omniture

Tay Kay Luan Sertai Lim-Loges & Masters

Lim-Loges & Masters Private Limited
2017-06-30 09:00 628

SINGAPURA, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Lim-Loges & Masters, sebuah firma terunggul dalam bidang pengurusan peralihan, pengurusan interim dan carian eksekutif, dengan sukacitanya mengumumkan Tay Kay Luan menyertai LLM dan pasukan pengurusan peralihannya untuk Asia Pasifik. Beliau menumpu pada reka bentuk organisasi.

Kay Luan, yang kini berada di Malaysia, tetapi berpengetahuan tentang seluruh rantau Asia Pasifik, membawakan pengalaman perundingan dan praktikal selama lebih 30 tahun dalam melaksanakan program perubahan melibatkan penjelasan strategi, reka bentuk dan pembangunan organisasi, pembangunan bakat serta pengurusan prestasi kepada LLM.

Kay Luan pernah menyandang jawatan kepimpinan kanan di Hay Group dan Andersen Consulting (kini Accenture), di mana beliau berjaya memimpin projek-projek bagi membangunkan model-model kecekapan untuk sektor awam, mengubah sistem Sumber Manusia (HR) untuk organisasi-organisasi korporat, membina kecekapan kepimpinan untuk syarikat-syarikat senaraian awam, membawakan model-model pembangunan kerjaya selain menyelaras semula penganugerahan dan pengiktirafan untuk syarikat minyak dan gas, bank, insurans dan perniagaan milik keluarga.

Kay Luan ialah ahli kumpulan pakar yang bertanggungjawab membangunkan model dan rangka kerja prestasi manusia Andersen. Beliau turut terlibat dalam Jawatankuasa Pandu BNM (Bank Negara Malaysia) bagi memantau transformasi pendidikan profesional dan piawaian untuk perbankan.

Kay Luan ialah Profesional Latihan yang Diperakui dalam segmen strategi dan penyerahan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Perhubungan Perindustrian daripada London School of Economics and Political Science dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Sosial daripada Kingston University, London. Beliau menamatkan program Perniagaan Lanjutan di INSEAD.

Latar Belakang Lim-Loges & Masters

Lim-Loges & Masters mengkhusus dalam tiga bidang kepakaran: pengurusan interim, carian eksekutif dan pengurusan peralihan.

LLM bekerjasama secara eksklusif dengan syarikat-syarikat multinasional yang berusaha mengubah organisasi-organisasi melalui kakitangan mereka. Dengan fokus terhadap Asia, pasukan LLM mewujudkan hubungan jangka panjang dengan syarikat-syarikat untuk menangani cabaran, mengurangkan risiko dan mengurus bakat, disokong oleh rangkaian sumber yang luas serta pemahaman yang mendalam tentang persekitaran perniagaan di Asia Pasifik. LLM berada di tanah besar China, Hong Kong, India manakala Ibu Pejabat serantaunya terletak di Singapura.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Lelia Lim-Loges
Rakan Pengurusan, Asia Pasifik
+65-6408-0565
contact@LLMrecruit.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170313/8521701620LOGO

Source: Lim-Loges & Masters Private Limited
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Personnel announcements