omniture

Menyusuri Gelombang Inisiatif "Jalur dan Jalan", Presiden LONGi Li Zhenguo dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak Bertemu di Beijing

LONGi Solar
2017-05-22 23:53 376

SHANGHAI, 22 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Forum Sidang Kemuncak Kerjasama Antarabangsa berprofil tinggi berhubung Inisiatif "Jalur dan Jalan" diiktiraf secara meluas dan amat dipuji oleh masyarakat antarabangsa. Bagi memanfaatkan peluang ini, Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menghadiri forum dan bertemu dengan para eksekutif kanan daripada empat syarikat yang membuat pelaburan di Malaysia, termasuk LONGi. Presiden LONGi Li Zhenguo, bagi pihak syarikat, menghadiri perjumpaan itu dan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Pada perjumpaan tersebut, En. Li Zhenguo terlebih dahulu memberikan maklumat pengenalan tentang tahap pembangunan dan pelaksanaan global syarikat. Sebagai satu-satunya syarikat PV yang mengaturkan rantaian nilai keseluruhan selain poli-Si di Malaysia, LONGi telah melabur sejumlah RMB 1.6 bilion di Malaysia menerusi "pengambilalihan + pembangunan baharu". Produk-produk akan dihantar khususnya ke benua Amerika, Eropah dan rantau Ais Pasifik. Menurut En. Li Zhenguo, projek di Malaysia oleh LONGi mempunyai kepentingan strategik demi mengambil peluang terbaik dari segi kos global bagi menjamin kepimpinan global syarikat dalam bidang mono-Si.

Perdana Menteri Najib Tun Razak amat menghargai kesan positif LONGi terhadap pertumbuhan ekonomi, guna tenaga dan galakan tenaga baharu di Malaysia. Beliau berharap LONGi dapat membuat kemajuan selanjutnya pada masa depan.

Bagi menghadapi globalisasi ekonomi dan perdagangan, LONGi terus meningkatkan prestasi perniagaan dalam seluruh rantaian nilai dan meninjau peluang pasaran luar negara dengan aktif bagi mengukuhkan kedudukan syarikat di Amerika Syarikat, Jepun, Ireland dan Jerman, selain pangkalan pengeluaran di Malaysia dan juga India. LONGi berusaha dengan agresif bagi meningkatkan kapasiti jongkong dan wafer silikon sebagai tindak balas terhadap permintaan pasaran yang kukuh. Dalam pada itu, LONGi akan terus membekalkan pelanggan dengan sel dan modul monohabluran berkecekapan tinggi dengan LCOE yang lebih rendah serta nisbah prestasi kos yang lebih baik.

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Trade show news