omniture

Nokia 105 dan Nokia 130 Baharu Bawakan Nilai Lebih Baik Dengan Kualiti Reka Bentuk Hebat

Counter Point Research
2017-07-17 17:48 626

ESPOO, Finland, 17 Julai 2017/PRNewswire/--

Reka bentuk semula ciri-ciri popular telefon Nokia membantu pengguna di seluruh dunia terus berhubung sambil menikmati pelbagai ciri-ciri hebat

HMD Global, pangkalan telefon Nokia, hari ini mengumumkan dwi-pelancaran Nokia 105 dan Nokia 130. Bercirikan reka bentuk semula yang ergonomik, kedua-dua telefon didatangkan dengan ciri-ciri yang menakjubkan, dengan gabungan lancar keandalan serta nilai dan ketahanan yang hebat. Kedua-dua model ini bercirikan skrin berwarna berukuran 1.8 inci, lampu suluh LED yang berguna dan reka bentuk yang anggun dan berkontur, dengan setiap telefon tersedia dalam tiga warna.

Dengan lebih daripada 1.3 bilion pengguna telefon berciri di seluruh dunia, kebanyakannya dalam pasaran Asia dan Afrika[i], keandalan dan nilai hebat yang ditawarkan oleh Nokia 105 dan Nokia 130 bakal memastikan lebih ramai pengguna di seluruh dunia boleh terus berhubung.

Nokia 105: direka untuk kegunaan setiap hari

Dengan lebih 200 juta Nokia 105 terjual sehingga ini di seluruh dunia, telefon bimbit yang memenangi anugerah ini kini bercirikan reka bentuk ergonomik baharu, jangka hayat bateri yang cemerlang, dan penambahbaikan kebolehgunaan, dengan saiz skrin yang lebih besar dan pulau alas kekunci sentuh baharu. Diilhamkan oleh reka bentuk warisan Nokia, gaya kontur baharu Nokia 105 menjadikan ia sangat sesuai di tangan anda disebabkan oleh bentuk yang cantik dan semulajadi. Dengan warna yang terdapat di seluruh sarung polikarbonat yang meminimumkan kesan visual ketukan dan pelanggaran, Nokia 105 direka untuk kegunaan setiap hari. Ia menawarkan kualiti, keandalan dan reka bentuk mantap yang anda harapkan daripada sebuah telefon Nokia. 

Ciri-ciri alas kekunci baharu memisahkan kekunci bagi kebolehgunaan yang lebih baik, manakala skrin 1.8 inci yang lebih besar memberikan pengalaman tontonan yang lebih baik apabila anda bermain permainan-permainan digital kegemaran, seperti Snake Xenzia, yang telah dimuat turun. Memanfaatkan skrin yang lebih besar, dua permainan cuba dan beli – Doodle Jump dan Crossy Road[ii] telah sedia dimuat turun dalam Nokia 105. 

Tambah lagi, dengan lebih 15 jam[iii] masa bercakap dan tunggu sedia selama sebulan[iii], Nokia membolehkan anda bercakap dari pagi hingga ke malam dengan hanya sekali cas. Dan dengan ruang simpanan yang mencukupi untuk 500 mesej teks dan sehingga 2,000 nombor telefon kenalan, anda akan sentiasa kekal berhubung.

Tersedia dalam variasi[iv] Dua dan Satu SIM, Nokia 105 juga mempunyai Radio FM yang terbina dalam dan dicas menggunakan kabel USB Mikro standard (USD 2.0).

Nokia 130: memuaskan sifat periang anda

Tidak kira di mana anda berada dan apa yang anda lakukan, muzik menjadikan kehidupan lebih menyeronokkan. Dengan sehingga 44 jam masa main semula radio FM[v] dan ruang untuk ribuan lagu apabila anda menambah kad simpanan MicroSD sehingga 32GB, Nokia 130 memastikan anda sentiasa mempunyai lagu yang sesuai untuk setiap suasana.

Sekiranya video adalah kegemaran anda, skrin berwarna 1.8 inci yang jelas menawarkan pengalaman tontonan yang hebat semasa menonton video menggunakan kad MicroSD[vi]. Dan dengan 11.5 jam main semula video bagi setiap cas, anda boleh menukarkan masa terluang anda kepada masa hiburan. Nokia 130 mempunyai sokongan Bluetooth bagi fon kepala dan pembesar suara – yang sesuai untuk mendengar senarai lagu-lagu kegemaran anda tanpa wayar semasa dalam perjalanan.

Dengan kamera terbina dalam[vii], Nokia 130 membolehkan anda mengambil gambar dan merakam klip-klip video, yang boleh dimainkan semula menggunakan kad MicroSD. Dengan Nokia 130, perkongsian kandungan anda menjadi mudah. Kongsikan video, nombor telefon kenalan dan banyak lagi dengan hanya mengaktifkan Bluetooth dan membawa Nokia 130 anda hampir dengan telefon yang didayakan Bluetooth yang lain untuk pemindahan yang cepat dan mudah[viii]. Nokia 130 juga mempunyai kad MicroSD, yang boleh dipertingkatkan sehingga 32 GB.

"Dengan lebih daripada 4 bilion orang yang masih di luar talian[ix] dan tidak mendapat manfaat peluang-peluang pembangunan sosial dan ekonomi internet, walaupun hanya berhubung dengan suara dan teks adalah merupakan satu langkah penting bagi kebanyakan penduduk di seluruh dunia," komen Arto Nummela, Ketua Pegawai Eksekutif, HMD Global.

"Lebih daripada 400 juta telefon berciri telah dijual di seluruh dunia dalam tahun 2016[x]. Kita tidak boleh memandang rendah keperluan dan manfaat boleh berhubung dan kami bertekad untuk menyediakan peranti yang boleh meluaskan lingkungan capaian ramai penduduk di seluruh dunia."

Kedua-dua Nokia 105 dan Nokia 130 mempunyai lampu suluh LED yang popular – hanya tekan kekunci atas dua kali untuk menyalakan atau mematikan lampu suluh dengan cepat. 

Dijual secara runcit di seluruh dunia dengan harga purata $14.50 bagi variasi satu SIM dan $15 bagi variasi dua SIM, tidak termasuk cukai dan subsidi, Nokia 105 tersedia dalam warna biru, putih dan hitam – setiap warna dengan kemasan kusam.

Tersedia dalam warna merah, kelabu dan hitam, Nokia 130 dijual dengan harga purata $21.50 di seluruh dunia tidak termasuk cukai dan subsidi.

Nokia 130 dan Nokia 105 boleh didapati dalam variasi Dua dan Satu SIM[iv].

Latar Belakang HMD Global

Beribu pejabat di Espoo, Finland, HMD Global Oy ialah pangkalan baharu untuk telefon dan tablet Nokia. HMD mereka dan memasarkan pelbagai pilihan telefon pintar dan telefon berciri yang menyasarkan pelbagai kumpulan pengguna dan kadar harga. Dengan komitmen terhadap inovasi dan kuali, HMD ialah pemegang lesen ekslusif kepada jenama Nokia untuk telefon bimbit dan tablet. Nokia ialah tanda dagang berdaftar Nokia Corporation. Untuk maklumat lanjut, lihat http://www.hmdglobal.com.

i. Menurut Counter Point Research
ii. Permainan cuba dan beli tidak dijual di China
iii. Berdasarkan peranti Satu SIM
iv. Ketersediaan variasi Dua dan Satu SIM bergantung kepada pasaran
v. Menggunakan fon kepala berwayar
vi. Boleh didapati secara berasingan
vii. Kamera: VGA
viii. Tidak serasi dengan peranti-peranti Apple
ix. Program GSMA Connected Society
x. Sumber: Counter Point Research

Source: Counter Point Research
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services