omniture

Dongfeng Motor Corporation bakal Pamer 11 Model dalam Pameran Motor Antarabangsa Vietnam 2017

Dongfeng Motor Corporation
2017-10-24 00:29 843

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 24 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Motor Antarabangsa Vietnam 2017 (VIMS 2017) bakal membuka tirainya secara besar-besaran di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon, Bandar Raya Ho Chi Minh mulai 25 hingga 29 Oktober. Menerusi penganjuran yang terperinci dan perancangan pihak penganjur – Persatuan Pengimport Kenderaan Vietnam dan C.I.S. Vietnam Advertising & Exhibition JSC – VIMS dikenali sebagai "Pameran Motor Pertama Vietnam" dan menjadi acara yang penting dan berskala besar dalam industri import automobil di Vietnam.

Menyedari kewujudan platform yang sangat baik yang disediakan oleh VIMS 2017, Dongfeng Motor Corporation akan mempamerkan 11 produk yang dihasilkan dengan baik semasa pameran tersebut, iaitu Dongfeng Joyear S50, Joyear X5, Joyear XV, Joyear X6, CM7, F600, S500, kenderaan tunda Tianlong KL, pelonggok Tianlong KC, trak ringan Dongfeng Captain N dan siri Lotus gerabak Dongfeng K41G, yang bertujuan untuk menembusi pasaran automobil Vietnam, menginovasi kehidupan penduduk Vietnam menerusi visi dan teknologi Dongfeng.

Pada petang 25 Oktober, Dongfeng Motor Corporation akan mengadakan satu majlis pelancaran untuk Joyear S50, Joyear X5 dan kenderaan tunda Tianlong KL di dewan pameran SECC. Para pegawai kanan kerajaan Cina dan Vietnam, barisan tetamu penting daripada syarikat-syarikat perusahaan dan rakan media yang terkenal di dunia akan turut hadir bagi menyaksikan pelancaran dua model kereta baharu lain oleh Dongfeng. Sepanjang pameran yang berlangsung selama 5 hari itu, satu siri acara termasuk penjelasan teknologi di tapak pameran, permainan interaktif dan persembahan akan diadakan bagi membolehkan hadirin Vietnam melihat dengan lebih dekat model-model kereta terunggul Dongfeng dari pelbagai perspektif.

Sebagai destinasi eksport penting bagi automobil Cina, Vietnam memiliki lokasi geografi yang unggul dan potensi pasaran yang hebat. Dongfeng Motor Corporation telah mendapat pengiktirafan yang meluas daripada para pelanggan di Vietnam menerusi kualitinya yang andal, prestasi yang stabil, penampilan menarik dan harga yang berpatutan menerusi bertahun-tahun komitmen dan pengurusan. Dengan rangkaian perkhidmatannya yang komprehensif, pada dasarnya ia dapat memberi akses kepada aksesori selama 24 jam dan kakitangan perkhidmatan serta pembaikan dalam masa 48 jam. Pada akhir tahun 2016, Dongfeng Motor Corporation mula memperluas operasinya di Vietnam. Ia bukan sekadar memperkenalkan kereta penumpang di Vietnam, tetapi turut menubuhkan kedai 4S pertama di Bandar Raya Ho Chi Minh.

Menuju masa depan, Dongfeng Motor Corporation, selaku syarikat perusahaan milik negara Cina yang berskala luas, akan terus menggalakkan pembangunan inisiatif Jalur dan Jalan yang diperjuangkan oleh kerajaan. Ia akan turut berusaha mewujudkan strategi yang menggabungkan jualan serta perkhidmatan dengan terus membangunkan kedai-kedai 4S di luar China, bagi membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti tinggi, di samping turut meningkatkan imej jenama yang positif di Vietnam dan pasaran global.

Source: Dongfeng Motor Corporation
Keywords: Auto Transportation Trade show news