omniture

Bandar Sanya Lancar Jerayawara Global Pertama di Thailand Promosikan Pelancongan

Sanya Municipal Government
2017-07-25 00:38 998

SANYA, China, 25 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Bandar Sanya yang terletak di kedudukan paling selatan Pulau Hainan memulakan jerayawara global pertamanya bagi mempromosikan perayaan Sanya 2017 ("Perayaan") menerusi satu siri acara di Bangkok, Thailand.

Bandar Sanya melancarkan Jerayawara Global Pertama di Thailand bagi Mempromosikan Pelancongan
Bandar Sanya melancarkan Jerayawara Global Pertama di Thailand bagi Mempromosikan Pelancongan

"Terkenal di dunia dengan pantai putih dan perairan biru yang mengagumkan, Sanya terpilih sebagai salah satu daripada 52 Tempat untuk Dilawati pada tahun 2017 oleh New York Times. Ini juga merupakan kali pertama sebuah bandar Cina berada dalam senarai tersebut," kata Zheng Conghui, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pelancongan Sanya, dalam ucapan alu-aluan beliau. "Sanya dipenuhi dengan sumber yang beraneka dan pengalaman pelancongan yang unik. Menerusi pembangunan yang stabil selama bertahun-tahun, hampir 17 kumpulan hotel terkemuka di dunia melabur di Sanya untuk membina hampir 47 hotel. Sanya sedang melalui fasa transformasi yang merupakan kunci untuk menjadi bandar bertaraf antarabangsa demi menarik para pelancong dari seluruh dunia."

Jerayawara ini dibahagikan kepada seksyen berbeza termasuk pameran, interaksi, persembahan, galeri foto dan permainan Realiti Maya (VR), serta banyak lain. Di kawasan pameran, para peserta berpeluang mengalami budaya tempatan Sanya menerusi bangunan pantai buatan berdasarkan bangunan sebenar di lokasi dan merasai hidangan Hainai. Kumpulan minoriti Hainan, Warganegara Li, mengadakan persembahan kebudayaan mereka selain turut memperkenalkan kemahiran menyulam tradisional.

Seorang gadis Li menunjukkan bakat menenun beliau yang hebat
Seorang gadis Li menunjukkan bakat menenun beliau yang hebat

"Thailand dan Sanya mempunyai begitu banyak persamaan dari segi sumber alam semula jadi, budaya dan banyak lagi segmen lain. Saya percaya peningkatan jumlah pelancong Thailand akan menjadikan Sanya sebagai destinasi utama pada masa depan," kata En. Luo Taidong, Ketua Pasukan Pembangunan Pasaran Asia Timur Pentadbiran Pelancongan Negara Thailand.

Thailand merupakan persinggahan pertama dan penting untuk Sanya mempromosikan "Perayaan" dan membangunkan bandar ini menjadi destinasi pelancongan utama di seluruh dunia. Tahun lalu, kerajaan Sanya menandatangani surat hasrat dengan bandar Pattaya untuk menjadi bandar persahabatannya. Lebih banyak penerbangan terus kini tersedia dari negara-negara Asia Tenggara ke Sanya bagi meningkatkan jumlah perjalanan.

Selepas jerayawara di Thailand pada 22 Julai, Sanya akan meneruskan kempen promosi global bagi "Perayaan" ke negara-negara lain. Mulai Julai hingga Oktober tahun ini, kerajaan bandar akan menganjurkan beberapa jerayawara di sembilan negara termasuk Rusia, United Kingdom dan Jerman bagi menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi bandar ini. Hentian seterusnya ialah Malaysia, yang bakal berlangsung pada 25 Julai ini.

Latar Belakang Sanya

Terletak di lokasi paling selatan pulau Hainan, China, Sanya ialah sebuah destinasi pantai bertaraf antarabangsa. Bandar ini mendapat pujian para pengunjung dunia sebagai satu-satunya destinasi percutian tepian pantai Cina disebabkan oleh kawasan pinggir lautnya yang menakjubkan dan warisan budaya yang hebat.

Untuk maklumat lanjut tentang Sanya sila layari: http://english.sanya.gov.cn/publicfiles//business/htmlfiles/englishsite/tourism/index.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170724/1904960-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170724/1904960-1-b

Source: Sanya Municipal Government
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services