omniture

Gulf Petrochem Group Meterai Perjanjian Pembiayaan Bernilai US$150j

Gulf Petrochem Group
2017-08-01 13:17 571

DUBAI, UAE, 1 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

Nota untuk editor: 

  • Pembiayaan disediakan oleh bank-bank yang berpangkalan di GCC dengan pensindiketan diterajui oleh Emirates NBD
  • Pengumpulan dana akan sokong operasi global kumpulan untuk realisasikan rancangan pertumbuhan
  • Kumpulan rancang tembusi pasaran Kewangan Islam dan Sukuk di Asia dengan tumpuan terhadap Indonesia dan Malaysia untuk potensi pembiayaan masa depan

Gulf Petrochem Group (GP) berjaya mengumpul sebanyak US$ 150 juta daripada sekumpulan institusi kewangan antarabangsa dan tempatan yang berpangkalan di GCC. Dalam persekitaran harga minyak dunia yang terus rendah, pembiayaan ini akan digunakan untuk menyokong aktiviti-aktiviti kumpulan di seluruh dunia.

generated by system

Peminjaman akan dibuat dalam bentuk pinjaman berjangka 8 tahun yang disediakan oleh sindiket bank-bank yang diterajui oleh Emirates NBD. IL&FS bertindak sebagai Penasihat Kewangan.

National Bank of Fujairah akan menjadi ejen sekuriti untuk pembiayaan ini. Bank-bank yang mengambil bahagian ialah Al Ahli Bank of Kuwait, United Arab Bank, Bank of China, ICICI Bank, Mashreq Bank, antara lain.

Pinjaman ini berharga kompetitif dengan spread Kadar Tawaran Antara Bank London (LIBOR). Sepanjang fasa perancangan dan pensindiketan, GP bekerjasama erat dengan pihak berkepentingannya, IL&FS dan sindiket bank-bank.

Majlis penandatanganan berlangsung dengan kehadiran wakil-wakil peringkat tinggi daripada bank-bank sindiket dan Pengarah Urusan Kumpulan GP, Sudhir Goyel berserta para eksekutif kanan daripada GP.

Mengulas tentang perjanjian ini, Pengarah Kumpulan GP, Prerit Goel berkata: "Dalam keadaan pasaran semasa, ia menjadi bukti terhadap operasi dan rancangan perniagaan kami bahawa kami berupaya mengumpul jumlah modal sebanyak ini. Bank-bank yang terlibat kesemuanya menyatakan kekaguman mereka terhadap rancangan pertumbuhan kami yang mantap. Sebagai sebuah kumpulan, kami bertekad untuk tetap dengan usaha ini dan untuk menyampaikan cita-cita strategik jangka panjang kami." Beliau meneruskan dengan menambah, "Ekoran penutupan pengumpulan dana ini, kini kami sedang mengkaji untuk menembusi pasaran-pasaran modal dengan tumpuan utama terhadap pasaran kewangan Islam dan Sukuk di Asia, khususnya Malaysia dan Indonesia."

En. Salah Mohammed Amin, Naib Presiden Eksekutif, Perbankan Korporat, Emirates NBD juga menambah, "Respons positif untuk kemudahan ini mengesahkan minat dalam sektor-sektor utama di UAE dan kepercayaan yang diendorskan pada kedudukan kewangan kukuh Gulf Petrochem Group meskipun dalam keadaan pasaran yang mencabar. Sejak awal tahun ini, kami telah mengaturkan beberapa transaksi pinjaman bersindiket. Transaksi ini terus mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran tempatan."

Sreehari Iyer, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan GP berkata: "Respons positif yang kami terima daripada komuniti perbankan semasa perjumpaan kami adalah amat menggalakkan. Sumber pembiayaan baharu yang kompetitif ini akan membantu kami mencapai cita-cita pertumbuhan global kami dan menunjukkan kepercayaan kewangan terhadap perniagaan kami sepanjang tempoh ekonomi yang tidak menentu ini."

Latar Belakang Gulf Petrochem Group 

Gulf Petrochem Group ialah pengusaha utama dalam industri minyak, mengkhusus dalam Perdagangan Minyak dan Pengisian Bahan Api, Penapisan Minyak, Pembuatan Gris, Terminal Simpanan Minyak, Pembuatan Bitumen dan Penghantaran serta Logistik. Beribu pejabat di Emiriah Arab Bersatu, serta turut berada di Asia Selatan, Timur Jauh, Afrika dan juga Eropah, Gulf Petrochem muncul sebagai salah satu pengeluar dan pedagang produk-produk petroleum paling mantap di sebahagian besar kawasan di dunia.

Sumber: Gulf Petrochem Group

Source: Gulf Petrochem Group
Keywords: Oil/Energy Utilities