omniture

REDTABLE Tandatangani Kontrak Bekalan dengan Klook untuk Sediakan Produk Pelancongan Makanan

K-ICT Born2Global Centre
2017-09-06 19:04 552

REDTABLE perluas saluran jualan ke Asia Tenggara

SEOUL, Korea Selatan, 6 September 2017 /PRNewswire/ -- REDTABLE, pemaju platform pemasaran restoran global, baru-baru ini menandatangani kontrak dengan Klook, platform pelancongan terbesar di Asia Tenggara, berkenaan pengedaran produk pelancongan makanan.

REDTABLE signed a contract with Klook
REDTABLE signed a contract with Klook

Sebuah syarikat anggota Pusat Born2Global K-ICT, REDTABLE mengumumkan mereka telah menandatangani kontrak dengan Klook bersama-sama dengan rancangan untuk meluaskan saluran jualannya ke Asia Tenggara.

Berpangkalan terutamanya di Asia Tenggara (Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, Malaysia, dan lain-lain), Klook merupakan platform yang menjual produk-produk aktiviti pelancongan di seluruh Asia. Pada masa ini, lebih daripada 10,000 produk aktiviti di 80 bandar sedia untuk ditempah. Klook telah dipilih sebagai salah satu daripada "Aplikasi iOS Terbaik" Apple pada tahun 2015 dan menerima pelaburan sebanyak USD 3 juta daripada Sequoia Capital awal tahun ini. Sequoia Capital ialah sebuah syarikat pelaburan global yang melabur bukan sahaja dalam syarikat global seperti Apple, Google, Airbnb, dan Instagram tetapi juga syarikat-syarikat yang kurang terkenal tetapi mempunyai masa hadapan cerah seperti Alibaba, Didi Chuxing, dan JD.com.

Ketua Pegawai Eksekutif REDTABLE Hae-yong Do berkata, "Terdapat beberapa produk pelancongan makanan yang ditempah dan dibayar dalam tempoh kurang daripada satu hari setelah dipasarkan di Klook. Memandangkan terdapat minat yang tinggi terhadap makanan Korea di Asia Tenggara, kesan daripada ledakan Hallyu (Gelombang Korea), kami berharap kontrak kami dengan Klook menjadi peluang yang berharga bagi kami untuk mempromosikan makanan Korea kepada orang ramai yang tinggal di kawasan tempat aplikasi ini tersedia."

REDTABLE kini mempunyai bilangan terbesar saluran jualan pelancongan makanan di Korea. Ia membekalkan produk pelancongan makanan kepada agensi pelancongan utama China, termasuk Ctrip, Tuniu, Alitrip, TongCheng, dan Qiongyou, serta Dianping, laman sesawang ulasan restoran China terbesar, dan syarikat perdagangan sosial, Meituan.

REDTABLE juga agak sibuk di Korea Selatan. Terutamanya kerana syarikat ini sedang bekerjasama dengan Kerajaan Metropolitan Seoul untuk membangunkan perkhidmatan menu mudah alih pelbagai bahasa yang direka untuk memulihkan industri pelancongan makanan bandar tersebut. Ia juga bekerjasama dengan Pertubuhan Pelancongan Korea (KTO) untuk mengendalikan projek pemasaran pelancongan makanan yang menyasarkan pelancong Cina. Pada bulan Mac, REDTABLE telah dipilih oleh Kerajaan Metropolitan Seoul sebagai "syarikat usaha pelancongan." Baru-baru ini, syarikat itu mengeluarkan jelajah setem makanan "Amazing Race" bagi pelancong Cina persendirian yang melawat Korea.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.redtable.global/company
Pautan Berkaitan: www.born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170904/1933297-1

 

Source: K-ICT Born2Global Centre
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel