omniture

Kereta Suria untuk Semua - SONO MOTORS Perkenal Sion

Sono Motors GmbH
2017-07-31 08:52 581

MUNICH, 31 Julai 2017 /PRNewswire/ -- SONO MOTORS syarikat baharu teknologi yang berpusat di Munich memperkenalkan kenderaan elektrik yang inovatif dan menjimatkan dengan penyepaduan solar, sesuai untuk kegunaan seharian.

Dengan jarak perjalanan 250km, berharga 16,000 euro (tanpa bateri) dan aplikasi mobiliti bersepadu, kenderaan ini sangat menarik bagi keluarga dan pengulang alik bandar.

Bateri sedia untuk disewa secara bulanan atau satu-kali pembelian. Pada harga semasa, bateri berharga kurang daripada 4,000 euro.

Pada musim panas 2016, Sono Motors memulakan kempen di Indiegogo dan mendapat sokongan yang luar biasa.

Bagi membangunkan dan mengeluarkan kenderaan ini, Sono bekerjasama dengan pengeluar kontrak dan pembekal sistem terkenal di seluruh Eropah.

SONO MOTORS memerlukan 5,000 tempahan untuk memulakan pengeluaran bersiri tepat pada masanya, pada Suku ke-2 tahun 2019. 1,500 tempahan telah diperoleh sebelum SION dipamerkan.

Salah satu keistimewaan SION ialah fungsi pengecasan sendiri yang dipanggil viSono. Sel suria bersepadu menghasilkan tenaga elektrik yang disalurkan terus ke dalam bateri. Dengan cara ini tambahan sehingga 30km sehari sedia digunakan.

Satu ciri unik lain ialah biSono. Ia membolehkan pengendali mengeluarkan tenaga elektrik daripada bateri dan sedia digunakan oleh pengguna lain. Oleh itu, Sion menjadi stesen kuasa bergerak.

Sono Motors disokong oleh para pelabur ternama, yang berkongsi wawasan dengan pengasasnya.

Selepas acara pembukaan pada 27 Julai, Sono Motors akan memulakan lawatan pandu uji di seluruh Eropah.

Lawatan pertama akan berlangsung pada 18 Ogos di Munich dan terus menjelajah sekurang-kurangnya 12 bandar dan 7 negara; orang ramai boleh menguji dan mengalami Sion semasa lawatan ini berlangsung.

http://www.sonomotors.com

Hak cipta:

Sesuai untuk kegunaan editorial. Dokumetasi atau rujukan diperlukan.

Kredit foto seperti berikut: Foto: SONO MOTORS GmbH

Maklumat dan persetujuan penjadualan:
navina.pernsteiner@sonomotors.com
Telefon: +49-89-45205818

Source: Sono Motors GmbH
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services