omniture

Syarikat hartanah Cina Country Garden masuki senarai Fortune Global 500

Country Garden Holdings
2017-07-21 23:29 965

SHUNDE, China, 21 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pada 20 Julai 2017, majalah Fortune menyiarkan senarai syarikat Global 500 bagi tahun 2017. Pemaju hartanah Cina, Country Garden (kod saham: 2007.hk) disertakan dalam senarai berwibawa buat julung kalinya, berada di tempat ke-467 dengan hasil perolehan sebanyak USD23 bilion, berkongsi kedudukan utama dengan banyak syarikat paling berpengaruh di dunia, antaranya, Apple, JPMorgan Chase & Co dan Microsoft. Antara 10 syarikat Cina yang baru tersenarai, Country Garden ialah satu-satunya syarikat hartanah.

Ibu Pejabat Country Garden
Ibu Pejabat Country Garden

Fortune Global 500 ialah penarafan paling terkenal dan berwibawa untuk syarikat-syarikat besar dengan kehadiran global. Kejayaan tersenarai dalam kedudukan Global 500 ialah satu pengiktirafan bagi pertumbuhan pesat Country Garden. Pada akhir tahun 2016, jualan pihak pemaju meningkat kepada lebih 18 kali berbanding 15.8 bilion yuan yang dicatatkan pada tahun 2007 apabila syarikat diniagakan secara awam. Dalam tempoh yang sama, jumlah aset pemaju melonjak nilainya kepada 14 kali berbanding penilaian pada tahun 2007 manakala perolehan melonjak dengan faktor 7.

Jualan kontrak Country Garden adalah berjumlah 308.84 bilion yuan pada tahun 2016, menjadikannya salah satu daripada tiga pemaju hartanah terbaik di China. Pada separuh pertama tahun 2017, Country Garden mendaki ke kedudukan teratas dengan mencatatkan jualan kontrak sebanyak 288.91 bilion yuan, meningkat 131 peratus berbading tempoh yang sama pada tahun 2016. Penganalisis industri terus mengulas bahawa mereka menjangkakan kedudukan Country Garden terus melonjak dalam senarai Fortune bagi tempoh dua tahun akan datang apabila jualan kontrak ditukarkan kepada hasil perolehan.

Sebagai pendukung dan penyokong kuat proses pembandaran baharu China dan pencipta suasana bandar hijau, Country Garden telah membentuk semula lebih 500 bandar Cina berdasarkan projek-projek pembangunan modennya di samping memperbaiki keadaan hidup dan juga kualiti hidup kebanyakan penduduk bandar-bandar ini.

Sejak ditubuhkan 25 tahun lalu, Country Garden mengukuhkan kejayaannya dengan melaksanakan strategi perniagaan yang seimbang sewaktu ia berkembang ke seluruh China, menerusi projek-projek pembangunan di lebih 500 bandar raya dan bandar dalam semua saiz dan pada semua peringkat pembangunan. Campuran bandar tersebut mencakupi semua peringkat, bermula daripada peringkat 1 hingga peringkat 5. Selain itu, firma turut beralih ke pasaran-pasaran antarabangsa, termasuk Malaysia, Australia dan Indonesia, dan menjadi pemaju hartanah Cina terkemuka dengan lebih 900 projek sedang berjalan di luar pasaran tempatannya.

Jelas sekali, Country Garden mengekalkan pertumbuhan pesat di samping meningkatkan leveraj. Dengan jualan yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 120 peratus dan nisbah pinjaman bersih menurun 11.3 mata peratusan kepada 48.7 peratus pada tahun 2016, Country Garden menjadi satu-satunya pemaju hartanah Cina utama dengan dua kali ganda hasil jualan, di samping mencatatkan penurunan ketara bagi nisbah peminjaman yang penting.

Hasil prestasi jualan yang kukuh serta kejayaan kadar penukaran jualan kontrak yang bakal selesai yang kini mencecah kira-kira 92 peratus, Country Garden mencapai aliran tunai positif bersih daripada operasi sekitar 41.26 bilion yuan pada tahun 2016, menjadikannya sebagai peneraju dalam industri menurut penunjuk ini. Melangkah ke hadapan, pihak pemaju menjangka untuk mengekalkan pertumbuhan jualan dan terus mengurangkan kebergantungan terhadap hutang.

Beberapa bank pelaburan antarabangsa, termasuk Citi, Deutsche Bank dan JPMorgan, telah menaikkan penarafan dan harga sasaran Country Garden sejak awal tahun ini. Pada 14 Julai 2017, Standard & Poor's telah menaikkan prospek Country Garden daripada "Stabil" kepada "Positif" di samping mengekalkan penarafan kreditnya, "BB". Hal ini adalah amat ketara berdasarkan hakikat bahawa tiga agensi penarafan kredit antarabangsa teratas setiap satunya menyatakan kebimbangan mengenai apa yang dilihat oleh mereka sebagai leveraj terlampau tinggi yang berlaku di kalangan kebanyakan pemaju hartanah China.

Selain komitmennya dalam mengurangkan jumlah leveraj sambil mengekalkan operasi yang stabil, Country Garden berkembang secara proaktif dalam bidang-bidang baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai kaedah untuk mengenal pasti dan bertindak terhadap model baharu bagi pertumbuhan masa depan. Pada Ogos 2016, Country Garden mengumumkan model "Bandar Sains Teknologi" untuk pembangunan hartanah bagi kawasan yang dizonkan untuk industri. Tonghu Sci-Town, projek Bandar Sains Teknologi pertama Country Garden di wilayah Guangdong, menjalankan pecah tanah pada 17 Mei 2017, dengan prospek-prospek yang kelihatan positif atas dasar hampir 80 syarikat termasuk Cisco telah menandatangani persetujuan sebagai penyewa atau pemilik. Menurut penganalisis industri, Country Garden mempunyai kedudukan yang baik bagi pertumbuhan penting yang selanjutnya dalam sektor ini dengan menjadi peserta aktif dalam usaha transformasi industri dan pusingan baharu pembandaran yang dijalankan di seluruh China.

Country Garden terlibat secara aktif dalam projek-projek yang memberi manfaat secara sosial berserta komitmennya untuk terus meningkatkan kualiti projek-projek pembangunannya. Setakat 30 Jun 2017, firma hartanah dan keluarga pengasasnya menyumbang sebanyak lebih 3.2 bilion yuan untuk pelbagai badan amal serta aktiviti-aktiviti kepentingan awam.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170721/1903629-1

 

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate