omniture

Institut Sains Sosial Kalinga (KISS) Diisytihar Setaraf Universiti

Universiti Suku Kaum Pertama Dunia
KIIT
2017-08-31 11:18 628

BHUBANESWAR, India, 31 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Institut Sains Sosial Kalinga (KISS), sebuah institut seangkatan Institut Teknologi Perindustrian Kalinga (KIIT), telah dianugerahkan status Universiti oleh Kementerian Pembangunan Sumber Manusia, Kerajaan India melalui Surat No. F.9-14/2011-U-3 (A) bertarikh 25/08/2017. Ia menjadi universiti suku kaum pertama di India dan seluruh dunia. Walaupun Indira Gandhi National Tribal University telah ditubuhkan sebelum ini, ia mengambil pelajar daripada semua kategori. Sebaliknya, KISS University adalah eksklusif untuk para pelajar suku kaum.

Sepintas lalu tentang KISS: https://www.youtube.com/watch?v=F2OKrbupDtA .

KISS, yang berpangkalan di Bhubaneswar, India, diisytiharkan sebagai Setaraf Universiti di bawah kategori De-novo. Universiti ini akan memperkenalkan tujuh jabatan inovatif baharu dalam fasa pertamanya bagi memberi dorongan terhadap penyelidikan mengenai kajian suku kaum dan membantu KISS mencapai kedudukan terkemuka dalam bidang pendidikan dan penyelidikan suku kaum di seluruh dunia; status Setaraf Universiti dianugerahkan dengan harapan ini. Sama seperti sebelum ini, para pelajar KISS University akan mendapat pendidikan yang menyediakan penginapan secara percuma.

Sewaktu menyatakan rasa puas hati beliau, Dr. Achyuta Samanta, Pengasas, KISS University berkata, "Hal ini menjadi kenyataan kerana rahmat daripada Yang Maha Kuasa dan doa yang baik-baik daripada penduduk Odisha." Dr. Samanta, bagi pihak KISS, melahirkan rasa terima kasih beliau yang tulus kepada Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi. Ketika melahirkan rasa terima kasih beliau kepada Shri Naveen Patnaik, YB Ketua Menteri Odisha, Shri Samanta berkata bahawa tanpa rahmat dan restu beliau, KISS tidak dapat mencapai kejayaan setinggi ini.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih peribadi beliau kepada Menteri Kesatuan Pembangunan Sumber Manusia, Shri Prakash Javadekar, yang melakar sejarah dengan meluluskan geran status Setaraf Universiti kepada KISS. Beliau turut berterima kasih kepada pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan Sumber Manusia, Kerajaan India dan Suruhanjaya Geran Universiti atas kelulusan yang mereka berikan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada dua Menteri Kesatuan dari Odisha - Shri Jual Oram, Menteri Hal Ehwal Suku Kaum dan Shri Dharmendra Pradhan, Menteri Petroleum atas bantuan dan restu mereka. Dr. Samanta turut melahirkan rasa terima kasih beliau kepada rakan media tempatan, negara dan antarabangsa atas sokongan mereka.

KISS yang Setaraf Universiti sepatutnya menjadi Universiti pertama di dunia yang eksklusif untuk para pelajar suku kaum dan pengajian suku kaum, yang percuma dan diberikan penginapan sepenuhnya. Institut Sains Sosial Kalinga (KISS) ditubuhkan oleh Prof. Achyuta Samanta pada tahun 1992-93 dalam sebuah bangunan yang disewa di Bhubaneswar dengan hanya 125 pelajar suku kaum yang miskin. Ia mengalami pertumbuhan besar-besaran menerusi peningkatan secara berperingkat-peringkat dari segi bilangan pelajar. Setakat ini, bilangan pelajar KISS telah mencecah 37,000 pelajar (27,000 pelajar sedia ada dan 10,000 pelajar yang tamat pengajian). Enam puluh peratus daripada mereka merupakan pelajar perempuan.

Selain pendidikan formal daripada Kelas I kepada peringkat Pascasiswazah, pelbagai kemahiran vokasional disediakan untuk pelajar. Di samping melaksanakan Sasaran Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam erti kata sebenar, KISS berupaya membawakan perubahan sosial yang amat diperlukan dalam kawasan pendalaman suku kaum Odisha dan negara-negara jiran dengan menyekat penularan pemberontakan pengikut Mao dan Naxalite. KISS, melalui 37,000 pelajar yang berasal daripada banyak keluarga dari kampung-kampung berbeza di seluruh negeri, sememangnya mengubah corak pemikiran suku kaum dan membantu mereka menyertai masyarakat umum.

Para pelajar KISS gembira dengan berita ini. Ibu bapa hampir 37,000 pelajar institut ini dan masyarakat suku kaum berasa sangat gembira dengan pencapaian berkenaan.

Maklumat Perhubungan Media:
Shradhanjali Nayak
Pengarah Perhubungan Awam
KIIT dan KISS
No. Telefon: +91-674-2725636
E-mel: shradhanjali@kiit.ac.in

Source: KIIT
Keywords: Education Higher Education New products/services