omniture

Baijiu Cina Pilihan Utama Belia Tembusi Pasaran Thailand

Joybo
2017-09-06 00:39 447

CHONGQING, China, 6 September 2017 /PRNewswire/ -- Ketika memperkatakan tentang jenama-jenama Cina yang terkenal, jenama minuman beralkohol disuling, Joybo mungkin turut tersenarai. Amat disanjung tinggi oleh golongan belia Cina, jenama ini kini menembusi pasaran Thailand.

Baijiu Cina Pilihan Utama Belia Tembusi Pasaran Thailand
Baijiu Cina Pilihan Utama Belia Tembusi Pasaran Thailand

Sejak Joybo mula diperkenalkan pada tahun 2011, ia mendapat perhatian meluas daripada golongan masyarakat hasil slogan-slogannya yang prihatin, seperti "Saya minum lebih banyak daripada orang lain semata-mata untuk mendapat peluang berbisik kepadamu", "Apa yang saya benar-benar ingin luahkan terpancar dalam mata, dalam draf, dalam mimpi saya dan di dalam botol ini." Slogan-slogan ini dikongsi oleh golongan belia melalui media sosial bagi mengungkapkan emosi mereka.

Sebelum menembusi ke dalam pasaran Thailand secara rasminya, Joybo mengadakan tiga parti baijiu kecil-kecilan di Thailand. Mulai 22 Ogos hingga 31 Ogos, ramai pelancong tertarik dengan restoran tepian pantai di Pulau Phuket dan kedai-kedai tepi jalan di Chiang Mai untuk menghadiri majlis-majlis di negara asing yang romantis, yang mana mereka tidak perlu bimbang tentang majikan mereka dan berpeluang berbual secara santai. Fakta membuktikan usaha mencari kesederhanaan, ketulenan, ketulusan dan kesamaan dikongsi dalam kalangan golongan muda dari negara-negara berbeza.

Sama seperti wiski malt tunggal, wain disuling ini turut menggunakan satu bahan mentah – betari berkanji yang ditanam di kawasan tempatan di Chongqing, China. Rasanya yang pedas dan rangsangan yang didapati khususnya daripada minuman beralkohol Cina telah dikurangkan menerusi proses menyerpih tradisional yang dipertingkat. Rendah alkohol, minuman keras ini mempunyai rasa berkrim, segar, ringan dan tulen, menjadikan ia lebih sesuai dengan tabiat minum golongan muda dan trend wain serta minuman beralkohol antarabangsa.

Dalam "Pertandingan Wain dan Minuman Beralkohol Antarabangsa (IWSC)" yang diadakan di London pada separuh pertama tahun 2017, empat produk Joybo termasuk "Gold label", "Intimate Friend", "Joyouth" dan "Se100" berjaya meraih "Anugerah Perak Terunggul" dan "Anugerah Perak", masing-masing menerusi kategori baijiu. Sebagai satu pesta wain dan minuman beralkohol terbesar dan paling terkenal di dunia, pertandingan ini dikenali sebagai Anugerah Oscar dalam industri wain.

Joybo menjadi terkenal di China hasil rasanya yang segar, ringan dan asli berserta konsep jenama yang ringkas dan tulen. Syarikat berharap golongan muda Thailand akan turut menghargainya.

Maklumat perhubungan media:

Chongqing Jiangji Distillery Co., Ltd.
Batina Xu 
Penolong Pengarah; Pegawai Komunikasi Global, Jabatan Perniagaan Antarabangsa
Tel: +86-23-8803-4578
Tel. Bimbit: +86-132-7406-5156
Emel: info@ijovo.com
Alamat: Tingkat 8, GEMINI A, GuangDianYuan, Daerah Utara Baharu, Chongqing, China

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170904/1933377-2

Source: Joybo
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Corporate Expansion