omniture

SUV Pertama Elektrik Sepenuhnya GAC Motor GE3 Kini Mula Dijual, Tetapkan Penanda Aras Baharu dalam Sektor Tenaga Baharu

GAC Motor
2017-07-25 01:19 786

SHANGHAI, 25 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Pembuat kereta terkemuka Cina, GAC Motor secara rasmi melancarkan SUV pintar elektrik sepenuhnya pertama yang dibangunkan sendiri, GE3 dalam pasaran Cina.

Yu Jun, presiden GAC Motor memberi pengenalan tentang GE3 kepada Klaus Schwab, pengerusi eksekutif Forum Ekonomi Dunia di Davos 2017
Yu Jun, presiden GAC Motor memberi pengenalan tentang GE3 kepada Klaus Schwab, pengerusi eksekutif Forum Ekonomi Dunia di Davos 2017

 

GE3 elektrik sepenuhnya daripada GAC Motor dilancarkan secara rasmi di Shanghai
GE3 elektrik sepenuhnya daripada GAC Motor dilancarkan secara rasmi di Shanghai

 

GE3 GAC Motor: model rintis bagi kenderaan pintar elektrik sepenuhnya
GE3 GAC Motor: model rintis bagi kenderaan pintar elektrik sepenuhnya

Membuat kemunculan sulung peringkat antarabangsa di Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017 pada bulan Januari lalu, GE3 adalah berasaskan platform EV baharu dan diberi kedudukan sebagai SUV elektrik bernilai sederhana hingga mewah yang melambangkan gaya hidup mesra alam dan kemungkinan baharu dalam mobiliti masa depan. Ia berjaya mengagumkan orang ramai apabila dipamerkan di Davos Musim Panas 2017, Mesyuarat Juara Baharu Tahunan kali ke-11, yang diadakan di Dalian, China.

GE3 pintar dan berciri elektrik sepenuhnya ini disediakan dalam julat harga antara 150,200 hingga 173,200 yuan (US$ 22,200 hingga 25,600), yang mengetengahkan ciri-ciri termasuk:

  • Dalam jarak 310km (192.62 batu) dengan kuasa elektrik sahaja;
  • Pengecasan pantas bateri litium ternari hingga 80 peratus dalam masa 30 minit;
  • Pecutan dari 0-100 km (0-60 batu) dalam masa 9.3 saat, jarak brek 12.8 meter (42 kaki);
  • Kuasa puncak: 120 KW (163.2 Kuasa kuda), tork puncak pada 290 Nm (214 kaki-paun) ;
  • Susun atur bateri rata yang menetapkan penanda aras dari segi ruang, keselesaan, keselamatan dan prestasi;
  • Penggunaan kuasa biasa 16.6 kwj/100km (16.6 kwj/60 batu);
  • Menampilkan teman kereta pintar Little Trumpchi, Internet Kenderaan 3.0 T-BOX dan sistem hiburan pintar INJOY;
  • Reka bentuk pemodelan teknologi rendah poli luar biasa dengan pemasangan lampu LED hadapan dan belakang rendah poligon;
  • Badan SUV memenuhi piawaian mampatan bumbung Amerika Utara.

"Sejak GAC Motor melancarkan kenderaan hibrid pertama pada tahun 2012, syarikat kami telah menguasai lima teknologi teras dari segi bateri, motor, unit kawalan, sistem gandingan elektromekanik dan penyepaduan sistem, membangunkan kenderaan tenaga baharu menjadi strategi utama GAC Motor. Pelancaran GE3 ialah satu permulaan dan kami berharap dapat membawakan produk-produk yang memenuhi keperluan trend masa depan, di samping menjamin pengalaman pemanduan dan perjalanan yang unik," kata Yu Jun, presiden GAC Motor.

Ketika menstrukturkan strategi pembangunan lestari untuk membina kenderaan yang boleh dipercayai dan mesra alam yang cemerlang dari segi reka bentuk, prestasi serta keandalan, GAC Motor merupakan peneraju dan penetap tanda aras dalam industri kenderaan tenaga baharu yang menetapkan matlamat untuk mencapai sebanyak 1 juta jumlah jualan menjelang tahun 2020, 20 peratus daripadanya adalah kenderaan tenaga baharu.

Syarikat turut mengaplikasikan teknologi lestari dan mesra alam dalam pengeluaran kenderaan, menggunakan hanya bahan-bahan berkualiti terbaik dan mesra alam. GAC Motor merancang untuk membuka taman industri kereta tenaga baharu pintar pada tahun 2019 dan menubuhkan syarikat subsidiari tenaga baharu untuk menembusi peringkat pembangunan baharu yang luar biasa.

"Penekanan strategik GAC Motor dalam tempoh lima tahun akan datang termasuk pelancaran model-model sedan dan SUV tenaga baharu dalam semua pasaran, mencapai 400-500km perbatuan dengan kuasa elektrik dan mengecas bateri sepenuhnya dalam tempoh kurang daripada 30 minit bagi menyelesaikan masalah perjalanan pengguna," kata Yu.

GAC Motor
Sebuah subsidiari GAC Group, GAC Motor membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina yang lain dalam tempoh yang sama. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut dan kedudukan ke-5 dalam kalangan semua jenama global menurut Kajian Kualiti Awal China 2016 J.D. Power Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor  
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor 
Twitter: https://twitter.com/gac_motor 

Maklumat Perhubungan Media:

Sukie Wong 
+86-186-8058-2829 
sukie_gacmotor@126.com 

Taki Jiang 
+86-134-5028-4242 
takijiang@126.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170724/1904757-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170724/1904757-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170724/1904757-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services