omniture

Ahli Parlimen Dunia Kutuk Pembersihan Etnik Minoriti Rohingya di Myanmar

Inter-Parliamentary Union (IPU)
2017-10-20 14:17 765

ST PETERSBURG, Rusia, 20 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Komuniti parlimen global hari ini mengutuk pembersihan etnik minoriti Rohingya di negeri Rakhine Utara, Myanmar. Ahli parlimen telah menggesa Kerajaan Myanmar untuk menghentikan serta merta kezaliman dan pengusiran masyarakat Myanmar dan pencabulan hak asasi mereka secara terang-terangan.

Dalam satu resolusi ke atas item kecemasan dalam agendanya, dilaksanakan hari ini di Persidangan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) ke-137, ahli-ahli parlimen menyuarakan kebimbangan ke atas kemasukan seramai sejuta rakyat Rohingya ke Bangladesh dan kesan kemanusiaan dan potensi risiko keselamatan bagi negara tersebut dan rantau ini. Rakyat Rohingya mula lari apabila serangan pemberontak membawa kepada tindakbalas tentera secara besar-besaran.

"Resolusi ini menggesa komuniti parlimen global untuk mengambil langkah tegas  menghentikan pembersihan etnik Rohingya dari negeri Rakhine, dan mengakhiri pencabulan hak kemanusiaan," terang Saber Chowdhury, Presiden IPU. "Kita tidak boleh berada di barisan tepi semasa sejuta rakyat lari daripada keganasan dan penindasan. Krisis ini ialah ancaman besar kepada kedamaian dan keselamatan rantau ini."

Resolusi ini menyarankan dengan tegas kewujudan zon selamat sementara di dalam Myanmar di bawah pengawasan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi semua orang awam tanpa mengira agama dan etnik. Ahli Parlimen juga telah menggesa Parlimen Myanmar untuk membuat pelbagai usaha untuk menghentikan keganasan dan mengakhiri situasi tragik ini.

"Resolusi ke atas item kecemasan di Persidangan tahun ini telah diambil oleh majoriti besar ahli parlimen di seluruh dunia, mencerminkan kebimbangan seluruh komuniti global tentang situasi ini. Saya percaya bahawa isyarat ini akan didengari oleh pihak berkuasa dan ahli-ahli parlimen di Myanmar, dan ia akan membolehkan mereka untuk mengambil langkah-langkah berkesan untuk memulihkan situasi ini dan menghindari bencana kemanusiaan berskala besar," terang Presiden Persidangan, Valentina Matvienko.

Ketua Sekretari IPU Martin Chungong menerangkan, "Situasi di Rohingya tidak boleh diterima. Ia amat penting untuk ahli parlimen dari seluruh dunia bangkit bersama-sama untuk mengutuk kekejaman ini."

Isu lain yang diutarakan sebagai item kecemasan adalah krisis politik di Venezuela dan ancaman kepada kedamaian dan keselamatan antarabangsa kesan daripada ujian nuklear yang dijalankan oleh Republik Demokratik Rakyat Korea. Djibouti, yang menggesa satu resolusi ke atas peranan parlimen dalam mengekalkan keselamatan dan kedamaian antarabangsa, menarik balik gesaan itu sebagai tanda perpaduan untuk mencapai persetujuan ke atas satu item.

Oleh kerana Persidangan hanya boleh mengambil satu item kecemasan sahaja, proses pemilihan meliputi undian di persidangan. Permohonan mesti menerima dua pertiga majoriti undian yang dibuat untuk diterima. Daripada permohonan-permohonan ini, satu yang menerima undian positif paling banyak akan diterima. Untuk Persidangan IPU ke-137, dua usul – ujian nuklear DPKR dan krisis Rohinya – menerima dua pertiga majoriti. Usul ke atas krisis Rohingya menerima undian paling banyak dalam persidangan, dan telah dipilih sebagai item kecemasan.

Source: Inter-Parliamentary Union (IPU)
Keywords: Homeland Security Advocacy Group Opinion Asian-related news