omniture

Borderless Access Lancar 'HealthSight' -- Suit Pensampelan Programatik Untuk Penyelidikan Penjagaan Kesihatan

Borderless Access Panels Pvt Ltd.
2017-09-07 16:02 485

LAGUNA NIGUEL, Calif., LONDON dan BANGALORE, India, 7 September 2017 /PRNewswire/ -- Borderless Access, sebuah Syarikat Penyelesaian MR Digital bertaraf global menembusi segmen Penyelidikan Penjagaan Kesihatan menerusi pelancaran tawaran produk baharunya, 'HealthSight', sejajar dengan visinya untuk menjadi peneraju dunia dalam menyediakan penyelesaian penyelidikan pasaran digital untuk mengumpul dan menganalisis detik-detik kehidupan serta pengalaman khalayak yang sukar didekati, dalam pasaran-pasaran yang semakin berkembang dan maju di dunia; dipacu oleh analitik & teknologi termaju.

Platform HealthSight, yang dipacu oleh enjin analitik termaju 'SmartSight', ialah penyelesaian hujung-ke-hujung untuk Penyelidikan Penjagaan Kesihatan, menyediakan akses kepada lebih 150,000 panel pakar perubatan profesional proprietari serta memberi peluang kepada pelanggan global untuk menyemak dan menguji kebolehlaksanaan reka bentuk pensampelan penyelidikan pasaran, membolehkan pelanggan mengoptimumkan pensampelan mereka dan mengurangkan kos projek.

Dihoskan melalui HealthSight, panel pakar perubatan proprietari baharu ini adalah untuk pasaran-pasaran penjagaan kesihatan yang maju seperti AS, UK, Kanada berserta hab-hab penjagaan kesihatan yang semakin berkembang di negara-negara seperti India. Panel HCP memberi tumpuan terhadap amalan umum dan amalan penyakit akibat gaya hidup, amalan penyakit yang jarang berlaku serta perkhidmatan sampingan penjagaan kesihatan.

Ruchika Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif Borderless Access berkata, "Kami berusaha memperluas rangkaian dan tawaran perkhidmatan kami menerusi kombinasi unik melibatkan platform panel pakar perubatan proprietari disebabkan oleh peningkatan permintaan daripada pelanggan yang inginkan perkhidmatan reka bentuk penyelidikan dan panel yang lebih ringkas dalam industri penjagaan kesihatan. Produk HealthSight kami akan membuatkan pelanggan dan syarikat-syarikat penyelidikan Honomichl yang lain lebih yakin terhadap keputusan wakilan yang terus meningkatkan skop Penyelidikan Pasaran, saiz dan turut mengurangkan kos dalam segmen Penyelidikan Penjagaan Kesihatan."

Dengan hampir 3.1 Juta ahli panel sedia ada, panel pakar perubatan proprietari baharu ini yang terdiri daripada lebih 150,000 doktor dan pakar perubatan profesional menyediakan kebolehan dan ketepatan sasaran yang luas. Bagi memberikan pandangan tambahan berhubung trend dan persepsi, ahli-ahli Panel diprofilkan secara menyeluruh termasuk atribut bagi senario yang diasingkan bagi pasaran global.

Borderless Access, sebuah syarikat penyelesaian MR digital bertaraf global, menyediakan akses terhadap pengalaman dan detik-detik kehidupan pengguna yang terlibat, daripada khalayak yang sukar didekati (pengguna, B2B & kumpulan pakar, termasuk penjagaan kesihatan) dalam pasaran-pasaran baru muncul dan maju, dipacu oleh Teknologi & Analitik Komuniti untuk pelanggan globalnya daripada firma-firma MR, agensi-agensi Pengiklanan, firma-firma perundingan serta perusahaan akhir.

Tumpuannya terhadap inovasi meliputi penyediaan produk & penyelesaian penyelidikan pasaran seperti Panel Solutions, SmartSight, HealthSight dan TAPP.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.borderlessaccess.com/

Maklumat Perhubungan Media:
Anshul Agarwal
Marketing@borderlessaccess.com

Source: Borderless Access Panels Pvt Ltd.
Keywords: Health Care/Hospital Internet Technology New products/services