omniture

Turkish Airlines Menang Empat Anugerah di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2017

Turkish Airlines
2017-06-21 13:28 700

ISTANBUL, 21 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Turkish Airlines memenangi empat anugerah tahun ini; "Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Selatan", " Katering Dalam Pesawat Kelas Perniagaan Terbaik ", "Ruang Istirehat Kelas Perniagaan Terbaik di Dunia", dan "Hidangan Ruang Istirehat Kelas Perniagaan Terbaik" di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax.

generated by system

generated by system

Keputusan Anugerah Penerbangan Dunia 2017 diumumkan hari ini di Pertunjukan Udara Paris. Anugerah tersebut disampaikan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif Turkish Airlines En. M. İlker Aycı oleh Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax, En. Edward Plaisted.

En. Aycı menyatakan; "Mendapat kelayakan menerima anugerah-anugerah ini merupakan satu tanda usaha cemerlang kami yang kami tunjukkan dalam semua bidang penerbangan dan pertumbuhan mantap yang kami laksanakan ke arah ini. Mengekalkan kedudukan sebagai peneraju di rantaunya, Turkish Airlines terus mendapat ganjaran oleh para penumpang dari seluruh dunia. Kami telah mencapai banyak kejayaan sehingga hari ini, dan kami merupakan sebuah kumpulan yang kuat, berketrampilan dan sanggup berkorban diri yang sentiasa bermotivasi untuk mencapai kejayaan lebih besar selagi mendapat ganjaran. Kami yakin bahawa kedua-dua motivasi dan usaha gigih akan membawa kami menuju kejayaan yang lebih hebat dalam masa terdekat."

Sebagai organisasi tinjauan penumpang syarikat penerbangan global yang paling dihormati di dalam industri, Skytrax menilai pengalaman pelancong dalam pelbagai perkhidmatan lapangan terbang dan petunjuk prestasi utama produk. Mengikut proses penilaian ini, ia menganugerahkan organisasi-organisasi yang paling berjaya dengan Anugerah Penerbangan Dunia yang digambarkan sebagai 'Oscar bagi industri penerbangan'.

Mengikut keputusan tahun ini, ruang istirehat yang terkenal di seluruh dunia, "Ruang Istirehat Turkish Airlines Istanbul" menawarkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang menukar masa sebelum penerbangan atau menghubungkan masa menjadi pengalaman istimewa yang unik untuk Turkish Airlines, yang membolehkan syarikat penerbangan ini meraih tempat teratas dalam kategori, "Ruang Istirehat Kelas Perniagaan Terbaik di Dunia".

Turkish Airlines turut mendapat anugerah dalam kategori "Hidangan Ruang Istirehat Kelas Perniagaan Terbaik" untuk perkhidmatan katering terbaik yang ditawarkan untuk penumpang Kelas Perniagaan di ruang istirehat yang terkenal di dunia ini.

Mengekalkan momentum yang sama pada tahun 2013, 2014 dan 2016, Turkish Airlines kekal diiktiraf sebagai "Katering Dalam Pesawat Kelas Perniagaan Terbaik" dengan perkhidmatan katering dalam pesawat yang lancar.

Turkish Airlines, Inc.
Hubungan Media 

Turkish Airlines Inc.
Pejabat Perhubungan Media
Bangunan Pengurusan Am
34149, Yesilköy-Istanbul
Tel: +90-(212)-463-63-63 - 11153 / 11173
Fax: +90-(212)-465-20-78
press@thy.com

Source: Turkish Airlines
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel Awards