omniture

"Hari Ini Industri Kewangan Dunia Bakal Berubah," Umum DPPM Holdings dan TECH MONIA

DPPM Holdings and TECH MONIA
2017-09-04 16:27 573

LONDON, 4 September 2017 /PRNewswire/ -- DPPM Holdings dan TECH MONIA mengumumkan hari ini mereka telah membangunkan teknologi Telekomunikasi Kewangan yang membolehkan pembayaran SERTA MERTA (dalam talian atau dalam kedai) dan memindahkan wang dalam sebarang mata wang dalam negara dan antarabangsa dengan bayaran USD 0.30 dengan hanya cap jari mudah tanpa mengira di mana akaun bank anda atau di mana negara tempat tinggal anda, atau apa jua bentuk kad yang anda miliki.

generated by system

Teknologi Pembayaran dan Pemindahan ini dibolehkan oleh teknologi lain daripada TECHMONIA yang dikenali sebagai THE KEY.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alireza Dehghan berkata, "Teknologi ini seperti sebuah Bank Negara, anda boleh memindahkan dana serta merta daripada bank atau kad anda di mana-mana sahaja di dunia kepada sesiapa sahaja dan individu tersebut boleh membelanjakan atau memindahkannya dengan serta merta ke seluruh dunia dengan bayaran 30 sen menggunakan kaedah yang paling selamat hanya di hujung jari mereka.  Kami langsung tidak menyimpan wang anda."

DPPM juga akan bekerja dengan bank-bank dan kerajaan-kerajaan.

En. Dehghan juga menjangkakan, "Teknologi ini bakal menjadikan telekomunikasi kewangan antara bank tempatan dan Antarabangsa seperti Swift dan juga matawang maya seperti Bitcoin dan rantaian blok yang lain tidak diperlukan. Kami menawarkan penyelesaian antara kerajaan, antara bank dan antara korporat dengan transaksi serta merta yang sama."

The KEY: The KEY merupakan set kekunci yang dirantaikan bersekali di antara garisan cap jari anda yang mencipta KEY yang sangat unik yang digunakan sebagai pengenalpasti maklumat, tandatangan bagi pembayaran dan sebagai pengenalpasti sebagai akaun bank tunggal seluruh dunia, dalam pembayaran DPPM, dan teknologi pemindahan pembayaran serta merta.

Teknologi Pemindahan: pemindahan dilaksanakan serta merta sama ada di dalam negara atau antarabangsa, selepas pengesahan wang diproses daripada akaun atau kad yang anda hubungkan kepada kunci anda, dan KEY anda akan menghantar notifikasi DPPM (matawang anda) dan DPPM akan memindahkan jumlah yang sama serta merta kepada KEY penerima.  Dalam kes Pemindahan antarabangsa selepas DPPM dalam Matawang anda mendapat notifikasi anda, ia kemudiannya akan menghantar Notifikasi lain kepada DPPM dalam matawang penerima, dan DPPM dalam matawang penerima akan menghantarnya kepada KEY penerima.

TIADA BAYARAN TRANSAKSI ASING: Setiap kali anda membeli apa sahaja dalam matawang lain, wang anda akan diproses dalam DPPM dalam Matawang anda.

Maklumat lanjut press@dppmfinance.com

Source: DPPM Holdings and TECH MONIA
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce New products/services