omniture

Anugerah Perniagaan ASEAN alu-alukan model perniagaan inklusif

The Philippine Board of Investments
2017-09-14 16:39 726

MANILA, Filipina, 14 September 2017 /PRNewswire/ -- Dilancarkan oleh Lembaga Pelaburan (BOI) Filipina, Anugerah Perniagaan ASEAN menambah satu kategori baharu tahun ini, mengalu-alukan perniagaan inklusif (IB) yang melibatkan rakan kongsi, pembekal, pelanggan mahupun pekerja daripada kalangan komuniti berpendapatan rendah.

Pemenang pertama Anugerah Perniagaan Inklusif ASEAN ialah Generika Drugstore dari Filipina yang menjadikan ubat-ubatan generik rendah kos tersedia untuk masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai infrastruktur penjagaan kesihatan asas. Generika turut menjalankan khidmat runding perubatan secara percuma untuk komuniti ini. Tahun ini, Generika mengadakan purata 110 khidmat runding perubatan di kedai-kedai seluruh dunia.

Finalis IB yang lain termasuk Coffee for Peace (CFP) dari Filipina, Olam International dari Singapura, Siam Organic dari Thailand, KP Co. Ltd dari Laos dan The Batik Boutique dari Malaysia.

CFP mengajarkan kaedah penanaman dan pemprosesan kopi kepada masyarakat di Mindanao yang porak peranda akibat konflik bersenjata, pembalakan haram dan perlombongan yang tidak bertanggungjawab. Para penanam daripada kalangan komuniti ini sebelum ini menjual biji kopi pada nilai purata 0.80 USD. Hari ini, mereka boleh menjual biji kopi untuk hampir 5 USD sekilo.

Olam International ialah sebuah syarikat perniagaan tani yang mana program IB di Bandung, Jawa Barat mengajarkan teknik-teknik pemprosesan dan penuaian kopi kepada lebih 1,000 petani. Hasilnya, hasil perolehan petani meningkat sebanyak 1,000 peratus sejak enam tahun lalu.

Siam Organic bekerjasama dengan 1,800 keluarga petani yang miskin di Timur Laut Thailand untuk menghasilkan tanaman yang dapat memenuhi standard pasaran Barat. Petani-petani ini kini memperoleh pendapatan sebanyak 14 kali ganda lebih tinggi berbanding purata petani padi Thailand.

Projek Penanaman Timun KP Co. Ltd. melatih dan menyokong para petani di komuniti bahagian selatan ibu kota Laos, Vientiane. Kini, terdapat seramai 400 petani dalam program tersebut yang dapat menambah purata pendapatan bulanan mereka daripada 60.00 USD sebulan kepada 180.00 USD setiap bulan.

The Batik Boutique pula bekerjasama dengan 177 pekerja mahir, kira-kira 60 peratus daripada mereka adalah wanita tanpa pendapatan tetap. The Batik Boutique melengkapi golongan wanita ini dengan kemahiran untuk menghasilkan pakaian berkualiti tinggi dan cenderamata agar mereka dapat menyara keluarga mereka. Setakat ini, ia berjaya membantu lebih 1,400 penerima.

"Kini, setelah kita melihat manfaat yang dapat dibawakan oleh perniagaan inklusif, kedua-dua sektor awam dan swasta perlu berganding bahu untuk memanfaatkan pendekatan ini dalam menjalankan perniagaan. Dengan menggalakkan pertumbuhan perniagaan inklusif, kita dapat mencipta lebih banyak peluang ekonomi yang dapat membasmi kemiskinan dan memberi peluang kepada komuniti ASEAN untuk menjalani kehidupan yang lebih baik," kata Penolong Setiausaha Perdagangan Filipina dan Ketua Urusan Lembaga Pelaburan Ceferino Rodolfo.

Maklumat Perhubungan Media
Anthony Quijano
apquijano@teamasia.com
+63-917-824-9109

Source: The Philippine Board of Investments
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Health Care/Hospital Corporate Social Responsibility Not for profit