SHANGHAI, 31 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Pada 29 Ogos 2017, Infinitus (China) Company Ltd (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Infinitus"), ahli LKK Health Products Group, memenangi gelaran Majikan Terbaik Aon – China 2017 di majlis anugerah yang berlangsung di Shanghai. Berdasarkan kaji selidik pasaran seluruh China yang merangkumi 113 buah syarikat yang mengambil bahagian, 14 buah syarikat telah dinamakan Majikan Terbaik sementara tiga memenangi anugerah khas. Ini adalah merupakan kali kelima Infinitus menerima pengiktirafan ini.
"Majikan Terbaik telah diiktiraf oleh para pekerja dan pasaran mereka bagi pencapaian dalam pembangunan pengurusan dan tenaga manusia, membolehkan prestasi cemerlang dalam pertumbuhan pendapatan dan keuntungan," Peter Zhang, Rakan Kongsi Aon Hewitt Global, Ketua Pegawai Eksekutif Greater China, dan Pengerusi Jawatankuasa Penghakiman Majikan Terbaik China, berkata.
Kaji selidik Aon Hewitt menunjukkan bahawa Majikan Terbaik mempunyai penglibatan pekerja yang tinggi, jenama majikan yang menambat hati, kepimpinan yang berkesan dan budaya prestasi yang tinggi. Menurut data kaji selidik bagi tahun 2017, Majikan Terbaik mempunyai penarafan keterlibatan 13% lebih tinggi dan kadar keluar masuk pekerja 10% lebih rendah daripada purata pasaran, sementara margin keuntungan, secara purata, 28% lebih tinggi daripada pesaing mereka.
"Hari ini, cabaran terbesar yang dialami oleh perusahaan bukan persaingan luar, tetapi daripada mereka sendiri, kurang berkebolehan untuk mencipta nilai bagi para pelanggan. Infinitus terus meneroka cara terbaik untuk membangunkan kelestarian perniagaan, bertindakbalas dengan segera terhadap perubahan pasaran dan keperluan pelanggan, serta memberi ruang potensi para pekerja direalisasikan dan membuatkan mereka gembira," En Lam Yu, Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group, Naib Pengerusi dan Pengarah Urusan Infinitus (China) Company Ltd., berkata.
Mematuhi nilai-nilai teras "Si Li Ji Ren" dan model pengurusan "Model Kepimpinan Automatik", Infinitus sentiasa memberi galakan kepada inovasi pekerja, dan mengoptimumkan keberkesanan organisasi. Program Universiti Infinitus telah dilancarkan dengan rasminya dalam tahun 2016 dalam usaha untuk merealisasikan potensi para pekerja melalui latihan dan pembangunan bakat, sementara Program Pengurusan Kesihatan Pekerja Infinitus telah dinaik taraf dengan lebih meluas dan kandungan diperibadikan tentang pelan insuran komersil pekerja. Di samping itu, Infinitus telah meningkatkan jenama majikannya dengan keseimbangan antara kesihatan, keluarga dan kerja kepada orang awam serta kepada para pekerja dan keluarga mereka melalui media sosial.
Inisiatif-inisiatif ini telah berjaya mewujudkan "kegembiraan" atmosfera bekerja yang menarik bakat-bakat cemerlang sambil mempromosi pembangunan lestari perniagaan kesihatan Infinitus. Dalam kaji selidik kepuasan pekerja tahun 2016, Infinitus menerima markah tinggi pada 8.89, menerajui purata pasaran dengan ketara.
"Infinitus mengambil pendekatan berorientasikan budaya untuk mewujudkan atmosfera di mana masyarakat belajar bersama, serta satu pendekatan di mana pihak pengurusan mendengar dan mengambil kira maklumbalas dan cadangan kakitangan semasa membuat keputusan. Saya gembira bekerja di syarikat seperti ini," En. Cai, seorang pekerja yang telah bersama Infinitus selama enam tahun, berkata.
Maklumat lanjut di www.lkkhpg.com
Ikuti kami di Facebook dengan mencari "lkkhpg"
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170829/1928426-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170829/1928426-1-b