omniture

Elit Global Berdaya Saing Baharu Muncul dalam Kedudukan Daya Saing Dunia Terkini Sekolah Perniagaan IMD

IMD
2017-06-01 02:10 695

LAUSANNE, Switzerland, 1 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Negara-negara paling berdaya saing di dunia terus berasak-asak untuk mendapatkan kedudukan tertinggi dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia IMD 2017, dengan AS tersingkir daripada kedudukan tiga teratas.

generated by system

Hong Kong mengukuhkan penguasaannya bagi senarai kedudukan tahunan yang disusun oleh Pusat Daya Saing Dunia IMD, dengan mengambil kedudukan teratas bagi tahun kedua. Switzerland dan Singapura pula tersenarai pada kedudukan kedua dan ketiga, manakala AS menduduki tempat keempat, kedudukan terendah yang dicapai olehnya dalam tempoh lima tahun dan turun dari kedudukan ketiga berbanding tahun lalu. Belanda tersenarai dalam kedudukan lima teratas, mendaki kedudukan daripada tempat kelapan tahun lalu.

Pusat Daya Saing Dunia IMD, sebuah pusat penyelidikan di sekolah perniagaan IMD di Switzerland, menyiarkan kedudukan setiap tahun sejak tahun 1989. Ia disusun mengikut 260 penunjuk. Tahun ini, 63 negara diberikan kedudukan dengan Cyprus dan Arab Saudi pertama kali berada dalam senarai.

Profesor Arturo Bris, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD, berkata penunjuk yang paling menonjol dalam kalangan negara yang paling tinggi peningkatan adalah berkaitan dengan kecekapan kerajaan dan perniagaan, selain produktiviti.

"Negara-negara ini mengekalkan persekitaran yang mesra perniagaan yang menggalakkan sifat keterbukaan dan juga produktiviti," kata beliau. "Jika anda lihat China, peningkatan kedudukan sebanyak tujuh anak tangga kepada tempat ke-18 boleh dilihat menerusi dedikasinya terhadap perdagangan antarabangsa. Ini terus memacu ekonomi dan juga peningkatan kecekapan kerajaan dan juga perniagaan."

Sementara itu, kedudukan bawah sebahagian besarnya melibatkan negara-negara yang mengalami pergolakan politik dan ekonomi.

Memperkenalkan Kedudukan Daya Saing Digital

Buat julung kali tahun ini, Pusat Daya Saing Dunia IMD menerbitkan laporan berasingan yang memberi kedudukan menurut daya saing digital negara-negara. Kedudukan Daya Saing Digital baharu ini bermatlamat untuk menilai keupayaan negara-negara dalam mengguna pakai dan meneroka teknologi-teknologi digital yang membawa kepada transformasi dalam amalan kerajaan, model perniagaan dan masyarakat secara umum.

Tersenarai pada kedudukan teratas ialah Singapura, diikuti dengan Sweden, AS, Finland dan Denmark. "Tidak syak lagi bahawa institusi-institusi kerajaan yang prihatin dan inklusif mendorong inovasi teknologi," kata Bris.

"Singapura dan Sweden telah mewujudkan peraturan yang memanfaatkan bakat yang mereka peroleh dengan mengguna pakai, misalnya, peraturan yang memudahkan kemasukan tenaga mahir luar negara yang melengkapi himpunan tenaga mahir yang tersedia di dalam negara. AS melabur lebih banyak dalam membangunkan penumpuan saintifiknya dan penjanaan idea-idea, namun negara itu turut mempunyai sejarah sokongan kerajaan terhadap inovasi teknologi. Ini menunjukkan bahawa di negara-negara yang berdaya saing secara digital, kerajaan perlu memudahkan penggunaan teknologi-teknologi baharu."

Latar Belakang IMD  

IMD ialah sekolah perniagaan berkedudukan tinggi, pakar dalam melahirkan pemimpin, mengubah organisasi dan mewujudkan impak positif secara serta merta dan dalam tempoh jangka panjang. IMD berpangkalan di Lausanne, Switzerland dan Singapura. http://www.imd.org

Maklumat Perhubungan Media: Aicha Besser, +41-21-618-0507, Aicha.besser@imd.org

Source: IMD
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Survey, Polls & Research