omniture

Makan Angin di Taiwan Jadi Trend Masa Kini. Biarkan Pakar Syorkan Hotel Berkualiti kepada Pengunjung

TaiwanStay
2017-09-18 08:04 541

TAIPEI, Taiwan, 18 September 2017 /PRNewswire/ -- InterNations, laman sesawang yang terkenal di peringkat antarabangsa, meninjau 14,000 orang dari 67 negara berbeza, dan mendapati bahawa Taiwan dianggap sebagai tempat yang paling mesra dan lebih satu pertiga daripada pelancong telah mempertimbangkan untuk menetap di sini. Makan angin di Taiwan menjadi satu trend pelancongan antarabangsa. Sama ada berpunca daripada layanan yang mesra, pemandangan alam semula jadi yang mengagumkan, kekayaan sejarah dan budaya serta hidangan masakan istimewa yang disanjung di peringkat antarabangsa, Taiwan terus menjadi destinasi pelancongan yang menyeronokkan untuk pelancong dan TaiwanStay boleh membantu pengunjung mencari tempat menginap yang berkualiti untuk penginapan mereka.

Illegally Operated Hotels Are Risky. Travelling Safely Is A Smart Choice
Illegally Operated Hotels Are Risky. Travelling Safely Is A Smart Choice

Gunung Ganang yang Hebat, Bandar yang Meriah, Pemandangan yang Pelbagai

Taiwan dikurniakan dengan kekayaan dan kepelbagaian budaya, serta pemandangan alam semula jadi yang indah. Para pengunjung boleh menikmati lanskap semula jadi dan mengalami keindahan sebuah bandar yang sibuk. Terdapat banyak pilihan penginapan tanpa mengira jenis perjalanan yang dirancang oleh pengunjung, memandangkan Taiwan merupakan destinasi terbaik bagi percutian mereka yang seterusnya.

Travelling in Taiwan is the Happening Thing Now. Let the Experts Recommend Quality Hotels to Visitors.
Travelling in Taiwan is the Happening Thing Now. Let the Experts Recommend Quality Hotels to Visitors.

Terletak di Taroko, Hualien, Leader Hotel pernah menjadi tempat asal usul suku kaum Taroko (suku kaum asli Taiwan generasi ke-12). Dikelilingi oleh gunung ganang dan pemandangan alam semula jadi yang indah, kicauan burung yang mengasyikkan serta bunyi unggas berdengung memberikan alunan muzik kepada halwa telinga di seluruh kawasan ini. Menikmati lanskap yang indah pada waktu siang dan merenung bintang bersama rakan-rakan dan insan tersayang pada sebelah malam merupakan cara yang hebat untuk menikmati perjalanan masa dan bersantai.

Travelling in Taiwan is the Happening Thing Now. Let the Experts Recommend Quality Hotels to Visitors.
Travelling in Taiwan is the Happening Thing Now. Let the Experts Recommend Quality Hotels to Visitors.

Sekiranya pengunjung ingin melihat metropolis dan merasai kehidupan malam di Taiwan, mereka harus mengunjungi Formosa 101 di Daerah Jinghua, Taipei. Selain barangan yang murah harganya yang ingin dimiliki oleh ramai orang muda dan pelancong beg galas, pengangkutan juga sangat mudah. Taipei 101 serta Pasar Malam Tonghua bersejarah yang berdekatan, terletak dalam jarak berjalan kaki. Lobi yang selesa dan bergaya di Formosa 101 disediakan untuk pengunjung selama 24 jam sehari. Para pelancong dari seluruh dunia berpeluang bersantai, berbual dan berkongsi kenangan manis percutian mereka di sini.

Inilah Masanya untuk Mengunjungi Taiwan, Mulakan Perjalanan Menyeronokkan dan Pulang dengan Selamat

Untuk mencari tempat penginapan ketika melancong di Taiwan, anda hanya perlu mengenal pasti sijil yang sah atau nombor ID, ataupun mengunjungi laman sesawang rasmi Taiwanstay, dan anda berpeluang melihat senarai lengkap tempat-tempat penginapan yang dikendalikan secara sah. Bertolak sekarang dan mulakan perjalanan ke Taiwan – satu percutian yang bakal dipenuhi dengan kejutan yang indah.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1942072-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1942175-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170914/1942175-1-c

Source: TaiwanStay
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel