omniture

Pemenang Anugerah Projek Reka Cipta Kreatif Hijau XCMG Pimpin Usaha Pembangunan Lestari Syarikat

XCMG
2017-07-04 01:53 832

XUZHOU, China, 4 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pengilang jentera pembangunan utama dunia XCMG telah mengiktiraf beberapa pasukan projek dalaman syarikat sebagai pemenang bagi Anugerah Reka Cipta Kreatif Hijau ("Anugerah GCD") tahunannya. Projek-projek ini meliputi penambahbaikan mobiliti mikro bagi jentera berat hingga kepada proses pengilangan padu baharu, dengan setiap satu menyokong matlamat syarikat untuk menggunakan matlamat kelestarian tinggi dalam memacu penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkini.

Dilancarkan dalam tahun 2014, Anugerah GCD mempromosi R&D bagi pembuatan, pemasaran dan pengurusan hijau dalaman syarikat. Lebih daripada 2,400 kakitangan dan 292 pasukan menyertai pertandingan tahun ini, dengan 48 buah projek dianugerah sebagai pemenang.

Sorotan pemenang termasuk:

  • Hadiah pertama dalam R&D dirangkul oleh pasukan projek dari Bahagian Perniagaan Jentera Pengangkat XCMG bagi kerja mereka pada 19 buah trak kren generasi baharu yang cemerlang dalam mobiliti mikro, kecekapan tenaga dan prestasi operasi, yang telah menjana 730 juta yuan (US$106.84 juta) dalam keuntungan pada 2016. 
  • Hadiah pertama dalam Pembuatan dimenangi oleh pasukan projek dari Jabatan Perniagaan Jentera Ekskavator XCMG. Mereka memberi tumpuan kepada pengurusan pembuatan padu berdasarkan kolaborasi rantaian nilai, meningkatkan kualiti produk dengan ketara dan meningkatkan kecekapan kilang secara keseluruhan melebihi 20 peratus dan kecekapan aliran pengeluaran sebanyak 15 peratus.
  • Jabatan Perniagaan Jentera Jalan Raya memperoleh hadiah pertama dalam Pemasaran menerusi platform dagangan profesional pertama industri bagi jentera jalan raya yang telah membantu membawa 5,000 pesanan dan jumlah dagangan bernilai US$500 juta.
  • Juga di antara para pemenang ialah pasukan projek yang meningkatkan kecekapan kren semua muka bumi bertanan tinggi syarikat, pasukan pemasaran eksport XCMG Brazil, dan pasukan projek yang mempromosi globalisasi jentera penggerudian berputar.

Wang Min, Pengerusi XCMG, berkata bahawa Anugerah GCD bukan sekadar pertandingan biasa. "Anugerah-anugerah ini berkisar tentang pembaharuan struktur organisasi kami, mengatasi cabaran pembangunan perusahaan, meningkatkan pengurusan perniagaan, mengembangkan bakat dan memperkayakan budaya inovasi yang dipacu kemampanan syarikat," kata Wang. "Ia menyediakan pasukan kami dengan platform untuk mempamerkan penambahbaikan terhadap produk, sistem dan proses kami."

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilang jentera berat multinasional yang mempunyai sejarah selama 74 tahun. Ia kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook , Twitter , YouTube , LinkedIn  dan  Instagram.

Source: XCMG
Keywords: Auto Transportation Awards