omniture

KamaGames Nikmati WMGC yang Sangat Berjaya & Tembusi Pasaran Cina

KamaGames
2017-08-21 09:21 693

DUBLIN, 21 Ogos 2017/PRNewswire/ --

Pembangun dan penerbit bertaraf global bagi permainan kad sosial untuk platform mudah alih, KamaGames Group hari ini mengumumkan satu lagi kehadiran acara yang amat berjaya tatkala mereka kembali daripada Persidangan Permainan Mudah Alih (WMGC) yang merupakan sebahagian daripada Pameran China Joy tahun ini di Shanghai China.

Sebagai sebahagian daripada usaha perluasan selanjutnya oleh syarikat ke dalam pasaran Asia, KamaGames merupakan salah satu daripada penaja platinum persidangan yang mempamerkan pelaksanaan pemasaran dan komunikasi yang mantap selain ceramah yang disampaikan oleh Daniel Kashti, Ketua Pegawai Pemasaran & Komersial KamaGames.

Semasa ceramah beliau, Kashti membincangkan sejauh mana perniagaan permainan kad sosial barat, yang kini bernilai lebih $4 bilion, berkembang dengan begitu pesat dalam pasaran Asia dengan lebih banyak pemain menikmati permainan melalui peranti mudah alih yang mengakibatkan kemerosotan komparatif terhadap permainan mudah alih Facebook. Hal ini menghasilkan pertumbuhan penting dalam KamaGames Group dan membolehkan mereka memberi tumpuan untuk berkembang menembusi pasaran baharu dan baru muncul di seluruh dunia.

Selain itu, pembangun dan penerbit turut menganjurkan satu acara perangkaian sebelah malam, yang mengundang ahli-ahli penting daripada akhbar tempatan dan juga penerbit serta pengedar tempatan bagi memperkenalkan mereka terhadap judul poker sosial bebas terbesar di Eropah - Pokerist.

Daniel Kashti mengulas, "Tahun lalu kami telah meluangkan masa untuk meneroka tanah besar China dan juga Asia Tenggara, dan memutuskan bahawa Suku Kedua dan Suku Ketiga 2017 adalah saat terbaik untuk mula melaksanakan rancangan kami. Kami telah menyaksikan kenaikan antara 2-3 kali ganda dari segi aktiviti pemain di rantau tersebut sejak 12 bulan lalu, selain trend menggalakkan yang berterusan muncul."

Persidangan WMGC turut menyaksikan pertemuan KamaGames dengan beberapa bakal rakan kongsi penting dan strategi dari pelbagai pelosok Asia. Kevin Egan daripada pasukan Pembangunan Perniagaan KamaGames berkata, "Kami mempunyai persidangan yang sangat berjaya dan berpeluang bertemu dengan beberapa syarikat tempatan yang amat menarik.  Kami sudah pastinya berminat untuk bekerjasama dengan mereka bagi melangkah ke hadapan. Kami berharap dapat menyediakan butiran lanjut tentang perkongsian kami dalam pasaran-pasaran Asia dalam tempoh beberapa bulan akan datang atau lebih awal lagi."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KamaGames dan portfolio judulnya sila layari http://www.KamaGames.com

Latar Belakang KamaGames 

KamaGames Group merupakan pembangun dan penerbit bertaraf global bagi permainan kad sosial yang diwujudkan untuk peranti mudah alih, sosial, konsol dan TV pintar.

Ditubuhkan pada tahun 2010 dan menggaji lebih 220 kakitangan, KamaGames Group mempunyai ibu pejabat korporat di Dublin, Ireland serta pejabat-pejabat di London dan Dubai. Syarikat ini juga beroperasi sama ada secara langsung atau melalui jaringan rakan kongsinya dalam semua pasaran global termasuk Amerika Syarikat, Eropah ASIAPAC dan Timur Tengah serta negara-negara CIS.

Menghimpunkan daya kreativiti, teknologi proprietari dan minat terhadap permainan, KamaGames membangunkan portfolio permainan kad sosial premium bagi menyediakan hiburan sebenar kepada orang ramai. Penjana Nombor Rawak (RNG) KamaGames diperakui oleh iTech Labs dan memenuhi piawaian tertinggi demi menjamin permainan yang adil.

Portfolio KamaGames diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dan mampu mencapai lebih 90 juta pemain seluruh dunia menerusi lebih 1 juta pengguna aktif harian.

Permainan terkenalnya, Pokerist(R), dipilih sebagai salah satu Aplikasi Terbaik 2012 oleh Apple dan merupakan Aplikasi Perolehan Terbaik #1 dalam Apple App Store di 89 negara, serta tersenarai sebagai 5 Aplikasi Perolehan Google Play Terbaik di 24 negara.

Untuk maklumat lanjut tentang portfolio judul KamaGames sila klik: http://www.kamagames.com/coporate_assets

Source: KamaGames
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Trade show news