangsang strategi Integrasi Bandar-Industri.

Sejak Ogos 2016, sewaktu strategi Integrasi Bandar-Industri mula diperkenalkan, Country Garden telah menyiapkan susun atur awal pelbagai bandar teknologi di Delta Sungai Mutiara, Delta Sungai Yangtze, rantau Beijing-Tianjin-Hebei dan kawasan-kawasan lain selain menjalin hubungan strategik dengan lebih 30 institusi yang tersohor dari dalam dan luar negara seperti Cisco, Tsinghua University, Pusat Kajian Komprehensif CAS dan lain-lain bagi mewujudkan platform pembangunan ideal untuk "Buatan China 2025".

Lin Zhaoxian (tiga dari kanan), Naib Presiden dan Ketua Pegawai Keselamatan Country Garden Group, Zhu Jianmin (kanan), Naib Presiden dan setiausaha akhbar Country Garden Group, Zhang Jian (dua dari kanan), Pengurus Besar Bahagian Transformasi Perniagaan Cisco China, Xiang Junbo (kiri), Penolong Presiden dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Bandar-Industri Country Garden Group dan Zhang Min (dua dari kiri), Naib Presiden Zhongcheng New Industry bersama-sama memulakan majlis pembukaan dewan pameran Bandar Sains Teknologi Tonghu kepada orang awam
Lin Zhaoxian (tiga dari kanan), Naib Presiden dan Ketua Pegawai Keselamatan Country Garden Group, Zhu Jianmin (kanan), Naib Presiden dan setiausaha akhbar Country Garden Group, Zhang Jian (dua dari kanan), Pengurus Besar Bahagian Transformasi Perniagaan Cisco China, Xiang Junbo (kiri), Penolong Presiden dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan Bandar-Industri Country Garden Group dan Zhang Min (dua dari kiri), Naib Presiden Zhongcheng New Industry bersama-sama memulakan majlis pembukaan dewan pameran Bandar Sains Teknologi Tonghu kepada orang awam

Setelah 3 Mei iaitu apabila tanah untuk projek Bandar Teknologi Tonghu fasa pertama diperoleh dengan jayanya, pada 5 Mei, dewan pameran bandar Teknologi Shenzhen dibuka untuk orang awam dan strategi Integrasi Bandar-Industri Country Garden memulakan lembaran baharu. Dalam masa yang sama, pembangunan Bandar Teknologi Tonghu benar-benar memasuki fasa penting dan sebuah bandar sains teknologi dan inovatif baharu akan muncul di Tonghu, bandar raya Huizhou, lokasi penting di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.

Shenzhen ialah sebuah bandar mengagumkan yang telah meningkat maju daripada sebuah perkampungan kecil yang tidak dikenali menjadi salah sebuah bandar tahap pertama di China. Selain dasar pembaharuan dan keterbukaan yang hebat, pencapaian yang ditunjukkan oleh Shenzhen hari ini bergantung khususnya pada rantaian industri yang sempurna serta kluster syarikat perusahaan sains teknologi. Walau bagaimanapun, kos tinggi yang semakin meningkat dalam setiap aspek di Shenzhen seperti pendidikan, kehidupan, sains dan teknologi, inovasi dan lain-lain, menggandakan tekanan bagi kebanyakan syarikat perusahaan dan juga individu.

Bandar Tonghu di bandar raya Huizhou dipilih sebagai lokasi untuk bandar teknologi pertama Country Garden. Mengapa? Tempat ini mempunyai kedudukan strategik iaitu terletak di tengah-tengah Persimpangan Shenzhen-Huizhou-Dongguan, laluan penting di Kawasan Teluk Besar Guandong-Hong Kong-Macau. Country Garden berminat terhadap permintaan daripada industri-industri yang sudah sarat di Shenzhen.

Kelebihan Serantau yang Jelas bagi Bandar Sains Teknologi Tonghu
Kelebihan Serantau yang Jelas bagi Bandar Sains Teknologi Tonghu

Bandar Teknologi Tonghu terletak di zon eko-pintar di bandar Tonghu, bandar raya Huizhou, yang dijangka menjadi tempat perhimpunan bertaraf dunia pertama untuk industri-industri inovatif sekitar Shenzhen bagi mencapai integrasi dari segi fungsi, pengangkutan, kemudahan sokongan dan juga perkhidmatan. Di samping itu, Bandar Teknologi Tonghu akan bergantung pada kelebihan serantau yang sangat baik demi memberi peluang terhadap pembangunan ekonomi di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dan melaksanakan pemindahan strategik untuk industri-industri baru muncul di kawasan ini,dan dengan yang demikian menjadi model bagi menggalakkan pembangunan Kawasan Teluk Besar dan pusat pertumbuhan baharu demi pembangunan ekonomi yang pesat di Delta Sungai Mutiara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1855322-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170518/1855322-1-b 

Source: Country Garden Holdings
Keywords: Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Licensing/marketing agreements