omniture

UMIT - Universiti Swasta bagi Informatik dan Teknologi Perubatan Sains Kesihatan: Hasil Kajian Kolaborasi di Kampus Tyrol Sokong Pendekatan Pemeriksaan Kanser Prostat Peribadi

UMIT - The Health & Life Sciences University
2017-07-04 09:00 664

HALL, Austria, 4 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Satu kajian simulasi yang diterbitkan dalam BMC Public Health oleh para penyelidik di Tyrolean Health and Life Sciences University UMIT, pusat Oncotyrol, Medical University of Innsbruck dan University of Toronto mengetengahkan pengoptimuman penggunaan pemeriksaan kanser prostat.

generated by system

generated by system

"Seperti kebanyakan prosedur perubatan, pemeriksaan juga membawa kebaikan dan risiko. Hal ini semakin mendapat perhatian orang ramai," terang Prof. Dr. Uwe Siebert, Pengerusi Jabatan Kesihatan Awam, Penilaian Kajian Khidmat Kesihatan dan Teknologi Kesihatan di UMIT dan Presiden yang dilantik bagi Persatuan Pembuat Keputusan Perubatan. "Risiko utama dalam pemeriksaan kanser prostat ialah terlebih diagnosis dan terlebih rawatan. Ia merujuk kepada diagnosis dan rawatan tumor yang tak relevan secara klinikal, yang tidak akan menyebabkan sebarang rungutan semasa jangka hayat lelaki tersebut dan tidak dapat dikesan tanpa pemeriksaan. Pada masa ini, tiada kaedah yang boleh dipercayai untuk membezakan tumor yang relevan atau tidak secara klinikal. Oleh sebab itu, tumor yang tidak relevan secara klinikal juga mungkin turut dirawat dan mendedahkan pesakit kepada komplikasi rawatan jangka panjang yang tidak sepatutnya seperti mati pucuk, inkontinens, disfungsi usus."

"Model simulasi yang dibangunkan oleh para penyelidik dalam projek penyelidikan ONCOTYROL untuk ubat yang disesuaikan secara peribadi mensimulasikan kesan positif dan negatif pemeriksaan terhadap tempoh dan kualiti kehidupan peserta pemeriksaan dan menganalisa apakah keadaan-keadaan yang berpotensi untuk memberikan lebih mudarat berbanding manfaat. Pembantu Penyelaras Projek Prof. Dr. Nikolai Mühlberger merumuskan hasil kajian seperti berikut: "Hasil kajian menunjukkan bahawa penyertaan dalam proses pemeriksaan mengurangkan risiko kematian kanser prostat dan memanjangkan jangka hayat peserta lelaki. Walau bagaimanapun, apabila kesan kualiti kehidupan juga diambil kira, ia menunjukkan bahawa kebanyakan lelaki mempunyai risiko kanser prostat keluarga mendapat manfaat daripada pemeriksaan, manakala lelaki yang mempunyai purata kanser prostat keseluruhan, mendapat mudarat daripada pemeriksaan ini. Selain itu, simulasi menjangkakan bahawa manfaat pemeriksaan terhadap lelaki yang mempunyai risiko keluarga yang dipertingkat juga bergantung kepada penilaian individu terhadap kesan sampingan jangka panjang yang berkaitan dengan rawatan." 

Pakar urologi dalam pasukan penyelidik, Prof. Dr. Wolfgang Horninger dan Prof. Dr. Helmut Klocker, melihat kajian ini sebagai sumbangan penting terhadap penggunaan yang disasarkan bagi pemeriksaan kanser prostat. Horninger, Dekan Jabatan Urologi di Medical University of Innsbruck menerangkan: "Kajian ini menonjolkan masalah terlebih diagnosis dan menunjukkan kebergantungan terhadap manfaat pemeriksaan bagi faktor risiko dan keutamaan individu. Jadi, ia menyumbang kepada penambahbaikan kaunseling pesakit dan sokongan terhadap penggunaan pemeriksaan individu, yang merupakan isu penting kepada kami semua."

Hubungi: Prof. Dr. Uwe Siebert, public-health@umit.at, +4350-8648-673930

Source: UMIT - The Health & Life Sciences University
Keywords: Health Care/Hospital Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research