omniture

Networking for Success Kembali

Midas Communication International Co., Ltd.
2017-06-01 16:37 802

Acara rangkaian paling popular di Bangkok akan dilancar semula pada Jun 2017

BANGKOK, Thailand, 31 Mei 2017 /PRNewswire/ -- 6 Jun 2017, akan menandakan pelancaran semula salah satu acara rangkaian yang paling popular di Bangkok, Networking for Success (NFS). Mesyuarat pertama bulanan yang dianjurkan oleh NFS akan menampilkan penceramah terkenal Dan Schwartz dan penyampaian beliau "Networking for Millions" ("Rangkaian untuk Berjuta") diikuti dengan makan tengah hari perniagaan. Semua ini akan berlangsung di pejabat berservis CEO Suite di bangunan pejabat Athenee Towers untuk kumpulan terpilih 20 pemimpin perniagaan tempatan.

Dan Schwartz
Dan Schwartz

 

Karin Lohitnavy
Karin Lohitnavy

Pada asalnya diasaskan pada 2004 oleh Callum Laing, NFS telah diambil alih oleh Karin Lohitnavy dan Dan Schwartz pada 2008, apabila Callum berpindah ke Singapura untuk mengasaskan perniagaannya yang kini sangat berjaya. NFS pantas mencipta nama bagi dirinya sendiri sebagai sarapan pagi rangkaian perlu dihadiri, sebelum Karin dan Dan memutuskan untuk mengubahnya menjadi makan tengah hari rangkaian utama di Bangkok. Ia memudahkan lagi pengarah kanan dan pengurus memuatkan acara ini ke dalam jadual mereka yang padat. Apabila tugas Dan membawanya ke Amerika Syarikat dengan lebih kerap sejak beberapa tahun lalu, beliau dan Karin memutuskan untuk menjenamakan dan melancarkan semula NFS setelah Dan kembali menetap di Thailand.

Pada 6 Jun 2017, NFS akan menyambut kemunculan semula yang dinanti-nantikan. Kedua-dua penganjur dan penaja acara, CEO Suites menjemput eksekutif peringkat tertinggi untuk menyertai mereka di tengah-tengah kawasan perniagaan Bangkok dari 12.00 tengah hari sehingga 2.00 petang. Selepas menyambut semua peserta, Dan Schwartz akan memulakan rentak majlis dengan penyampaian beliau "Rangkaian untuk Berjuta" dan menekankan kepentingan rangkaian yang betul untuk profesional dan perniagaan mereka. Topik ini merupakan pengenalan yang sesuai bagi lembaran baharu NFS dan datangnya dari pakar sebenar, kerana Karin dan Dan baru-baru ini menulis bersama sebuah buku mengenai topik yang sama bertajuk "Networking Your Way to Success". Ia bakal diterbitkan pada bulan Ogos 2017.

"Networking for Success merupakan tempat penting bagi eksekutif peringkat tertinggi yang ingin mengembangkan rangkaian mereka dengan menemui orang yang sesuai dan bertepatan serta meluaskan pengetahuan mereka mengenai topik-topik yang berkaitan dengan perkembangan peribadi dan profesional. Dengan makan tengahari kami disesuaikan khusus untuk kepentingan pengurus kanan, kami akan menyediakan nilai hebat buat para peserta dan memberikan mereka peluang untuk membina hubungan baharu dan berkekalan," jelas Karin Lohitnavy, pengurus bersama NFS dan pengasas Midas PR Group.

Karin dan Dan kedua-duanya pakar mengenai topik rangkaian dan telah menghabiskan masa bertahun-tahun menyempurnakan seni ini. Bagi Karin, ia telah membantu beliau mengembangkan syarikat beliau Midas PR Group menjadi salah satu syarikat Perhubungan Awam terkemuka Bangkok yang baru-baru ini menjadi ahli Public Relations Organization International (PROI), sebuah persatuan syarikat Perhubungan Awam bebas yang terkemuka di dunia. Dan dapat menggunakan kemahiran beliau dalam bidang ini semasa bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa dan menubuhkan dan menjalankan perniagaan sendiri termasuk P Performance Limited, syarikat yang memberi tumpuan kepada meningkatkan jualan pelanggan dan kemahiran pemasaran mereka untuk meningkatkan pulangan secara drastik.

"Saya teruja untuk kembali ke Bangkok dan tidak sabar untuk melancarkan semula Networking for Success. Saya juga berbesar hati untuk menjadi penceramah pertama siri baharu kami. NFS akan bermula semula dari titik terakhir kami sebelum ini, dan terus memberikan golongan profesional tertinggi wadah untuk bertukar-tukar idea, mencari rakan-rakan sehaluan dan mewujudkan perkongsian baharu yang saling menguntungkan," kata Dan Schwartz, pengurus bersama NFS dan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif P Performance Limited.

Untuk maklumat lanjut dan imej sila hubungi :

Karin Lohitnavy
Midas Communications International Co, Ltd. 
Emel: karin@midas-pr.com
Telefon: +66 86 044 2145
Laman sesawang: www.midas-pr.com

Latar Belakang Networking for Success:

Networking for Success (NFS) ialah makan tengah hari rangkaian, yang diadakan pada Selasa pertama setiap bulan dan satu-satunya acara di Bangkok bertujuan semata-mata untuk eksekutif peringkat tertinggi. NFS memberikan 20 eksekutif tertinggi peluang untuk bertemu mereka yang sealiran dalam suasana yang mewah, peribadi dan berkongsi visi dan inspirasi mereka. Ciri-ciri ini dipadankan dengan penyampaian perniagaan mengenai topik-topik yang menarik dan hidangan yang lazat di CEO Suite di Athenee Tower.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170531/1864398-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170531/1864398-1-b

Source: Midas Communication International Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service