omniture

Regen Lab® Bentang Data Klinikal Terkini Penggunaan Teknologi Cellular Matrix® dalam Dermatologi, Campuran Plasma Kaya Platlet Pesakit dengan Asid Hialuronik dalam Sistem Tertutup Satu Langkah

Regen Lab SA (Switzerland)
2017-09-14 02:54 585

LAUSANNE, Switzerland, 14 September 2017 /PRNewswire/ --

Baru-baru ini, Journal of American Academy of Dermatology menerbitkan "the Efficacy of Autologous platelet-rich plasma combined with hyaluronic acid on skin facial rejuvenation: A prospective study" (Keberkesanan plasma kaya platlet dicampurkan dengan asid hialuronik bagi rejuvenasi kulit muka: Satu kajian prospektif) oleh Hersant B, SidAhmed-Mezi M, Niddam J, La Padula S, Noel W, Ezzedine K, Rodriguez AM, Meningaud JP. (http://www.jaad.org/article/S0190-9622(17)31769-3/pdf )

Melalui kajian klinikal yang diterbitkan, teknologi Cellular Matrix semakin diterima dalam bidang Pengurusan Kesakitan Rangka Otot, khususnya bagi merawat Osteoartritis Lutut.

Paten-paten yang Dikeluarkan:

- Untuk penyediaan Plasma Kaya Platlet dalam tiub dengan gel pemisah tiksotropi: paten A.S. US8529957, paten Eropah EP2073862B, (...)

- Bagi Teknologi CellularMatrix, untuk penyediaan Plasma Kaya Platlet dicampurkan dengan Asid Hialuronik dalam tiub: paten A.S. US8945537, paten A.S. US9517255, paten Eropah EP2544697B1, Kanada, Republik Rakyat China, Australia, Jepun, Rusia, Israel, (...)

Regen Lab berusaha menguatkuasakan harta inteleknya dan hak-hak paten di seluruh dunia. Ia telahpun memfailkan beberapa tuntutan mahkamah paten di Eropah, Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat (http://www.prweb.com/releases/2016/11/prweb13849507.htm).

Regen Lab akan terlibat dalam Mesyuarat Tahunan Akademi Dermatologi Eropah EADV 2017 di Geneva, Switzerland, 13-17 September serta Mesyuarat Tahunan Akademi Dermatologi Amerika AAD 2018 di San Diego, 16-20 Februari.

Maklumat tambahan tentang RegenLab, harta inteleknya dan tindakan berkaitan boleh didapati di http://www.regenlab.com/patents .

Source: Regen Lab SA (Switzerland)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries