omniture

Upacara Perasmian Festival Kebudayaan Pelancongan Santai Zhongshan (Shiqi) dan Perlumbaan Bot Naga Berjaya Diadakan

Zhongshan Municipal Tourism Bureau
2017-06-14 12:10 535

ZHONGSHAN, China, 14 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Sebagai mutiara yang bergemerlapan di Kawasan Teluk Hong Kong-Macau, Guangdong, Shiqi menarik kumpulan-kumpulan besar pelancong Cina dan luar negara saban tahun hasil budayanya yang menarik, hidangan masakan yang unik serta persekitaran yang indah. Mula diperkenalkan pada tahun 2008, acara tahunan Festival Kebudayaan Pelancongan Santai Zhongshan (Shiqi) menyaksikan kemunculannya yang kesepuluh tahun ini, menyajikan pesta budaya untuk orang ramai pada semua peringkat usia.

Zhongshan (Shiqi) Leisure Tourism Culture Festival
Zhongshan (Shiqi) Leisure Tourism Culture Festival

Tahun ini, upacara perasmian festival dan Perlumbaan Bot Naga diadakan di Taman Bot Naga. Dengan sejarah selama lebih 3,000 tahun, perlumbaan bot naga ialah bahagian penting dalam Festival Bot Naga, yang pada mulanya berasal daripada aktiviti-aktiviti ritual zaman purba untuk menyembah tuhan air atau tuhan naga. Pada tahun 2012, Perlumbaan Bot Naga Shiqi berjaya disenaraikan sebagai warisan bukan material wilayah. Acara-acara kemuncak upacara perasmian tersebut - pertunjukan pentas bertema Festival Bot Naga dan Perlumbaan Bot Naga - tidak boleh dilepaskan. Bagi persembahan pentas bertema Festival Bot Naga, para penari memakai pakaian tradisional Han menjelaskan kepada orang ramai tentang sejarah panjang Festival Bot Naga menerusi puisi, pengisahan dan muzik daripada alat muzik yang dikenali sebagai Guqin; manakala bagi Perlumbaan Bot Naga yang mengagumkan di Sungai Qijiang, kita berpeluang menyaksikan pemandangan ombak bot naga dan kesungguhan atlet untuk menjuarai perlumbaan. Taman tema budaya Bot Naga di sekitar kawasan upacara perasmian turut dimanfaatkan. Perlumbaan bot naga dan gong serta gendang yang bergema benar-benar menyemarakkan semangat orang ramai. Tarian naga dan singa turut diadakan di Festival dan orang ramai berpeluang merasai daya tarikan menarik budaya tradisional yang hebat ini.  Tembakan meriam yang merupakan sebahagian daripada Festival yang tidak harus anda lepaskan, dengan tembakan pertama untuk keamanan, tembakan kedua untuk tuah manakala tembakan ketiga untuk kebahagiaan yang berpanjangan. Selain itu, konsert bagi meraikan ulang tahun ke-119 Lv Wencheng, seorang komposer/pemuzik terkenal dari Guangdong diadakan pada sebelah malam di lorong pejalan kaki di bawah kuil. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang amat popular di Festival ini.

Sejak sepuluh tahun lalu, festival kebudayaan pelancongan santai ini diiringi dengan gelak tawa pengunjung. Nikmatilah secara santai dan anda akan dapat meneroka Shiqi yang berunsur tradisional mahupun moden, sebuah bandar yang berwarna warni dan meriah. Berkunjunglah ke Qishi untuk meneroka sendiri bandar anda.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170612/1873535-1

Source: Zhongshan Municipal Tourism Bureau
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel