omniture

Satu Lagi Kejayaan APC Group - Africa Plantation Capital Peroleh Pensijilan ISO 9001:2015

APC Group SA
2017-09-04 12:14 614

GENEVA, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- Syarikat agro perhutanan lestari yang memenangi anugerah, Africa Plantation Capital – sebahagian daripada syarikat APC Group yang diketuai oleh Asia Plantation Capital yang sangat berjaya, berbesar hati mengumumkan pencapaian terbarunya dalam memperoleh pensijilan ISO 9001:2015 di bawah UKAS (United Kingdom Accreditation Service) dan BVC (Bureau Veritas Certification). Ia diberikan sebagai pengiktirafan kepada usaha dan sumbangan syarikat dalam Hartanah dan sektor Perkhidmatan Pengurusan Ladang di benua Afrika.

Pensijilan ISO 9001:2015 mengiktiraf pencapaian cemerlang Africa Plantation Capital dalam penambahbaikan berterusan, kepuasan pelanggan, ketelusan, pentadbiran korporat yang baik dan penggunaan amalan terbaik perniagaan yang diterima di peringkat antarabangsa, mematuhi nasihat dan nilai yang digariskan dengan jelas dalam kalangan semua syarikat APC Group.

Africa Plantation Capital komited dalam menyediakan pihak berkepentingannya dengan perkhidmatan pengurusan lading yang berkualiti tinggi, dan penganugerahan pensijilan ISO bermakna pelanggan – yang sedia ada dan baharu – akan lebih berkeyakinan dengan syarikat dan perkhidmatan yang disediakan.

"Kami gembira dengan pensijilan ISO 9001:2015," kata Pengarah Africa Plantation Capital, Kosta Kioleoglou. "Ia akan memberikan sokongan seterusnya bagi komitmen kami untuk menyediakan pelanggan dan rakan kongsi kami dengan perkhidmatan pengurusan ladang buluh bertaraf dunia yang tiada tandingan. Ini ialah satu penghormatan bagi pasukan kami, dan contoh terbaik komitmen kami kepada produk yang kami cipta dan mereka yang menerima perkhidmatan kami."

ISO 9001:2015 menetapkan kriteria bagi sistem pengurusan kualiti – piawaian yang dipatuhi selama lebih sedekad lamanya oleh kebanyakan organisasi di seluruh dunia. Kini terdapat lebih daripada sejuta syarikat dan organisasi di lebih 170 negara mendapat sijil ISO 9001, dan bilangan dan skopnya semakin meningkat dengan pengiktirafan yang lebih meluas tentang keperluan untuk mematuhi amalan perniagaan yang tinggi kualiti dan bertanggung jawab.

Piawaian ini berdasarkan beberapa prinsip pengurusan kualiti termasuk fokus pelanggan yang kukuh; motivasi dan aplikasi pengurusan tertinggi; pendekatan terhadap proses, dan komitmen untuk sentiasa menambah baik semua aspek organisasi.  Penggunaan ISO 9001:2015 membantu memastikan pelanggan menerima produk dan perkhidmatan yang baik kualiti secara tekal, di samping memperoleh faedah komersial.

"Kami sememangnya amat ingin memastikan rangka kerja ISO digunakan sejak awal lagi untuk memberikan nilai sebenar kepada pelanggan kami," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan Africa Plantation Capital En. Kelvin Kaloki. "Perjalanan menuju pencapaian status ISO 9001:2015 bermula untuk kami pada bulan Ogos 2016, tetapi kami bukan sekadar memberi fokus kepada pengakreditasian semata-mata.  Kami berusaha selama beberapa bulan sebelum membawa syarikat kepada agensi pensijilan, dan kami berpuas hati apabila mengetahui semua polisi dan proses dalaman kami selari dengan piawaian ISO."

Pensijilan ISO 9001:2015 mencerminkan komitmen kami terhadap kualiti, komitmen berterusan kami kepada pelanggan dan mengesahkan kedudukan kami sebagai peneraju Afrika dalam perkhidmatan pengurusan ladang.

Nota untuk Editor

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012 203 5344

Latar Belakang APC Group

APC Group ialah syarikat pengendali dan pengurusan ladang lestari yang memenangi pelbagai anugerah, dengan projek-projek di empat benua, dan kakitangan global yang melebihi 2,000. Peneraju pasaran dalam industri, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada golongan akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, Kenya, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu) yang membangunkan dan mempatenkan teknologi dan sistem yang meneraju industri.

Syarikat mendokong konsep penyepaduan vertikal, dan mengeluarkan produk untuk industri wangian dan penjagaan kesihatan menerusi satu siri perjanjian yang menjamin kelestarian dan kecekapan model perniagaan dengan sentiasa menghormati alam sekitar dan komuniti.

Latar Belakang Africa Plantation Capital

Africa Plantation Capital merupakan penerima anugerah 'Perniagaan Kenya Terbaik Tahunan' bagi tahun 2016, dan merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat APC Group yang juga dianggotai oleh Asia Plantation Capital.

Source: APC Group SA
Related Links:
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Awards