omniture

Jecheon Korea Selatan bakal anjur ekspo antarabangsa berkaitan industri perubatan, bioteknologi Korea pada September

Organizing committee for 2017 International Korean Medicine Bio Industry EXPO
2017-08-05 00:48 1255

JECHEON, Korea Selatan, 5 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Jecheon di bahagian tengah Korea Selatan bakal menjadi tuan rumah untuk pameran antarabangsa yang memberi tumpuan terhadap industri perubatan dan bioteknologi Korea pada bulan September ini dalam usaha untuk membangunkan industri bioteknologi berasaskan perubatan herba Korea untuk menjadi enjin pertumbuhan masa depan, menurut pihak penganjur pada hari Khamis.

Jecheon Korea Selatan bakal anjur ekspo antarabangsa berkaitan industri perubatan, bioteknologi Korea pada September
Jecheon Korea Selatan bakal anjur ekspo antarabangsa berkaitan industri perubatan, bioteknologi Korea pada September

Ekspo Industri Perubatan-Bio Korea Dunia yang akan datang berlangsung enam tahun setelah perbandaran Jecheon di Wilayah Chungcheong Utara mengadakan pameran antarabangsa sulung tentang "hanbang", atau perubatan tradisional Korea dan industri bioteknologi Korea pada tahun 2010. Sepanjang pameran ini, Jecheon berpeluang mempromosikan imejnya sebagai bandar industri yang berfokuskan hanbang.

Bertemakan "Rekreasi Perubatan Korea-Berkembang dalam Industri Perubatan Bio Korea", acara ini akan membuka tirai di Taman Ekspo Perubatan Korea di Jecheon pada 22 September selama 19 hari.

Pameran yang dibayangkan itu dijangka akan menghimpunkan 800,000 orang, termasuk 40,000 pelancong asing, berserta wakil-wakil daripada 250 syarikat Korea Selatan dan luar negara untuk mengadakan rundingan perniagaan dan eksport dengan lebih 3,500 pembeli.

Gabenor Chungcheong Utara Lee Si-jong, yang berperanan sebagai ketua jawatankuasa penganjur pameran, berkata bahawa pameran hanbang dan industri bioteknologi tahun ini, yang mendapat status acara bertaraf antarabangsa berorientasikan perniagaan kepada perniagaan daripada kerajaan, bermatlamat untuk menggiatkan usaha kerajaan demi kepentingan dan keberkesanan pembangunan industri perubatan dan bioteknologi Korea.

Gabenor turut menjangkakan, "Industri perubatan herba-bioteknologi Korea di Jecheon, diwujudkan melalui gabungan dengan industri bioteknologi yang dibangunkan oleh kerajaan perbandaran Chungcheong Utara dan industri perubatan Korea Jecheon, akan menjadi tumpuan sebagai industri masa depan."

Joung Sa-whan, ketua setiausaha jawatankuasa penganjur, berkata pameran tersebut akan memberi kelebihan kepada pasaran produk semula jadi global, yang amat berkait rapat dengan industri perubatan Korea, memandangkan industri-industri perubatan, bioteknologi dan produk semula jadi Korea dijangka akan menerajui pembangunan dalam revolusi perindustrian keempat yang sedang dijalankan di seluruh dunia.

Pasaran produk semula jadi global, dijangka bernilai sekitar 1,000 trilion won (US$890.47 bilion), diramal berkembang secara sekaligus sebanyak 8-10 peratus setahun, kata Joung.

Kerajaan serantau dan perbandaran Jecheon akan menganjurkan bersama pameran ini, manakala 19 agensi kerajaan dan institusi awam, termasuk kementerian industri dan perdagangan, dalaman, kebudayaan dan Agesi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea, akan memberi sokongan kepada acara ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170803/1913192-1

Source: Organizing committee for 2017 International Korean Medicine Bio Industry EXPO
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news