omniture

Infinitus Taja Generations bagi Regata Antarabangsa Piala China 2017

LKK Health Products Group
2017-10-25 16:45 1015

SHENZHEN, China, 26 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Generations, pasukan pelayaran yang ditubuhkan oleh anggota-anggota Keluarga Lee Kum Kee, akan membuat kemunculan sulung dalam Regata Antarabangsa Piala China mulai 26 hingga 29 Oktober 2017. Penyertaannya ditaja oleh Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group. Lebih 1500 pelayar hebat dari lebih 40 wilayah dan negara akan bersaing dalam pelbagai kategori di sekitar Daya Bay berhampiran Shenzhen.

Infinitus Sponsors the Generations for the China Cup International Regatta 2017
Infinitus Sponsors the Generations for the China Cup International Regatta 2017

Regata berasal dari Eropah. Ia merupakan salah satu pertandingan sukan antarabangsa tertua di dunia dan telah lama dimasukkan dalam Sukan Olimpik sebagai program biasa yang menuntut keberanian, kebijaksanaan dan ketahanan. Selama lebih seabad lamanya, Keluarga Lee Kum Kee berpegang kepada semangat "Keusahawanan Berterusan", dengan menekankan kesinambungan perniagaan dan juga inovasi. Tatkala mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran sos dunia, Keluarga Lee Kum Kee memulakan perniagaan kesihatan herba Cina dari bawah, komited bukan sahaja terhadap rasa yang lebih enak, tetapi juga kehidupan yang lebih sihat dan lebih gembira untuk orang awam. Pendekatan perniagaan ini bertepatan dengan semangat regata yang mencabar para pelayar untuk menerobos sempadan diri tatkala perahu layar melawan ombak besar dan arus di lautan.

Generations diketuai oleh Eddy Lee, anggota daripada generasi keempat Keluarga Lee Kum Kee. Eddy pernah menyertai banyak acara pelayaran besar dan membentuk satu pasukan yang menghimpunkan sekumpulan ahli-ahli profesional pelayaran yang berpengalaman, termasuk mereka yang pernah beberapa kali bersaing dalam Piala China, bagi menyumbang pengalaman berharga untuk pertandingan tersebut di perairan Cina.

Latar Belakang Regata Antarabangsa Piala China (www.chncup.com)

Regata Antarabangsa Piala China diwujudkan pada tahun 2007. Acara ini tersenarai dalam kalendar pelayaran World Sailing (dahulunya ISAF) sejak tahun 2010, dan dianugerahkan sebagai Regata Asia Terbaik Tahunan sebanyak 5 kali. Sebagai regata bot besar antarabangsa pertama dalam sejarah Cina, Piala China berkembang menjadi acara pelayaran paling berpengaruh di seluruh rantau Asia Pasifik selepas menjalani pembangunan selama 11 tahun.

Latar Belakang LKK Health Products Group (www.lkkhpg.com)

LKK Health Products Group, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, ditubuhkan oleh Keluarga Lee Kum Kee pada tahun 1992. Syarikat mengendalikan pelbagai segmen perniagaan melibatkan produk kesihatan herba Cina, pelaburan hartanah, perladangan dan perdagangan herba Cina serta modal usaha niaga untuk syarikat-syarikat baharu. Tanda dagangan Syarikat merangkumi Infinitus, Tianfangjian dan Happiness Capital. 

Ikuti kami melalui Facebook dengan mencari: lkkhpg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171023/1972339-1

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Sporting Events Sports