omniture

Pembukaan Festival K-Pop sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeong Chang 2018 Dijangka Mengagumkan

Hoeng seong-gun
2017-08-01 09:00 1009

HOENG SEONG, Korea Selatan, 1 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Festival K-POP bakal diadakan di Dunnae-myun, Hoeng seong-gun, Gangwon-do, Korea Selatan bagi merancakkan gegaran Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeong Chang 2018.

Barisan Artis Festival K-pop Cool 2017 di Taegisan
Barisan Artis Festival K-pop Cool 2017 di Taegisan

Dunnae, lokasi bagi mengadakan festival ini, terletak bersebelahan Pyeong Chang, dan suhunya sejuk walaupun semasa musim panas disebabkan oleh tempatnya yang terletak di dataran tinggi iaitu pada altitud 700 meter.

Selain itu, tempat peranginan percutian pelancong Welli Hilli Park terletak berdekatan bagi memberikan kemudahan istirehat yang selesa untuk tetamu luar negara yang mengunjungi festival ini.

Di Festival K-POP yang bakal diadakan di Taman Sukan Dunnae pada 12 Ogos, jam 7 malam, pelbagai bintang K-Pop Korea termasuk Nine Muses, Myteen, Park Mi Kyung, Park Hyun Bin, Shin Jae Hyuk, Voiceper, Wa$$up dan Walwari bakal menggegarkan pentas persembahan.

Festival K-POP akan diadakan semasa Festival Tomato Dunnae mulai 11 hingga 15 Ogos. Festival Tomato tersebut akan mengadakan pelbagai konsert dan acara yang bakal memberikan lebih banyak keseronokan dan peristiwa untuk disaksikan.

http://www.hsg.go.kr/english/00001866/00001907.web

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170727/1908298-1

Source: Hoeng seong-gun
Keywords: Entertainment Web Site