omniture

Osram Terangi Rantau APAC dengan Siri Lampu Limpah LED SIMPLITZ Baharu

Siri Terkini Bawakan Kecekapan Tenaga Tinggi dan Jangka Hayat Tambahan dalam Industri Pencahayaan Luar
Osram
2017-07-19 12:17 853

SHANGHAI, 19 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Osram Lighting Solutions memperkenalkan siri Lampu Limpah LED SIMPLITZ di jerayawara pengenalan produk baharu mereka di seluruh APAC. Berasaskan teknologi Osram yang terkemuka dalam industri, produk-produk SIMPLITZ menawarkan penjimatan tenaga yang amat baik, tahap keandalan lebih tinggi, jangka hayat lebih panjang dan pengalaman pencahayaan profesional berbanding lampu limpah biasa, selain begitu ideal untuk muka bangunan, pencahayaan bangunan, pencahayaan limpah dan pencahayaan kawasan, selain pencahayaan papan iklan.

Pencapaian terkini Osram dalam reka bentuk moden memberikan produk-produk SIMPLITZ dengan kelebihan daya saing yang ketara. Memberikan sehingga 130 lm/w tahap kecekapan, lampu limpah LED SIMPLITZ direka khusus untuk menggantikan lampu limpah HID biasa 100W, 250W dan 400W dengan tahap kecerahan dan keseragaman lebih baik. Lampu limpah LED baharu dapat memberikan jangka hayat sehingga 50,000 jam & perlindungan IP66, yang menjadikannya sesuai khususnya untuk digunakan di lokasi-lokasi yang sukar diakses seperti muka bangunan dan papan iklan atas bumbung. SIMPLITZ juga merupakan lampu limpah LED paling ringan dalam kategorinya, dengan berat yang setanding dengan lampu limpah tradisional.

"Asia Pasifik ialah salah satu pasaran paling pesat berkembang untuk lampu LED, dan lampu limpah LED SIMPLITZ daripada Osram dapat memenuhi keperluan rantau yang dinamik ini dengan menyediakan pengalaman lebih baik kepada pelanggan yang mempunyai keperluan lampu luar," kata George Ko, Ketua Pegawai Eksekutif OSRAM Lighting Solutions, Asia Pasifik. "Dengan siri lampu limpah LED SIMPLITZ baharu, para pelanggan kami akan dapat menikmati kecekapan tenaga dan prestasi cahaya yang terbaik dalam kategori, dan meningkatkan pulangan pelaburan."

Berbanding lampu tradisional yang menggunakan filamen rapuh, produk-produk SIMPLITZ menampilkan sistem lampu dengan penutup aloi aluminium yang tipis dan lasak, yang amat tahan terhadap keadaan turun naik suhu dan akan kekal stabil dalam keadaan cuaca yang pelbagai.

"Reka bentuk optik yang istimewa menjanjikan cahaya yang lembut dan tekal, agar pihak pengiklan dan pemilik kedai boleh memastikan mesej mereka bersinar terang sepanjang malam, sepanjang tahun," sambung Ko.

Siri Lampu Limpah LED SIMPLITZ akan disediakan tidak lama lagi di seluruh rantau Asia Pasifik, termasuk China, Singapura, Thailand, India, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Siri Lampu Limpah LED SIMPLITZ Baharu
Siri Lampu Limpah LED SIMPLITZ Baharu

Latar Belakang OSRAM

OSRAM, yang berpangkalan di Munich, ialah pengeluar lampu terkemuka di dunia, yang mencatat sejarah sejak 100 tahun lalu. Portfolio produk merangkumi aplikasi berteknologi tinggi berasaskan teknologi semikonduktor seperti inframerah atau cahaya laser. Produk-produk ini digunakan untuk pelbagai aplikasi, bermula daripada realiti maya, pemanduan automatik atau telefon bimbit kepada penyelesaian lampu pintar dan terhubung di dalam bangunan dan juga di bandar-bandar. Bagi lampu automotif, syarikat ini merupakan peneraju pasaran dan juga teknologi. Berasaskan operasinya yang berterusan (tidak termasuk Ledvance), OSRAM menggaji kira-kira 24,600 kakitangan di seluruh dunia pada akhir tahun fiskal 2016 (30 September) dan menjana hasil berjumlah hampir EURO 3.8 bilion pada tahun fiskal tersebut. Syarikat ini juga tersenarai dalam bursa saham di Frankfurt dan Munich (ISIN: DE000LED4000; WKN: LED400; simbol dagangan: OSR). Maklumat tambahan disediakan di www.osram.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170717/1900196-1

Source: Osram
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors New products/services