omniture

ROLLERCOASTERRESTAURANT(R) Entertainment GmbH: Terbang Dengan CarmusementFlights & CableFlights Kereta Anda

ROLLERCOASTERRESTAURANT(R) Entertainment GmbH
2017-09-08 18:41 661

FURTH, Jerman dan VIENNA, Austria, 8 September 2017 /PRNewswire/ --

Ciptaan baharu wujudkan taman tema jenis baharu sepenuhnya dan bantu tangani masalah lalu lintas dan pencemaran   

Michael Mack, pencipta ROLLERCOASTERRESTAURANTS® membangunkan suatu idea hebat bersama-sama pasukan beliau. Kereta konvensional berserta penumpang tidak lama lagi akan mampu "terbang" menggunakan Ferris Wheels yang direka khusus, pelbagai jenis karusel, rollercoaster (CarmusementFlights), serta sistem jalan tali (CableFlights). Teknologi ini (paten menunggu) mewujudkan taman tema jenis baharu (CarmusementPark) dari satu sisi dan membuka peluang kepada pelaksanaan konsep penyelesaian lalu lintas mesra alam di pusat-pusat bandar, pada satu sisi yang lain.

generated by system

generated by system

Masalah lalu lintas di kawasan metropolitan semakin meningkat saban hari dan ini menyebabkan kesan yang dahsyat terhadap alam sekitar kita. Penyelesaian yang mungkin dilaksanakan ialah sistem CableFlights yang boleh mengangkut kereta dengan penumpang ke pusat-pusat bandar, pergi balik. Kereta akan berhawa dingin semasa terbang. Selain itu, e-kereta boleh dicas semasa terbang. Akhir sekali, FlyInRestaurant akan turut disediakan. Menggunakan aplikasi mudah alih penumpang penerbangan berpeluang memesan makanan dan minuman, yang akan diterima melalui tingkap kereta mereka.

Daripada terperangkap dalam lalu lintas, penumpang penerbangan sebaliknya boleh menikmati pemandangan bandar yang hebat. Ia benar-benar pengalaman kereta yang hebat!

CableFlights bukan sahaja terpakai untuk langkah-langkah infrastruktur, tetapi juga untuk taman tema/taman safari atau untuk menghubungkan antara taman hiburan- / safari- atau taman air termasuk hotel-hotel yang berkaitan.

Di CarmusementParks para tetamu boleh menunggang CarmusementFlights, contohnya CarmusementWheel, CarmusementChairoplane atau CarmusementRollerCoaster dan menikmati penerbangan melalui gegelung sambil duduk di dalam kereta mereka. Suatu pengalaman taman tema yang serba baharu.

http://www.carmusement.com

Maklumat perhubungan & siaran akhbar selanjutnya:
ROLLERCOASTERRESTAURANT® Entertainment GmbH
Riesenradplatz 6 / Top 1A
1020 Vienna, Austria
office@carmusement.com
+43-650-481-4644

http://www.rollercoaster.rest

Source: ROLLERCOASTERRESTAURANT(R) Entertainment GmbH
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Restaurants Retail New products/services