omniture

Things Mobile: Pengendali Mudah Alih Global Pertama Khusus untuk Internet Komunikasi Benda (IoT) Telah Tiba

Things Mobile
2017-05-23 08:00 712

MILAN, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Things Mobile hubungkan jutaan peranti seluruh dunia – walau tanpa Wi-Fi

Things Mobile, Pengendali Mudah Alih Global yang mengkhusus dalam Internet Komunikasi Benda, tercetus hasil idea genius Manuela Zanella yang mempunyai pengalaman selama sedekad dalam perayauan antarabangsa dan pasaran TLC menerusi syarikat-syarikat beliau Zeromobile dan ChatSim, kad SIM yang diwujudkan untuk berbual secara percuma dan tanpa had menerusi WhatsApp dan Aplikasi Pesanan Segera lain. Dalam projek inilah Zeromobile menjadi pemegang saham majoriti manakala Angelsim Sarl dan Juan de la Coba - pernah menjadi pelabur dalam ChatSim dan pengasas bersama kedua ChatSim - ialah rakan-rakan kongsi utama yang lain.

generated by system

Things Mobile ialah evolusi dalam bidang pertukaran data: "Things Mobile diwujudkan dengan memberi tumpuan terhadap matlamat penting: menaik taraf teknologi benda yang terhubung dengan Internet menjadikannya lebih mesra pengguna, lebih pantas dan lebih mudah. Memandangkan kebanyakan peranti bertukar-tukar kilobait yang amat sedikit, kadar pertukaran kami menjamin kos sambungan yang amat rendah dan tanpa bayaran pengurusan untuk peranti," tegas Manuel Zanella.

Kadar pertukaran berserta ciri-ciri teknikal unik pada kad SIM menjadikan Things Mobile sebagai pengendali IoT paling mampu milik, kompetitif dan andal dalam pasaran global. Ia membolehkan produk IoT dihubungkan dan diurus di seluruh dunia, dengan kadar yang amat kompetitif bermula daripada €0.10/MB di negara-negara paling penting di dunia. Sambungan tanpa wayar Things Mobile dapat berfungsi di mana-mana, walau tanpa Wi-Fi.

Kad SIM Things Mobile memastikan sambungan data dengan lebih 50% penjimatan berbanding pengendali mudah alih konvensional hasil perjanjian dengan 250 rakan yang diakreditasi di lebih 165 negara serata dunia, menyediakan sambungan, liputan dan kualiti terbaik.

Ia merupakan penyelesaian IoT global baharu yang menjamin sambungan tanpa wayar di seluruh dunia tanpa kos pendahuluan atau kos tetap. Ia dapat berfungsi dengan pelbagai sambungan rangkaian. Kad SIM inovatif untuk peranti IoT ini dapat menyokong pelanggan untuk semua rangkaian: 2G, 3G dan 4G LTE

Semua maklumat tentang Things Mobile boleh didapati di http://www.thingsmobile.com

https://www.thingsmobile.com/press/things-mobile-is-born

https://www.thingsmobile.com/it/press/nasce-things-mobile

#1 Network of Things

E-mel: press@thingsmobile.com

Source: Things Mobile
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services