omniture

LCM Partners Raih Anugerah European Pension - Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahun 2017

LCM Partners
2017-06-30 12:41 672

LONDON, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ -- LCM Partners dengan sukacitanya mengumumkan ia telah meraih gelaran 'Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahun 2017' sempena Anugerah European Pension. Anugerah yang menjadi rebutan ini kini memasuki tahun kesepuluh dan menyaksikan LCM Partners bersaing dengan beberapa firma terkenal termasuk Blackrock, Goldman Sachs Asset Management dan Hermes. Pengiktirafan dalam kategori yang begitu berdaya saing ini hanya mampu diperoleh hasil sokongan Limited Partners yang bekerjasama erat dengan LCM demi memastikan penutupan akhir Peluang Kredit LCM Partners III pada Oktober 2016.

"Kami berasa teruja dapat meraih anugerah European Pensions – Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahun 2017. Panel pakar industri Eropah yang menghakimi anugerah memilih LCM Partners daripada salah satu kategori anugerah terbesar dan paling kompetitif; memperlihatkan sejauh mana sektor alternatif berkembang dari segi pengaruh sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam pasaran institusi Eropah. Bagi membezakan kami daripada senarai pendek yang dihormati dan dipilih sebagai pemenang adalah suatu yang mengharukan.

Kami amat berterima kasih kepada hakim kerana mengiktiraf usaha kami dan sememangnya Limited Partners kami. Anugerah ini adalah satu penghormatan kerana dapat berdiri sebaris dengan begitu banyak skim pencen yang berprestij selain diminta berkongsi tanggungjawab penting untuk melabur bagi pihak generasi pesara masa kini dan masa depan," kata Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif, LCM Partners.  

Nota untuk Editor:

LCM Partners ialah pengurus aset Alternatif, yang mengkhusus dalam kredit. Menawarkan kepakaran tiada tandingan dalam pelaburan dan pengurusan portfolio kredit, LCM telah memperoleh lebih 2,500 transaksi mencakupi pinjaman berbayar, pinjaman dijadual semula dan pinjaman tidak berbayar, mewakili lebih €19.5 bilion nilai pinjaman.

Anugerah di atas diperoleh selepas dua anugerah yang diraih baru-baru ini sempena anugerah Private Debt Investor 2016. Anugerah-anugerah ini adalah bukti rekod prestasi pasukan, yang memberikan IRR purata tanpa pinjaman sebanyak 14.89% sejak tahun 1999.

LCM berjaya menutup Strategi Peluang Kredit III pada tahun 2016 dan akan mula mengumpul dana untuk strategi Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategiknya, 'SOLO' bagi tahun 2017.

Anugerah dirangkul pada tahun 2017 

Anugerah European Pensions: Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahunan

Anugerah Private Debt Investor: Pengumpulan Dana Terbaik Tahunan, Eropah

Anugerah Private Debt Investor: Pelabur Hutang Terjejas Terbaik Tahunan, Eropah

Acquisition International: Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik -- Eropah

LCM Partners
Alison Swonnell
T: +44-203-457-5058
aswonnell@lcmpartners.eu

Sumber: LCM Partners

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Awards