omniture

LCM Partners Peroleh Portfolio NPL UK Bernilai £1.75 Bilion

LCM Partners
2017-07-19 18:14 601

LONDON, 19 Julai 2017/PRNewswire/ --

LCM Partners, Pengurus Pelaburan Alternatif Eropah yang terkemuka, mengumumkan ia telah memperoleh satu lagi portfolio penting bagi pinjaman tidak berbayar dan pinjaman berbayar semula. Transaksi hari ini merupakan portfolio UK khususnya bagi aset tidak bercagar berjumlah £1.75 bilion. Ia merupakan portfolio pinjaman sekunder berasal daripada pemberi pinjaman utama dan dibeli dengan rekod prestasi selama lima belas tahun.

"Ia merupakan portfolio matang yang menjana aliran tunai yang kukuh dan tekal. Syarikat saudara kami, Link Financial Outsourcing, telah menjadi pemberi khidmat sejak permulaan dan dengan itu, kami mengetahui profil pembayaran dengan amat baik. Hubungan kami dengan Link sebagai pemberi khidmat dalaman merupakan kelebihan utama untuk LCM Partners; dari segi pengasalan pelaburan, akses kepada kelompok data statik untuk pengunderaitan dan ketekunan wajar dipertingkat yang dapat kami laksanakan untuk portfolio-portfolio ini." Adrian Cloake, Ketua Pegawai Pelaburan, LCM Partners.

"Ia merupakan satu lagi kemenangan penting untuk LCM Partners yang menyusul pembelian aset minggu lalu sebanyak €3 bilion. Sebagai Pengurus Pelaburan untuk Peluang Kredit LCM III, pengekalan kadar penggunaan dalam transaksi merupakan sesuatu yang penting bagi kami dan kami telah berjaya mencapai sasaran ini semasa separuh pertama tahun 2017. Walau bagaimanapun, lebih penting selain hanya penggunaan modal, ialah penggunaan modal untuk transaksi yang tepat. Portfolio ini, dengan rekod prestasi selama lima belas tahun, memberikan jaminan kualiti untuk Rakan Kongsi Terhad kami." Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif, LCM Partners.

Nota untuk Editor:  

LCM Partners ialah pengurus Pelaburan Alternatif Eropah terkemuka, yang mengkhusus dalam pembelian seluruh portfolio pengguna pinjaman dan kredit SME. Menawarkan kepakaran tiada tandingan dalam pelaburan dan pengurusan portfolio kredit, LCM telah memperoleh lebih 2,500 transaksi mencakupi pinjaman berbayar, pinjaman dijadual semula dan pinjaman tidak berbayar. Portfolio baharu akan disediakan oleh syarikat perkhidmatan pinjaman saudara LCM, yang berada di kawasan setempat di setiap negara yang terlibat dalam transaksi.

LCM telah meraih beberapa anugerah industri pelaburan, dan baru-baru ini berjaya memenangi anugerah Pengurus Pelaburan Alternatif Terbaik Tahunan 2017 European Pensions, diikuti dengan dua kemenangan sempena anugerah Private Debt Investor 2016. Anugerah-anugerah ini adalah bukti rekod prestasi yang dicipta oleh pasukan, memberikan IRR tanpa leveraj sebanyak 14.89% sejak tahun 1999.

LCM kini menggunakan modal untuk strategi Peluang Kredit LCM III, yang mana pengumpulan dana ditutup pada tahun 2016. Ia akan mula mengumpul dana untuk strategi Peluang Pengasalan dan Peminjaman Strategiknya, 'SOLO' lewat tahun 2017.

LCM Partners
Alison Swonnell
T: +44(0)203-457-5058
aswonnell@lcmpartners.eu

Source: LCM Partners
Keywords: Banking/Financial Service