omniture

Pusat Pengkonturan Wajah TL Plastic Surgery Korea perkenal "Pembedahan garis-V Tigaan MBC TL"

TL Plastic Surgery
2017-06-19 09:00 501

SEOUL, Korea Selatan, 19 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Pembedahan garis-V dijalankan secara meluas di seluruh semenanjung Korea. Korea telah menjadi pusat pembedahan pengkonturan wajah di peringkat global. Tidak seperti penyedutan lemak pada wajah, pembedahan penegangan kulit, atau suntikan, pembedahan garis-V ialah satu-satunya pembedahan yang boleh mengubah saiz sebenar wajah anda secara kekal. Ramai orang memilih teknik pengkonturan tulang bagi membuat pengubahan bebas pada bentuk wajah, memberi kesan kekal dan pelaksanaan tunggalnya.

Pengarah Pembedahan Plastik, TL Plastic Surgery, Dr Kim Jeemyung
Pengarah Pembedahan Plastik, TL Plastic Surgery, Dr Kim Jeemyung

Pada masa lalu, hanya bahagian luar rahang dan tulang dagu dikurangkan atau dibundarkan bagi mendapatkan Garis-V yang lebih runcing, namun pembedahan Garis-V tradisional ternyata kurang membuahkan hasilnya. "Pembedahan Garis-V Tigaan MBC TL" menggunakan kaedah eksisi otot berfrekuensi tinggi pada otot maseter untuk mengurangkan saiz otot secara kekal, dan mengurangkan kelebaran bahagian sisi rahang melalui kaedah eksisi kortikal. Akhir sekali, ia mengkontur bahagian rahang dan dagu melalui pengecilan tulang bagi mendapatkan garis-V maksimum. Dalam Pembedahan Garis-V MBC, MBC adalah singkatan untuk pengurangan otot maseter, pengurangan tulang dan osteotomi kortikal.

Dr Kim Jeemyung berkata, "Pusat Pengkonturan Wajah TLPS melaksanakan diagnosis menyeluruh terhadap kelebaran rahang individu, kedudukan otot, laluan saraf, kandungan lemak, keanjalan kulit dan pemahaman pesakit itu sendiri tentang wajah ideal bagi memberikan wajah yang licin dan runcing yang menjadi impian pesakit.

Dr. Choi Sewoon turut menjelaskan, bagi menjamin keselamatan dan kejayaan pengurangan tulang pesakit, TLPS mengesan dengan tepat saraf alveolar inferior melalui imbasan CT 3D dan turut mengesan laluan saraf melalui pandangan korona bagi mengurangkan kebimbangan pesakit tentang kerosakan saraf. Keanjalan kulit diukur dan pengenduran kulit dielakkan melalui pemisahan minimum kulit semasa pembedahan. Tiada parut yang kelihatan menerusi insisi intraoral.

Latar Belakang "Pembedahan Garis-V Tigaan MBC TL"

  1. Pengurangan otot maseter
    Otot maseter yang terlalu terbina boleh menyebabkan rahang berbentuk segi empat, maka semasa proses pengurangan rahang kami, TL membuang sebahagian otot bagi mendapatkan garis rahang paling runcing tanpa sebarang kesan sampingan pada fungsinya.
  2. Pengurangan tulang
    Tulang sebenar dikurangkan bergantung pada kedudukan saraf, dan kemahuan peribadi pesakit. Teknik TL dijalankan untuk mengurangkan tulang dengan kemas tanpa meninggalkan bahagian tepi yang kasar dan sudut sekunder.
  3. Reseksi kortikal
    Kortektomi ialah kaedah membuang lapisan paling luar pada tulang rahang, mengurangkan dari segi fizikal kelebaran tulang rahang dan menghasilkan profil hadapan yang lebih runcing.

Pusat Pengkonturan Wajah TL Plastic Surgery Korea
Melissa Moon
Emel:
tlfacialcontouring@gmail.com
Kakaotalk: tlps1234
www.tlplasticsurgery.com
+8210 8993 6968

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20170614/1875989-1

Source: TL Plastic Surgery
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services