omniture

Next Story Group Lancar Kafnu di Hong Kong

Ekosistem progresif dan diperkaya untuk usahawan dan minda kreatif
Kafnu
2017-10-06 08:43 1146

HONG KONG, 6 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Next Story Group melancarkan jenama baharu untuk ruang gaya hidup campuran, Kafnu, menerusi pembukaan pangkalan luar pertamanya, Kafnu Hong Kong di Kerry Hotel pada 3 Oktober 2017. Menerusi motonya, 'Cabar kebiasaan', tumpuan utama Kafnu adalah terhadap pembangunan dan pencapaian potensi manusia, di samping menyediakan instrumen, kemudahan dan perkhidmatan bagi menyokong objektif-objektif peribadi.

Dinamakan bersempena khemah induk Himalaya, Kafnu dipandu oleh kepercayaan bahawa 'Seluruh komuniti diperlukan…' untuk membantu usahawan berbakat, golongan profesional, artis dan cendekiawan muda untuk maju ke peringkat seterusnya dalam kerjaya mereka atau dalam kesedaran artistik. Janji jenama Kafnu termasuk program pementoran dan biasiswa untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan.

Semua aspek Kafnu, bermula daripada prinsip reka bentuk berpandukan biofilik dan feng shui kepada bahagian mikro saling terhubung dalam ruang untuk hidup, bekerja, belajar, bermain dan berehat sengaja dipilih untuk menyokong pembangunan kreatif dan ekspresi diri sama ada dalam bidang artistik, teknologi, media atau perniagaan. Selain ruang itu sendiri, yang lengkap dengan sistem IT terkini, Kafnu menyediakan sokongan profesional, pementoran dan bimbingan untuk ahli-ahlinya. Berserta pertukaran dan nasihat rakan sebaya yang timbul secara organik, matlamat jangka panjang Kafnu adalah untuk mewujudkan kesan berlipat ganda kepada ekosistem yang dinamik dan semakin berkembang yang akan mengaplikasikan konsep 'membalas kebaikan terlebih dahulu' dan membantu pencipta dan usahawan masa depan, tanpa mengira industri, usia mahupun tahap pengalaman.

Morris Sim, Ketua Kafnu dan Ketua Pegawai Pemasaran Next Story Group menjelaskan, "Konsep teras Kafnu adalah untuk menyediakan ruang, instrumen dan perkhidmatan bagi menghimpunkan pelbagai kumpulan individu untuk belajar dan membantu satu sama lain, seterusnya mencapai kemajuan sebagai individu serta sebagai satu komuniti."

Pembangunan modal insan dan bakat

Para pengurus komuniti menjadi keutamaan Kafnu dan dipilih dengan teliti semasa proses uji bakat dari segi minat untuk merealisasikan impian mereka. Pengurus komuniti Kafnu merupakan mereka yang amat bersosial dan peramah, kreatif, menyelami sedalam-dalamnya suasana setempat serta pakar perniagaan mereka. Mereka memberi bimbingan kepada ahli-ahli Kafnu, di samping turut dibimbing oleh pihak pengurusan kanan Kafnu.

Bagi meraikan pembukaannya, Kafnu Hong Kong akan menganjurkan perbincangan panel bersama para usahawan tempatan yang terkenal dalam bidang media, alam sekitar dan teknologi bagi membincangkan visi mereka terhadap kejayaan masa depan dalam bidang masing-masing. Demi menyokong komitmen syarikat dalam menyelami suasana setempat, Kafnu dan lima panelis bekerjasama dengan universiti-universiti Hong Kong bagi menganugerahkan seorang pelajar dari setiap universiti dengan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tertentu. Biasiswa ini akan turut menyediakan khidmat pementoran peribadi sepanjang tempoh pembelajaran dan penempatan kerja/latihan amali berpotensi di tempat yang sesuai.

Direka untuk gabungkan kerja dan kehidupan

Ekoran penyelidikan pasaran secara meluas bagi memaksimumkan pembangunan yang berdaya kreatif, Kafnu menggabungkan prinsip-prinsip biofilik terkini dan reka bentuk yang merangsang untuk ruang tersebut. Ini bukan sekadar melibatkan bahagian mikro yang berkeluasan kira-kira 50 meter persegi (540 kaki persegi) yang setiap satunya memisahkan ruang keseluruhan menjadi pod yang boleh diakses, tetapi turut menggunakan lekapan, tekstur dan skema warna bagi mencipta titik tekanan visual demi melegakan mata. Turut menyokong usaha ini ialah ciri kemegahan utama Kafnu – akuaskap yang direka khusus yang menyediakan perjalanan visual dari pintu masuk kepada pemandangan pelabuhan Victoria di luar teres luaran. Akuaskap ini ialah hasil ciptaan pereka dari Hong Kong yang memenangi anugerah David Chow, dan bertujuan untuk memberi 'rasa alam semula jadi' kepada persekitaran hutan konkrit bandar itu.

Teknologi dan perkhidmatan keahlian

Selain IT terkini dan teknologi reka bentuk yang interaktif, Kafnu menawarkan studio muzik dan bilik skrin hijau untuk para artis yang bercita-cita tinggi di lokasi-lokasi terpilih. Ahli-ahli berpeluang memilih untuk berkongsi projek semasa dan kejayaan mereka melalui 'galeri digital' di seluruh kemudahan yang dapat menghubungkan monitor dan skrin sebagai paparan berterusan dalam Kafnu. Galeri yang sama akan digunakan untuk memaklumkan maklumat terkini berita-berita tempatan dan antarabangsa mahupun kisah-kisah yang relevan kepada ahli-ahli. Aplikasi pelengkap pula menyediakan forum perbincangan terbuka untuk ahli-ahli, membolehkan tempahan ruang dan bilik dibuat serta menyenaraikan semua acara akan datang.

Semasa tempoh pelancaran, ahli-ahli akan menerima kredit sebanyak HK$150 untuk kemudahan dan perkhidmatan Kafnu. Pihak-pihak yang berminat boleh mengajukan pertanyaan melalui www.kafnu.com

Pembangunan dan rancangan masa depan

Ditubuhkan pada Jun 2017, Kafnu mempunyai rancangan pembangunan yang amat mantap, termasuk pembukaan Kafnu Taipei pada November 2017 dan hartanah-hartanah di Bangalore, Sydney, Ringwood (Melbourne), Bandar Raya Ho Chi Minh dan Colombo yang dijadual dibuka menjelang tahun 2018. Lokasi-lokasi selanjutnya bakal diumumkan dalam masa terdekat. Tumpuan Kafnu adalah terhadap Lingkungan Pasifik, kawasan-kawasan selatan dan utara Asia di pusat-pusat bandar dengan komuniti media, teknologi, perniagaan dan artistik yang meriah. Ia dijangka membuka 5-10 ruang tahun hadapan.

Syarikat induk Kafnu, Next Story Group (Singapura), membangunkan jenama rintis ini dengan menggabungkan kekuatannya dalam pengendalian hotel, pemasaran jenama, pengurusan dan reka bentuk ruang.
www.nextstory.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Petrie PR 
Linda Petrie - kafnu@petriepr.com
No. Telefon: +852 2521 9608

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20171004/1958497-1LOGO

Source: Kafnu
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Workforce Management/Human Resources New products/services