omniture

OutSystems Dipilih Peneraju dalam Magic Quadrant Gartner 2017 untuk Platform Pembangunan Aplikasi Mudah Alih

OutSystems
2017-06-22 11:09 959

OutSystems raih kedudukan tertinggi dalam kuadran Peneraju atas kebolehan pelaksanaan

SINGAPURA, 22 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Dalam pasaran yang dahulunya diterajui oleh pakar mudah alih berfokuskan kod, Gartner mengakui adanya permintaan pasaran terhadap instrumen dengan produktiviti tinggi (pembangunan aplikasi rendah-kod yang pesat) untuk membangunkan aplikasi mudah alih. Menerusi Magic Quadrant 2017 untuk Platform-Platform Pembangunan Aplikasi Mudah Alih baharu, Gartner memilih OutSystems sebagai Peneraju yang mencapai kedudukan tertinggi menerusi kebolehan pelaksanaannya.

Pasaran aplikasi perusahaan mudah alih adalah amat luas dan berkembang pesat – menurut Research and Markets, ia dijangka meningkat kepada $98.03 bilion menjelang tahun 2021.

"Pelanggan kami telah memaklumkan dengan jelas – mereka perlu menyediakan aplikasi mudah alih dengan lebih pantas dan mereka perlu memanfaatkan pasukan pembangunan sedia ada mereka," kata Paulo Rosado, Ketua Pegawai Eksekutif OutSystems. "Kami percaya inilah alasan utama mengapa dalam tempoh dua tahun sahaja, penyelesaian kami dipilih sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant."

Cabaran perniagaan ini ditekankan dalam laporan Keadaan Pembangunan Aplikasi 2017 yang mengenal pasti masa, belanjawan dan kemahiran sebagai tiga penghalang paling kritikal terhadap pembangunan mudah alih masa kini. Laporan komprehensif ini meninjau lebih 3,200 ahli profesional IT di 40 negara dan 28 industri.

Bagi menangani masalah ini, tahun lalu, OutSystems melancarkan versi cemerlang bagi platform rendah-kodnya yang menyediakan keupayaan termaju untuk aplikasi mudah alih perusahaan. Menerusi platform OutSystems, mana-mana pembangun kini boleh membangunkan aplikasi mudah alih jenis selamat, boleh diskala dan bergred perusahaan yang sebelum ini hanya mampu dihasilkan oleh para jurutera perisian yang berkemahiran tinggi.

Menurut Gartner, Peneraju dalam Magic Quadrant ini "perlu memperlihatkan kombinasi padu antara Kebolehan Pelaksanaan dan Kesempurnaan Visi. Dalam sektor MADP, ini bermakna Peneraju bukan sahaja bagus dari segi pembangunan rentas platform, pengaturan dan pengurusan merentasi kitar hayat penuh, bahkan mempunyai visi yang baik untuk keperluan omnisaluran dan pasca aplikasi, sokongan untuk pelbagai seni bina dan standard, pemahaman kukuh tentang keperluan IT selain saluran jualan dan perkongsian yang boleh diskala. Peneraju perlu menyediakan platform yang mudah dibeli, diprogram, diatur dan dinaik taraf, serta boleh dihubungkan kepada pelbagai sistem rekod dan perkhidmatan awan pihak ketiga."

Selain laporan penyelidikan, Gartner Peer Insights menawarkan penarafan perisian yang disahkan serta penilaian rakan untuk golongan profesional IT perusahaan. Dalam penilaian OutSystems oleh lebih 100 pelanggan, sebilangan mereka melaporkan tentang pembangunan aplikasi mudah alih. Seperti mana yang dikatakan oleh seorang pelanggan pada 4 April 2017, "Outsystems ialah pesaing utama apabila menilai penyelesaian MADP yang utama. Ahli-ahli pasukan pembangunan kami kini menjadi individu berpengaruh dalam dunia IT." Baca Kajian Di Sini

Baca salinan percuma Magic Quadrant Gartner 2017 untuk Platform-Platform Pembangunan Aplikasi Mudah Alih.

Latar Belakang OutSystems

Beribu-ribu pelanggan di seluruh dunia mempercayai OutSystems, platform rendah-kod nombor satu untuk pembangunan aplikasi yang pesat. Para jurutera yang memberi perhatian terhadap butiran secara teliti membentuk setiap aspek dalam platform OutSystems demi membantu organisasi-organisasi menghasilkan aplikasi bertaraf perusahaan dan mengubah perniagaan mereka dengan lebih pantas. OutSystems ialah satu-satunya penyelesaian yang menggabungkan kehebatan pembangunan rendah-kod dengan keupayaan mudah alih termaju, mendayakan pembangunan visual terhadap seluruh portfolio aplikasi yang mudah disepadukan dengan sistem-sistem sedia ada. Kunjungi kami di www.outsystems.com, atau ikuti kami melalui Twitter@OutSystems atau LinkedIn di https://www.linkedin.com/company/outsystems.Terokai kerjaya di OutSystems.

Penafian

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang disebutkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menggalakkan pengguna teknologi memilih hanya vendor yang mendapat penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner menyediakan pendapat-pendapat daripada organisasi-organisasi penyelidikan Gartner dan tidak seharusnya dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada yang tersurat atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk mana-mana jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Ulasan Gartner Peer Insights mengandungi pendapat-pendapat subjektif pengguna akhir individu berdasarkan pengalaman mereka sendiri, dan tidak mewakili pandangan daripada Gartner mahupun rakan sekutunya.

Maklumat Perhubungan Media:

OutSystems (Pejabat A.S.)
Ann Conrad
ann.conrad@outsystems.com
+404-994-2614

OutSystems (Pejabat Singapura)
Jeraldine Kon
Jeraldine.kon@outsystems.com
+65 6804 9170

Sunita Gill (Singapura)
sunita@preciouscomms.com
+65 6303 0567

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160902/8521605564LOGO

Source: OutSystems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Awards