omniture

Luc Belaire Lantik Calon Grammy DJ Steve Aoki sebagai Duta Jenama Rasmi Pelancaran Luc Belaire Gold

Luc Belaire
2017-06-26 06:00 765

BURGUNDY, Perancis, 26 Jun 2017 /PRNewswire/ --

Jenama wain premium Perancis Luc Belaire lancar cuvée baharu dan alu-alukan bintang handalan antarabangsa DJ Steve Aoki sertai rangkaian dutanya  

Luc Belaire, jenama wain berbuih premium Perancis yang paling pesat berkembang di dunia, dengan bangganya memperkenalkan LUC BELAIRE GOLD, adunan anggur Chardonnay dan Pinot Noir yang dipetik sendiri dan ditanam di tengah-tengah Burgundy, Perancis. Dengan unsur-unsur unik seperti dos tebu organik, gaya yang dipopularkan pada tahun 1920-an di Perancis, dan botol kaca jernih dengan label kerajang cetak timbul yang rumit, cuvée baharu ini bakal menjadi produk kebanggaan dalam rangkaian Luc Belaire. Sebagai minuman pilihan selebriti, Belaire juga teruja untuk mengumumkan bintang handalan global DJ Steve Aoki sebagai duta jenama rasmi pertama Belaire Gold.

generated by system

generated by system

Brett Berish, Ketua Pegawai Eksekutif Sovereign Brands, pemilik Luc Belaire berkata, "Kami amat teruja untuk memperkenalkan Belaire Gold kepada dunia. Kami mempunyai jaringan duta tiada tandingan yang terdiri daripada peminat Belaire dan berbesar hati mengalu-alukan Steve, seorang yang mempunyai daya kreativiti dan semangat kegembiraan yang memberi inspirasi, menjadikan beliau sebagai duta sempurna untuk 'cecair emas' kami. Kami akan menggabungkan pengalaman Aoki bersama Luc Belaire, secara dalam talian dan dalam persembahan Steve, bagi menyediakan kandungan yang menyeronokkan dan menarik untuk rakan-rakan serta pengikut kami."

Aoki turut serta bersama lebih 200 duta global untuk Belaire, termasuk individu-individu berpengaruh dalam industri muzik seperti Rick Ross dan DJ Khaled selain atlet-atlet yang memenangi kejohanan daripada beberapa sukan berbeza.

Berhubung peranan baharu beliau, Aoki berkata, "Saya merupakan peminat setia Belaire dan pernah bekerjasama dengan jenama ini untuk siri video muzik tahun lalu. Sejak itu, saya menjadi lebih teruja terhadap jenama ini, pasukan dan segala prinsip mereka. Apabila saya mengetahui tentang peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya bersama Belaire Gold, saya terus bersetuju!"

Keseimbangan sempurna buah-buahan segar Chardonnay Belaire Gold dengan sedikit rasa buah pic, pear dan brios akan dijual melalui peniaga, restoran dan kelab malam terpilih di seluruh dunia pada bulan Julai ini.

Untuk maklumat lanjut dan terus mengetahui perkembangan terkini tentang acara-acara akan datang, para peminat digalakkan melayari LucBelaire.com dan menyertai perbualan #BelaireGold dengan mengikuti @OfficialBelaire melalui Instagram, Facebook dan Twitter.

Latar Belakang Luc Belaire  

Luc Belaire ialah jenama premium yang dikeluarkan di Perancis – lambang kualiti dalam dunia wain yang bagus. Pembuat wain bapa-dan-anak generasi kelima dan keenam kami memantau pengeluaran setiap botol Belaire di kediaman mereka di Montagny-les Beaune, ditubuhkan pada tahun 1898. Luc Belaire Gold menyertai cuvée terkenal Belaire, Belaire Rosé, wain Rosé berbuih yang unik dari bahagian selatan Perancis, dibuat daripada adunan antara anggur Grenache, Cinsault dan Syrah – tiga anggur Rosé kegemaran rantau tersebut, dan Belaire Luxe, 'blancs de blancs' elegan yang dibuat secara eksklusif daripada 100% anggur Chardonnay dengan dos istimewa yang dibuat daripada anggur Chablis berharga di Burgundy.

Latar Belakang Sovereign Brands 

Sovereign Brands ialah sebuah syarikat wain & minuman beralkohol milik keluarga dan bertaraf antarabangsa serta beribu pejabat di New York. Syarikat ini dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Berish dan bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar berkualiti terbaik daripada kawasan-kawasan wain dan minuman beralkohol paling ikonik di dunia untuk menghasilkan jenama terunggul. Syarikat ini mewujudkan Champagne Armand de Brignac ("Ace of Spades"), menjual jenama ini pada tahun 2014 dan melahirkan jenama Cognac D'USSÉ (kini dikendalikan oleh Bacardi Ltd.). Sovereign mempunyai portfolio jenama yang berjaya termasuk Luc Belaire, rangkaian wain berbuih Perancis yang laris, yang mendapat pujian global menerusi rasanya yang hebat dan pakej menarik, dan tersedia di lebih 100 negara di seluruh dunia. Jenama-jenama syarikat juga merangkumi Cloud Chaser, Côtes de Provence Rosé Perancis yang klasik dan Skeleton Vineyards, rangkaian wain yang boleh didapati daripada Argentina dan Austria.

Latar Belakang Steve Aoki 

Steve ialah penerbit/DJ bertaraf antarabangsa yang dicalonkan anugerah Grammy sebanyak 2 kali, seorang usahawan muzik tari elektronik dan pengasas syarikat rakaman yang memulakan trend, syarikat acara/gaya hidup dan juga jenama pakaian Dim Mak. Sejak dilancarkan pada tahun 1996, Dim Mak Records menjadi tapak pelancaran mereka yang berpengaruh seperti The Chainsmokers, Bloc Party, The Bloody Beetroots, Klaxons, dan The Gossip melalui single yang dipasarkan dengan cekap dan lagu berdurasi penuh dan kini mempunyai 800 lagu setakat ini. Sebagai artis solo, AOKI telah menjadi seorang personaliti mantap yang mengadakan purata lebih 250 tarikh jelajah setahun. Lagu terkini beliau, "Just Hold On" bersama Louis Tomlinson daripada One Direction dengan kemunculan sulung berada di tangga #1 di 43 negara dan sejak itu meraih status Emas atau Platinum di 18 negara.

Dokumentari Asal Netflix Steve yang tercalon anugerah Grammy "I'll Sleep When I'm Dead", dilancarkan pada Ogos 2016, muncul buat julung kali di hadapan audiens penuh panggung di Festival Filem Tribeca pada musim bunga lalu meraih pencalonan anugerah Grammy 2016 bagi kategori "Filem Muzik Terbaik". Album akan datang beliau Steve Aoki Presents Kolony, yang dijadual dilancarkan pada 21 Julai melalui Dim Mak Records / Ultra Records, memperlihatkan peralihan sepenuhnya Aoki buat pertama kali kepada muzik rap, dengan hampir 10 tahun kolaborasi hip-hop, yang beliau sifatkan sebagai "usaha merapatkan jurang" antara genre dan disusun mengikut rima yang telus daripada beberapa penulis lirik paling terkenal masa kini, termasuk Lil Uzi Vert, Lil Yachty, Migos, 2 Chainz, Gucci Mane, ILOVEMAKONNEN, T Pain, dan banyak lagi.

Untuk aset akhbar dan maklumat lanjut tentang ketersediaan pasaran dan harga, sila hubungi:

Eropah, Asia, Afrika & UAE
Sophie Lawrence
Pengurus Perhubungan Awam
SophieLawrence@SovereignBrands.com
Tel: +44-(0)-77-3444-4134

Amerika Utara & Amerika Selatan
Courtney Cervantes
Pengurus Perhubungan Awam
CourtneyCervantes@SovereignBrands.com
Tel: +1-(212) 343-8366

Untuk maklumat lanjut tentang Steve Aoki, sila hubungi:

Lauren A. Camp
FYI Brand Communications
+1-760-449-1648
Lcamp@fyibrandcomm.com 

Source: Luc Belaire
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages