omniture

Hisense Perkenal Laser TV Pintar Ultra HD 4K 100" Terkini

Hisense
2017-10-26 20:56 1086

Menawan, Serba Boleh dan Pastinya Mengagumkan

Laser TV Hisense merupakan yang pertama seumpamanya bercirikan keupayaan televisyen penuh dengan sistem audio Harman Kardon® terbina dalam

SUWANEE, Ga., 26 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju teknologi global, hari ini mengumumkan ketersediaan Laser TV Pintar Ultra HD 4K 100" Hisense, sebuah sistem yang mencerminkan masa depan hiburan rumah skrin besar premium. Menggabungkan teknologi teater filem, estetika yang elegan dan pemasangan yang lancar, Laser TV Hisense direka untuk mewujudkan pengalaman televisyen 100" dan hiburan canggih yang menakjubkan, di sebarang kediaman.

Teknologi sumber cahaya proprietari milik Hisense membawakan imej tajam yang hebat kepada Laser TV, mempersembahkan warna yang asli dan kecerahan yang luar biasa di dalam sesebuah bilik, bukan hanya bilik teater dengan cahaya terkawal.
Teknologi sumber cahaya proprietari milik Hisense membawakan imej tajam yang hebat kepada Laser TV, mempersembahkan warna yang asli dan kecerahan yang luar biasa di dalam sesebuah bilik, bukan hanya bilik teater dengan cahaya terkawal.

"Inilah masanya untuk memikirkan semula TV," kata Dr. Lin, Naib Presiden Hisense Group. "Selain pengalaman menonton yang luar biasa, Laser TV Hisense boleh digabungkan ke dalam persekitaran kediaman dengan mudah kerana ia tidak memerlukan persekitaran khusus yang gelap atau peralatan yang rumit. Skrin 100" yang nipis, ringan tergantung dengan elegan, melengkapkan mana-mana ruang dan gaya reka bentuk."

Gambar Pawagam yang Tajam

Sumber teknologi cahaya proprietari milik Hisense memberikan imej yang sangat tajam untuk sebuah Laser TV, mempersembahkan warna yang asli dan kecerahan yang luar biasa dalam mana-mana bilik, bukan hanya bilik teater kediaman dengan cahaya terkawal. Gambar dikuasakan oleh cip DMD UHD 4K Texas Instruments DLP® -- satu cara perintis untuk mempersembahkan imej televisyen – membawakan lebih daripada 8 juta piksel ke skrin.

Di samping itu, Laser TV Hisense memberikan imej lebih cepat daripada TV LED disebabkan oleh Teknologi Smooth Motion PlusTM, yang membolehkan imej lancar, jelas, yang ideal untuk adegan aksi pantas dan sukan.

Pengalaman Audio Sinematik

TV Laser Hisense menandakan kerjasama pertama antara Hisense dan penyedia utama industri penyelesaian audio, HARMAN International. Direka untuk menyediakan pengalaman sinematik sebenar, sistem audio Harman Kardon menawarkan julat dinamik yang hebat, ketepatan yang luar biasa dan bunyi yang memenuhi ruang hampir tanpa herotan.

Jurutera-jurutera HARMAN mereka khas sistem audio untuk dipadankan dengan teknologi gambar premium. Sistem 2.1 mempunyai 5 pembesar suara, 2 masing-masing di saluran kiri dan kanan dan 6.5" subwufer tanpa wayar untuk memberikan bes yang dalam dan beraneka. Sistem ini menawarkan 110 watt bunyi yang memenuhi bilik.

"Untuk melengkapi video luar biasa yang ditawarkan oleh Laser TV Hisense, jurutera-jurutera kami telah menetapkan piawai yang tinggi bagi kualiti audio," kata Dave Rogers, Naib Presiden Kanan & Pengurus Kanan Audio Pengguna di HARMAN. "Hasilnya ialah salah satu sistem audio terbaik Harman Kardon yang pernah kami reka dan bina. Ia sangat bagus sehinggakan pengguna akhir tidak perlu menggunakan bar bunyi atau sistem komponen audio yang berasingan. Kami yakin bahawa pelanggan Hisense akan mendapat pengalaman hiburan yang terbaik dengan Laser TV."

Kandungan Boleh Diakses

Pemotong kord akan menyukai penala TV terbina di dalam yang menawarkan akses serta merta kepada kandungan tanpa wayar – tanpa memerlukan kotak atas set. Antara muka TV Pintar Hisense yang disesuaikan menjadikan akses kepada aplikasi terbina di dalam seperti Netflix, Amazon Video, Pandora, TikiLIVE, YouTube dan lain-lain ringkas dan mudah.

Laser TV Hisense terbina dengan baik disebabkan oleh Skrin Anti-Silau 100" Screen Innovation® yang sangat nipis, ringan, yang menyebarkan warna dan cahaya dengan sekata, menawarkan gambar yang tajam dan terang dalam mana-mana ketetapan, tanpa mengira cahaya persekitaran. Ia mengarahkan imej dengan sempurna dan menawarkan kedudukan penglihatan yang jauh lebih luas berbanding skrin LCD. Skrin ini mudah untuk digantung dan tanpa wayar atau pemasangan yang intrusif, ia bergabung dengan ruang bilik dengan cepat dan mudah. Secara keseluruhannya, ia merupakan penyelesaian yang lancar dan elegan bagi kediaman moden.

Laser TV Pintar Ultra HD 4K 100" Hisense kini sedia untuk dijual di peruncit seluruh negara dan di Hisensedirect.com. Untuk maklumat lanjut layari www.hisense-usa.com/lasertv.

Laser TV Pintar Ultra HD 4K 100" Hisense

  • Resolusi Ultra HD 4K
  • Upscaler UHD
  • 3,000 Lumen untuk Kecerahan Optimum
  • Penala TV
  • Platform TV Pintar Hisense
  • Pembesar Suara dan Subwufer Tanpa Wayar 110 Watt Kardon Terbina dalam
  • Skrin Anti-Silau 100" Screen Innovations
  • Cip peranti cermin mikro digital UHD 4K DLP
  • 2 Input HDMI  
  • Sumber Cahaya Berjangka Hayat 20,000 jam
  • Cadangan Harga Runcit Pengilang (MRSP): $9,999

Latar Belakang Hisense USA Corporation dan Hisense Company Ltd.

Hisense USA Corporation menawarkan rangkaian produk teknologi yang inovatif yang mengubah industri elektrik pengguna, mencabar persaingan dan menyediakan nilai ketara kepada pengguna. Dikeluarkan dan diedarkan di seluruh Amerika Utara, produk portfolio Hisense USA Corporation termasuk televisyen, peti sejuk, penghawa dingin, penyahlembap, pendingin minuman dan peti sejuk beku.

Hisense Company Ltd. ialah pengilang teknologi pengguna multinasional dan salah satu jenama televisyen terbesar di dunia dengan kedudukan pasaran TV nombor 1 di China selama 13 tahun berturut-turut. Syarikat komited untuk memajukan industri teknologi pengguna di seluruh Amerika Utara dan telah mendedikasikan pusat R&D di Atlanta, GA; San Jose, CA; dan Toronto, Canada untuk membolehkan pembangunan dan inovasi produk setempat.

Produk-produk Hisense boleh didapati di lebih 130 buah negara dan wilayah, dengan kemudahan pengeluaran di China, Afrika Selatan, Republik Czech dan Mexico, serta pejabat-pejabat jualan di seluruh Amerika Utara, Eropah, Australia, Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Latar Belakang HARMAN:

HARMAN (harman.com) mereka dan membina produk dan penyelesaian terhubung bagi pembuat kereta, pengguna, dan perusahaan di seluruh dunia, termasuk sistem kereta terhubung, produk audio dan visual, penyelesaian automasi perusahaan; dan perkhidmatan yang menyokong Internet Komunikasi Benda. Dengan jenama-jenama terkemuka termasuk AKG®, Harman Kardon®, Infinity®, JBL®, Lexicon®, Mark Levinson® dan Revel®, HARMAN dikagumi oleh penggemar audio, pemuzik dan tempat-tempat hiburan di mana mereka membuat persembahan di seluruh dunia. Lebih daripada 50 juta kereta yang berada  di jalan raya hari ini dilengkapi dengan audio dan sistem kereta terhubung HARMAN. Perkhidmatan perisian kami memperkasa berbilion peranti mudah alih dan sistem terhubung, bersepadu dan selamat di semua platform, dari tempat kerja atau rumah ke kereta dan mudah alih. HARMAN mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 30,000 orang di seluruh Amerika, Eropah dan Asia. Dalam bulan Mac 2017, HARMAN telah menjadi subsidiari penuh Samsung Electronics Co., Ltd.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171025/1973647-1

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services