omniture

Tinjauan Malaysia dedahkan semakin tinggi gaji, semakin banyak bertemu janji

Golongan bujang yang keluar lebih lima kali temujanji seminggu bergaji bulanan melebihi 6,000 ringgit
JustDating
2017-09-06 14:31 320

KUALA LUMPUR, Malaysia, Sept. 6, 2017 /PRNewswire/ -- Lebih banyak anda bertemu janji, lebih tinggi gaji bulanan anda? Aplikasi mencari jodoh JustDating baru sahaja mengeluarkan keputusan tinjauan terkini yang dilakukan ke atas lelaki dan wanita Malaysia tentang pengalaman temu janji mereka. Menurut tinjauan, yang turut memuatkan silang bandingan bilangan temu janji seminggu dan gaji bulanan, lebih 50% responden yang menyatakan mereka keluar sebanyak lebih 5 kali temu janji seminggu mempunyai gaji melebihi 6,000 ringgit sebulan.  Bilangan temu janji yang tinggi menunjukkan bahawa golongan yang berpendapatan tinggi ini menikmati hubungan romantik hampir setiap hari. Responden yang keluar untuk purata tiga kali temu janji seminggu mempunyai gaji bulanan melebihi 4,000 ringgit.  Responden yang bertemu janji sekali seminggu mempunyai purata gaji bulanan 2,000 ringgit. Dapatan ini menunjukkan korelasi langsung antara bilangan temu janji dalam seminggu dan gaji bulanan. Ia mencadangkan bahawa peningkatan bilangan temu janji yang dibuat setiap minggu membantu lelaki dan wanita bujang berkenalan dengan lebih ramai bujang berlainan jantina dan meningkatkan gaji bulanan mereka.

Tinjauan ini juga mendapati bahawa 70% responden ingin berpacaran pada hari Valentine, menunjukkan bahawa mereka yang masih bujang ingin mempunyai temu janji pada hari yang penting ini.  Lelaki Malaysia kurang bersendirian pada hari tersebut berbanding wanita. Sehingga 80% lelaki Malaysia mencari calon temu janji menerusi aplikasi mencari jodoh pada hari tersebut, manakala 50% wanita Malaysia berkata mereka tidak mempunyai masalah untuk menghabiskan masa sendirian pada hari tersebut.  Berkaitan orang yang bertanggungjawab membayar perbelanjaan, sehingga 90% wanita berkata lelaki patut menjadi orang yang bertanggungjawab.  Lelaki Malaysia bersetuju bahawa lelaki sepatutnya menjadi orang yang membayar bil perbelanjaan temu janji.

Source: JustDating
Keywords: Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Publishing/Information Service Survey, Polls & Research