omniture

Pengunjung ke Pameran Perabot Antarabangsa China (Shanghai) Meningkat ke Lebih 91,000

Pameran Perabot Antarabangsa Cina
2017-09-28 10:57 1084

GUANGZHOU, China, 28 September 2017 /PRNewswire/ --Pameran Perabot Antarabangsa China ke-40 (Shanghai) (CIFF) telah mencatatkan rekod 91,623 pelawat dari 200 negara dan rantau yang datang untuk melihat lebih daripada 2,000 pempamer di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai. Angka pengunjung menunjukkan peningkatan baharu untuk CIFF (Shanghai) dan mewakili peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 8.18 peratus.

Pameran Perabot Antarabangsa (Shanghai) China ke-40 (CIFF) melaporkan catatan rekod 91,623 pelawat dari 200 negara dan rantau
Pameran Perabot Antarabangsa (Shanghai) China ke-40 (CIFF) melaporkan catatan rekod 91,623 pelawat dari 200 negara dan rantau

 

 

Lebih daripada 2,000 pempamer berhimpun di Pameran Perabot Antarabangsa (Shanghai)China ke-40
Lebih daripada 2,000 pempamer berhimpun di Pameran Perabot Antarabangsa (Shanghai)China ke-40

"CIFF tahun ini menghubungkan ahli-ahli di seluruh rantaian perindustrian untuk menandakan ulang tahun ke-20 acara itu," kata pegawai jawatankuasa CIFF, "Melangkah ke hadapan, CIFF akan terus meningkatkan kebolehan kami dan berusaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan bagi pempamer dan pembeli dengan menawarkan fungsi inovatif, meningkatkan kualiti produk dan mengoptimumkan perkhidmatan."

Pelancaran Produk Baharu dan Peluang Perdagangan yang Cerah

Dewan pameran utama seluas 400,000 meter persegi telah mewujudkan banyak peluang perniagaan untuk kedua-dua pempamer dan pelawat. Lalu lintas harian setiap reruai mencapai 4,800 pengunjung semasa pameran itu dengan purata 9 pengunjung di setiap reruai bagi setiap saat semasa kemuncak acara.

Lebih daripada 90 peratus pempamer telah datang ke pameran dengan produk terbaharu mereka, dengan sebahagian daripada mereka menganjurkan acara pelancaran produk baharu di lokasi pameran, meliputi perabot rumah, dan hiasan rumah, serta perabot luaran, mewah, pejabat, komersial dan hotel, jentera perabot dan bahan mentah.

Fokus pada Reka Bentuk: Mempromosikan Kreativiti dalam Industri Perabot

CIFF (Shanghai) 2017 menganjurkan lebih daripada 30 ucapan, forum dan acara dalam pelbagai bidang termasuk:

  • Ucapan oleh Dr. Shan Jixiang, pengarah Muzium Istana
  • Majlis penghargaan untuk Anugerah Pinnacle Asia-Pasifik (the Pinnacles) pertama
  • Forum Reka Bentuk "Witness the Pinnacle" menonjolkan Jonathan Adler, pereka terkenal A.S, Masayuki Kurokawa, perintis pereka perindustrian dan arkitek Jepun, dan Alex Shuford III, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Century Furniture Company

Latar Belakang CIFF

Dilancarkan pada tahun 1998, Pameran Perabot Antarabangsa China dua kali setahun di Guangzhou dan Shanghai telah menghubungkan industri perabot China dengan pembeli dan penjual di dalam dan luar negara. Pameran perdagangan mega ini menampilkan hiasan rumah, tekstil rumah, jentera perabot, dan bahan mentah, serta perabot luar, pejabat, komersial dan hotel di setiap pameran dan menjadi salah satu daripada empat pameran perabot utama di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut: http://www.ciff-sh.com/en

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170926/1951541-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170926/1951541-1-b

Source: Pameran Perabot Antarabangsa Cina
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news