omniture

Citarasa Inovasi: Johnnie Walker Bawakan Perisa Baharu Percubaan Ilham Pakar Perisa Terkemuka

Johnnie Walker
2017-09-28 17:00 926

LONDON, 28 September 2017 /PRNewswire/ --

Siri Blenders' Batch edisi terhad teruskan tradisi rintis pembuat wiski

Apa yang berlaku apabila perintis wiski berkumpul dengan individu-individu berwawasan dalam bidang makanan dan minuman untuk meneroka dunia perisa yang serba baharu?

Jenama Wiski Scotch Johnnie Walker menjadikan ia satu misi untuk meneroka perisa sebagai sebahagian daripada eksplorasi perisanya yang terkini.

Hasilnya ialah pelancaran tiga wiski baharu yang menarik – Adunan Tong Wain Blenders' Batch Johnnie Walker, Pematangan Tong Rum Blenders' Batch Johnnie Walker dan Panggang Espresso Blenders' Batch Johnnie Walker – terhasil daripada lebih 100 percubaan berterusan Scotch oleh pasukan kecil jenama ini yang terdiri daripada 12 pakar pengadun, dan dipengaruhi oleh budaya perisa dari serata dunia.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8186551-innovation-johnnie-walker-new-flavours/

Bagi meraikan pelancaran wiski ini, Johnnie Walker melancarkan satu siri filem pendek yang memaparkan kolaborasi para pengadun bersama penginovasi rasa seperti cef Amerika yang terkenal Edward Lee, barista British James Hoffmann, pelayan wain André Mack, genius masakan Jason Howard serta beberapa pelayan bar yang paling terkenal di dunia.

Filem ini menyediakan segmen belakang tabir tentang beberapa perbincangan penuh bersemangat berkaitan gabungan rasa baharu, bersama pengadun Aimée Gibson dan Chris Clark bertemu dengan pakar-pakar perisa selain mengetahui kebenaran usaha percubaan berterusan pembuat wiski terhadap perisa – kesemuanya dijalankan di bawah bimbingan Pakar Pengadun Jim Beveridge di lokasi utama jenama ini di Scotland.

"Filem pendek kami merupakan satu gambaran berkenaan usaha berterusan kami terhadap pengalaman rasa Scotch yang baharu," kata Pakar Pengadun Johnnie Walker Jim Beveridge, yang dua kali memegang gelaran Pakar Pengadun Terbaik Tahunan[1].

Jim menyambung: "Wiski Blenders' Batch Johnnie Walker ialah hasil percubaan berani yang menerobos sempadan perisa – sama seperti percubaan yang dilakukan oleh Black Label Johnnie Walker lebih seabad lalu. Lama kelamaan, adunan percubaan ini menjadi satu ikon sebenar Scotch di seluruh dunia."

Aimée Gibson, yang memimpin usaha pembangunan Adunan Tong Wain Blenders' Batch Johnnie Walker menambah: "Menerusi wiski baharu ini, kami ingin menghasilkan adunan yang dapat dinikmati oleh semua selera, dan khususnya oleh mereka yang sebelum ini berpendapat bahawa wiski tidak sesuai untuk mereka."

"Kami tahu cara untuk menghasilkan Scotch yang luar biasa, kami telah membuatnya selama bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, dengan memberi ruang kepada beberapa pakar terkemuka di dunia dalam bidang makanan dan minuman, saya berpendapat kita berupaya merungkai gabungan perisa yang baharu dalam wiski terbaharu kami yang relevan dari segi budaya dan akan menggembirakan para penggemar wiski baharu dan lama."

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi, Edward Lee, cef yang mengaku sendiri sebagai penggemar wiski obsesif, bersama-sama pakar perisa seangkatan beliau, dicabar oleh Aimée dan Chris untuk menggunakan kemahiran mereka bagi memperluaskan lagi kemungkinan wiski baharu ini dengan menghasilkan hidangan koktel asli.

Memanfaatkan kepakaran gastronomi beliau yang terkenal - dan pengetahuan luas beliau tentang wiski dan wain - Lee menghasilkan koktel Scotch Beri Biru yang inovatif menggunakan Adunan Tong Wain Blenders' Batch Johnnie Walker.

Ketika menjelaskan inspirasi di sebalik koktel ini, Lee berkata: "Pengetahuan Aimée tentang wiski menjadikan usaha ini satu pengembaraan perisa dan aroma yang mendebarkan bagi saya. Saya mendapat tahu bahawa cabaran adunan yang disahut oleh saya dipilih susun oleh Aimée berikutan daripada hasil percubaan pematangan dengan bekas tong wain yang dimulakan oleh mentor beliau Jim Beveridge sejak sepuluh tahun lalu – inilah yang dikatakan dedikasi terhadap seni ciptaan anda."

"Wiski ini ialah Scotch rasa buah yang luar biasa, dipenuhi beri segar yang meriah, perisa tofi yang manis dan aroma wangian yang lembut. Saya mencabar diri saya untuk menonjolkan potensi adunan melalui koktel, kemanisan semula jadi beri biru digabungkan dengan tangkai taim yang menguatkan perisa wiski."

Bagi Panggang Espresso Blenders' Batch Johnnie Walker, Aimée membuat percubaan dengan wiski yang disuling menggunakan barli panggang yang lebih banyak berbanding sebelumnya, menghasilkan rasa kuat kopi yang diperkaya dan coklat gelap yang dihidupkan menerusi koktel Istimewa Panggang Espresso Blenders' Batch Johnnie Walker, yang menampilkan likueur kopi, vermout manis dan hirisan kulit lemon.

Adunan ketiga yang bakal diperkenalkan untuk rangkaian ini, Pematangan Tong Rum Blenders' Batch Johnnie Walker, merupakan kemuncak usaha percubaan pengadun Chris Clark dengan wiski yang dimatangkan dalam tong yang sebelum ini menyimpan rum sulingan periuk Caribbean. Cef Caribbean Jason Howard mencuba perisa lembut dan pedas wiski itu dan yakin ia paling enak dinikmati dalam koktel Penyejuk Gendang Keluli Adunan Tong Rum Johnnie Walker yang menggunakan jus nenas serta akar halia, seperti mana yang disebut oleh Jason, untuk mengejutkan lelangit anda terhadap perisa buah, pedas dan manis berlapis-lapis yang dihidupkan dalam Pematangan Tong Rum Blenders' Batch Johnnie Walker.

Adunan Tong Blenders' Batch Johnnie Walker akan diperkenalkan di negara-negara terpilih mulai September 2017 dengan harga runcit yang disyorkan (RRP) bermula daripada US$29.99.

Pematangan Tong Rum Blenders' Batch Johnnie Walker dan Panggang Espresso Blenders' Batch Johnnie Walker tersedia di seluruh dunia di beberapa bar terbaik dunia mulai Oktober 2017.

Untuk menonton filem Blenders' Batch Johnnie Walker sila layari http://bit.ly/JWBlenders-Batch. Untuk maklumat lanjut tentang cara menghasilkan semula koktel yang direka oleh mana-mana rakan kolaborasi perisa bagi wiski Blenders' Batch Johnnie Walker baharu sila layari https://www.johnniewalker.com/en/our-whisky/limited-edition-whiskies/blenders-batch-wine-cask-blend-limited-edition/

Sila nikmati Johnnie Walker Dengan Berhemah.

Layari http://www.DRINKiQ.com

 [1] Pertandingan Wiski Antarabangsa (2015&2016)

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/560022/johnnie_walker_experimental_flavours.jpg )

 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services