omniture

Vipro Markets Masuki Era Baharu dengan Sertai Tickmill Group

Vipro Markets
2017-10-03 06:20 685

LIMASSOL, Cyprus, 3 Okt., 2017 /PRNewswire/ --

Vipro Markets, penyedia perkhidmatan perdagangan Forex dan CFD yang diselia oleh CySEC mengumumkan bahawa ia telah diperoleh oleh Tickmill Group, yang terdiri daripada entiti-entiti diselia FCA UK dan FSA Seychelles. Vipro Markets telah membezakan dirinya dalam kalangan broker-broker Eropah dengan menyediakan perkhidmatan perdagangan terbaik dengan spread dan komisen yang rendah dan pelaksanaan yang begitu pantas. Dalam tahun 2016, syarikat mengalami pertumbuhan pasaran yang ketara dalam semua metrik kewangan.

generated by system

Pengambilalihan ini akan mengukuhkan keupayaan Tickmill untuk membawakan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan lebih pantas ke beberapa pasaran besar Eropah di mana Vipro Markets telah mempunyai bahagian pasaran yang besar. Sebagai sebahagian daripada pengambilalihan, Tickmill menyuntik $2.20 juta ke dalam modal saham Vipro Markets, memberikan syarikat asas modal yang kukuh untuk memudahkan pertumbuhan masa depannya.

Dengan Tickmill yang telah mengumumkan catatan hasil kewangan bagi tahun 2016 dengan keuntungan bersih yang telah diaudit sebanyak $6.27 juta dan volum dagangan pada $473 bilion, asas modal dan jangkauan global yang kukuh akan membolehkan Vipro Markets mengembangkan perniagaannya dengan lebih pantas di bawah jenama Tickmill dan juga mengembangkan penawaran produknya kepada pelanggan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Tickmill Group, En. Duncan Anderson, mengulas: "Ini merupakan babak baharu yang menarik untuk Tickmill yang telah menjadi broker yang diiktiraf di seluruh dunia dalam kalangan pedagang algoritma dan saya yakin bahawa pelanggan sedia ada Vipro Markets akan menghargai kemasukan syarikat menjadi sebahagian daripada Tickmill Group yang besar dan kukuh.  Sudah pasti ia akan memberikan perkhidmatan dan produk baharu pada kadar yang lebih pantas di bawah entiti-entiti kami yang dikawal selia di United Kingdom, Cyprus dan Seychelles."

Ketua Pegawai Eksekutif Vipro Markets, En. Valerijus Ovisanikas, mengulas: "Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Tickmill Group. Pendekatan Tickmill yang mengutamakan pelanggan dan reputasi cemerlangnya dalam industri tukaran wang asing sesuai dengan apa yang kami lakukan, siapa kami dan apa yang sentiasa kami cari untuk diberikan kepada pelanggan kami."  

Latar Belakang Tickmill

Tickmill adalah penyedia perkhidmatan perdagangan Forex dan CFD, dibenarkan dan diselia oleh UK FCA dan FSA SC. Menyediakan keperluan pelabur individu dan institusi, Tickmill menawarkan produk dagangan kelas pertama dengan syarat kompetitif dan pelaksanaan yang begitu pantas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.tickmill.com

Latar Belakang Vipro Markets

Vipro Markets adalah sebuah broker tukaran wang asing yang menawarkan perkhidmatan perdagangan runcit dan institusi dengan tumpuan utama kepada Forex dan CFD di Index Saham dan komoditi.

Sila layari: http://www.vipromarkets.com

Kerugian boleh melebihi deposit.

 

Source: Vipro Markets
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers