omniture

Kolaborasi dan Inovasi Diiktiraf, Amcor Raih Tiga Anugerah sempena Anugerah Pembungkusan DuPont 2017

Amcor
2017-05-23 22:52 886

ZURICH, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ --

Pendekatan bertumpu pelanggan Amcor dan pencapaian dalam kolaborasi dan inovasi diiktiraf sebanyak tiga kali melalui Anugerah DuPont 2017 untuk Inovasi Pembungkusan. 

generated by system

generated by system

Syarikat pembungkusan bertaraf global ini merangkul anugerah emas bagi kategori-kategori Kemajuan Teknologi dan Pembungkusan Bertanggungjawab untuk pembungkusan kopi Vento™; anugerah perak untuk botol Vitaminwater® 20 auns bagi kategori Pembungkusan Bertanggungjawab; dan - dengan kerjasama Crown Holdings Inc. - anugerah emas untuk Peelfit™ bagi kategori-kategori Kemajuan Teknologi dan Pembungkusan Bertanggungjawab.

"Kepakaran global kami kerap menghasilkan pembungkusan yang lebih berfungsi, menarik dan berkesan kos untuk pelanggan kami dan pengguna mereka selain lebih lestari untuk alam sekitar," kata Brian Carvill, Naib Presiden Penyelidikan, Pembangunan dan Kejuruteraan Lanjutan untuk perniagaan Rigid Plastics Amcor.

Dr. Carvill berkata ia adalah satu penghormatan apabila tiga produk Amcor mendapat pengiktirafan tahun ini menerusi Anugerah DuPont.

"Produk-produk ini memperlihatkan komitmen Amcor terhadap kolaborasi dan inovasi bersama pelanggan kami, dan menonjolkan pengetahuan mendalam syarikat tentang pemprosesan pelanggan dan juga keperluan rantaian bekalan," kata beliau.

Botol Vitaminwater polietilena tereftalat (PET) menggunakan dua inovasi Amcor bagi meningkatkan prestasi, dan pada masa yang sama ia lebih ringan berbanding bekas isian-panas konvensional. Tapak botol menggunakan teknologi PowerStrap™ Amcor bagi mengukuhkan strukturnya dan meningkatkan penyerapan vakum semasa mengisi. Dinding sisinya menggunakan teknologi ActiveHinge™ syarikat demi meningkatkan lagi ketegaran. Selain mengurangkan berat bungkusan, teknologi-teknologi ini turut meningkatkan kecekapan pelabelan serta kekuatan susunan bertingkat.

Anugerah kedua diberikan kepada Vento, laminasi berprestasi tinggi daripada Amcor untuk serbuk kopi dan juga bijih kopi. Pembungkusan yang inovatif membolehkan pengeluar kopi mengekalkan rasa dan aroma kopi dipanggang segar tanpa memerlukan injap keras, mesin tambahan dan langkah pemprosesan tambahan, jelas Luca Zerbini, Naib Presiden Pemasaran, Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan Kemampanan untuk bahagian Fleksibel Amcor di Eropah.

"Pemanggang kopi ingin mengurangkan kos dan tahap kerumitan pembungkusan, di samping meningkatkan kelajuan operasi mereka," kata En. Zerbini. "Sistem penyahgas Vento disepadukan ke dalam laminasi, memberikan reka bentuk pembungkusan yang lebih anjal, beroperasi untuk semua mesin pembungkusan kopi dan boleh meningkatkan kelajuan proses pembungkusan."

Vento mengekalkan keutuhan halangan dan kesegaran produk, lebih ringan dan turut mengurangkan kesan karbon berbanding pembungkusan kopi dengan injap keras. Ia tidak memerlukan pembelian dan penggunaan injap tradisional, dan membolehkan kopi dibungkus serta merta selepas dipanggang tanpa memerlukan peralatan mahupun langkah tambahan.

Produk ketiga yang menerima pengiktirafan, Peelfit™ dibangunkan oleh Crown Holdings Inc. menggunakan CanSeal Pro daripada Amcor. Peelfit direka untuk pasaran makanan kering demi memenuhi keperluan terhadap ciri kemudahan yang lebih hebat, pengurangan berat pembungkusan dan peningkatan perlindungan produk.

"Peelfit ialah hasil ciptaan pereka dan jurutera berbakat daripada Crown bersama rakan pembungkusan strategik kami, Amcor," kata Olivier Aubry, Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, Crown Food Eropah.

CanSeal Pro Amcor ialah membran fleksibel yang revolusioner, membolehkan Peelfit™ menggunakan sedikit logam sambil mengekalkan prestasi dan fungsi. Faedah-faedah kemampanan termasuk penghapusan cincin keluli keras yang biasanya diperlukan untuk aplikasi kelim berganda, menjadikan bekas tersebut 16 peratus lebih ringan berbanding tin kelim kerajang konvensional.  

Anugerah DuPont untuk Pembungkusan ialah persaingan bertaraf antarabangsa yang dihakimi secara bebas yang mengiktiraf inovasi bagi reka bentuk pembungkusan, bahan-bahan, teknologi dan proses sepanjang rantaian nilai pembungkusan. Panel hakim menilai lebih 140 penyertaan dari 24 negara.

Amcor meraih Anugerah DuPont untuk beberapa penyelesaian pembungkusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk Formpack® Ultra, pembungkusan lepuh bentuk sejuk untuk industri farmaseutikal dan botol PET untuk Method Products yang mengandungi 100 peratus resin PET kitar semula pasca pelanggan.

Latar Belakang Amcor
Amcor Limited (ASX: AMC; http://www.amcor.com) ialah peneraju global bagi penyelesaian pembungkusan bertanggungjawab, memberi tumpuan terhadap pelbagai pilihan pembungkusan plastik yang fleksibel dan keras yang meningkatkan penggunaan produk pengguna dalam kehidupan harian, dengan 95 peratus jualannya adalah dalam industri makanan, minuman, penjagaan kesihatan dan juga tembakau. Syarikat ini menggaji lebih 31,000 kakitangan di seluruh dunia, beroperasi di lebih 40 negara dan merentasi lebih 190 lokasi.

Untuk maklumat lanjut: http://www.amcor.com

Vento™    https://www.amcor.com/products_services/vento

CanSeal Pro https://www.amcor.com/products_services/canseal-pro  

Vitaminwater: https://www.youtube.com/watch?v=41D7YejgW2w

Maklumat Perhubungan Media: 
Melinda de Boer
Pengarah - Komunikasi Luar 
+41-44-316-17-17  
melinda.deboer@amcor.com

Source: Amcor
Keywords: Paper/Forest Products/Containers Awards