omniture

Protix Terima Pembiayaan 45J€ Perluas Pengeluaran Protein Serangga

Protix
2017-06-13 12:00 609

DONGEN, Belanda, 13 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, industri bekalan serangga mencapai kejayaan penting apabila Protix yang berpangkalan di Belanda, menerima pembiayaan sebanyak 45J€ - yang disumbangkan oleh Aqua-Spark, Rabobank, BOM dan pelbagai pelabur persendirian.    

Protix menternak serangga sebagai bahan makanan haiwan, oleh kerana serangga memberikan sumber alternatif protein dengan impak rendah yang boleh diusahakan menerusi pelbagai sisa makanan. Hal ini penting memandangkan populasi dunia semakin bertambah dan permintaan terhadap daging, ikan dan produk tenusu meningkat dengan mendadak. Pengeluaran makanan semakin mendapat tekanan, ditambah dengan cabaran penebangan hutan serta penangkapan ikan yang berlebihan.

Protix telah mengubah pengeluaran serangga menjadi satu kejayaan komersial dengan berkhidmat kepada industri makanan haiwan, di samping turut membangunkan penggunaan makanan untuk pengguna. Produk-produk mereka digunakan di lebih 12 negara setakat ini -- dari segi penggunaan makanan haiwan bermula dengan makanan untuk khinzir dan ayam itik kepada makanan khas haiwan peliharaan.

Pendorong di sebalik minat Aqua-Spark ialah potensi kegunaan Protix untuk akuakultur. Ikan yang diperoleh menggunakan kaedah akuakultur mampan menawarkan penyelesaian kepada krisis makanan global kerana ikan memberi impak terhadap alam sekitar yang paling rendah bagi mana-mana protein haiwan. Protix berpotensi untuk terus memajukan industri akuakultur, di samping menangani cabaran makanan haiwan dalam pelbagai industri.

Potensi untuk Serangga 

Protix ditubuhkan pada tahun 2009 oleh dua bekas pekerja McKinsey & Company, Kees Aarts dan Tarique Arsiwalla. "Disebabkan oleh peningkatan permintaan daripada pelanggan setia dan penting kami, kami bersedia untuk berkembang. Dengan dana sebanyak 45J€, kami merancang untuk memperluas kapasiti pengeluaran Protix, khususnya dalam industri akuakultur. Protix akan turut meningkatkan aktiviti penyelidikan & pembangunan (R&D) dan mempelbagaikan perkhidmatan dalam pasaran-pasaran lain seperti makanan. Kami berasa amat teruja dapat berkhidmat kepada pelanggan sedia ada dan baharu kami dan kami akan mencari peluang-peluang M&A yang baik, bekerjasama dengan organisasi-organisasi hebat dan menggaji individu terbaik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Protix, Kees Aarts.  

Aqua-Spark  

Mike Velings dan Amy Novogratz, pengasas-pengasas Aqua-Spark mempunyai alasan jelas untuk melabur. "Kami telah mengkaji industri serangga selama bertahun-tahun, dan Protix menonjol disebabkan oleh potensinya untuk menjadi syarikat yang amat penting dalam pembangunan penyelesaian makanan haiwan akua yang mampan. Kami amat selektif tentang pelaburan kami ke dalam syarikat-syarikat; dan Protix amat sesuai dengan portfolio Aqua-Spark dan selari dengan misi dan nilai kami."

Rabobank  

Rabobank telah terlibat dengan Protix sejak dari awal dan terus menyokong syarikat serangga itu pada hari ini selaku bank utama dalam pusingan pembiayaannya yang terkini. Bank ini diperkenalkan kepada Protix melalui Dutch Green Tech Fund (kini dikenali sebagai Shift Invest).

Nota untuk Editor 

Terdahulu, Protix menubuhkan persatuan industri utama IPIFF (Platform Serangga untuk Makanan dan Makanan Haiwan Antarabangsa) dan baru-baru ini bergabung tenaga dengan Bühler, penyedia penyelesaian utama untuk industri makanan dan makanan haiwan, bagi mempercepatkan penyeragaman dan memperkenalkan penternakan serangga dan peralatan pemprosesan di seluruh dunia.

Muat turun imej melalui: https://drive.google.com/open?id=0B1BEf5G_qvQZTVZoekhwWmpuNFU

www.protix.eu

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Josette de Vroeg, Protix - Josette.deVroeg@protix.eu, +316-2450-3746
Karen Navarre, Aqua-Spark - Karen@TheNumber29.com, +1-860-857-9533

Sumber: Protix

Source: Protix
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Food/Beverages Animals/Pets Corporate Expansion