omniture

Borgward Group Perkukuh Pasukan Pengurusan di Eropah Ambil Gerald Lautenschläger

BORGWARD Group AG
2017-08-25 04:01 661

STUTTGART, Jerman, 25 Ogos 2017 /PRNewswire/ --

  • Pakar jualan dilantik Pengarah Eksekutif Operasi Eropah 

Gerald Lautenschläger bakal menjadi Pengarah Eksekutif Operasi Eropah baharu di Borgward Group AG pada 1 September 2017.

generated by system

Menerusi jawatan baharu ini, Lautenschläger akan membangunkan sistem jualan berorientasikan masa depan dan jaringan perkhidmatan untuk pasaran Eropah.

"Kami berbesar hati kerana mempunyai pengurus automotif yang mempunyai banyak pengalaman bersama kami," kata Tom Anliker, Naib Presiden Pemasaran, Jualan & Perkhidmatan di Borgward Group AG.

Sebelum ini, Lautenschläger merupakan ahli pengurusan bagi Institut untuk Pemasaran dan Psikologi Perindustrian (IMB Group) di Berlin. Menerusi jawatan ini, beliau bertanggungjawab, antara lain untuk projek-projek pembangunan perniagaan dalam segmen jualan untuk Renault, BMW dan Mercedes-Benz. Terdahulu, beliau bertugas selama lebih 15 tahun dalam pelbagai fungsi jualan dan selepas jualan di Adam Opel AG, dan yang terkini sebagai Pengarah Jualan Jerman.

Maklumat Lanjut:

BORGWARD Group AG
Kriegsbergstrasse 11
70174 Stuttgart, Jerman

Marco Dalan
Ketua Bahagian Komunikasi Global
Telefon: +49-711-365101041
e-mel: marco.dalan@borgward.com
http://www.borgward.com 

Source: BORGWARD Group AG
Keywords: Auto Transportation Personnel announcements