omniture

QIAGEN umum pemasangan pertama penjujuk generasi baharu GeneReader di Malaysia

QIAGEN Biotechnology Malaysia Sdn Bhd
2017-09-28 10:30 1037

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 September 2017 /PRNewswire/ -- QIAGEN Biotechnology Malaysia Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memasang Sistem Penjujuk Generasi Baharu (NGS) GeneReader pertama di Malaysia. Pemasangan Sistem NGS GeneReader di Pathomics Health Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelesaian penjagaan kesihatan digital di Kuala Lumpur, memberikan pandangan yang membolehkan tindakan diambil bagi menyokong penyelidikan yang akan memberi manfaat kepada komuniti penyelidikan kanser negara.

GeneReader QIAGEN menawarkan kecekapan  aliran kerja NGS terhubung sepenuhnya yang tertumpu kepada laporan yang boleh diambil tindakan.
GeneReader QIAGEN menawarkan kecekapan aliran kerja NGS terhubung sepenuhnya yang tertumpu kepada laporan yang boleh diambil tindakan.

"Pathomics Health teruja untuk menjadi makmal yang dipasang dengan Sistem NGS GeneReader pertama Malaysia," kata Dr. Ron Tan, penasihat saintifik kepada Pathomics Health, yang mempunyai visi untuk menyediakan satu piawaian baharu dalam penyelidikan kanser dengan menyepadukan pengimejan histopatologi pintar dan analisis genom." NGS GeneReader memudahkan aliran kerja NGS dan menjanakan hasil yang ditafsirkan tanpa sebarang kerumitan. Kami tahu bahawa teknologi NGS telah mencapai kejayaan cemerlang, mencatat penemuan dalam sains hayat, ujian gunaan, diagnostik farmaseutikal dan molekul. Kami amat gembira untuk menawarkan kebolehan sistem GeneReader untuk meneroka sifat molekul tumor dengan lebih pantas dan lebih murah berbanding platform lain."

Sistem NGS GeneReader telah dipasang di Pathomics Health untuk membolehkan syarikat membekalkan perkhidmatan penjujukan. Kerjasama ini juga bertujuan untuk membangunkan alat bersepadu baharu untuk digunakan dalam diagnosis dan prognosis kanser.

Pathomics Health dan Universiti Malaya berhasrat untuk berkongsi dan meningkatkan penggunaan, pemahaman dan sumber-sumber yang ada berkaitan dengan patologi molekul, terutamanya penggunaan terhadap kanser, menerusi rangkaian masing-masing dalam bidang akademik dan industri.

QIAGEN ialah penyedia utama penyelesaian "Sample to Insight" di dunia. Sistem NGS GeneReader syarikat ialah penyelesaian penjujukan generasi baharu "Sample to Insight" lengkap yang pertama. Aliran kerjanya merangkumi keseluruhan proses penjujukan bermua dengan penyediaan sampel hingalah kepada tafsiran data. Oleh itu, NGS GeneReader ialah lebih mudah dan lebih murah bagi makmal-makmal, yang membolehkan mereka mengambil kesempatan menggunakan teknologi NGS yang meningkatkan penjujukan generasi baharu untuk penyelidikan. "Dengan Sistem NGS GeneReader QIAGEN, penyelidik dan kakitangan makmal kini boleh memberi tumpuan kepada penyelidikan mereka bukan kepada isu teknikal," kata William Lin, pengarah operasi komersial QIAGEN di Asia Tenggara. "Kami gembira kerana memasang sistem GeneReader pertama kami dengan Pathomics Health dan berharap akan memperoleh banyak keputusan yang cemerlang dalam kerjasama dengan penyelidik kanser di seluruh negara."

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanser ialah antara punca utama morbiditi dan kematian di seluruh dunia. Terdapat kira-kira 14 juta kes baharu dan 8.2 juta kematian berkaitan kanser di seluruh dunia pada tahun 2012. Setiap tahun, lebih daripada 60 peratus daripada kes-kes baharu di dunia berlaku di Afrika, Asia, dan Amerika Tengah dan Selatan. Rantau ini menyumbang kepada 70 peratus daripada kematian kanser dunia.

Satu daripada empat rakyat Malaysia akan menghidap kanser pada usia 75 tahun dan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia menghidap kanser setiap tahun, menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Menjelang tahun 2020, dijangkakan insiden kanser di Malaysia akan meningkat sebanyak 15 peratus.

Pembukaan rasmi Pathomics Health diadakan pada 5 Oktober 2017. Jika anda berminat untuk menghadiri acara atau mengetahui lebih lanjut mengenai Sistem NGS GeneReader, sila e-mel Malaysia-Marketing@qiagen.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170915/1943221-1 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20170915/1943221-1LOGO

Source: QIAGEN Biotechnology Malaysia Sdn Bhd
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services