omniture

GFSI Lancar Global Markets Awards 2018; Raikan Kejayaan Pembangunan Keupayaan Keselamatan Makanan

Global Food Safety Initiative
2017-10-31 08:17 484

PARIS, 31 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Global Food Safety Initiative (Inisiatif Keselamatan Makanan Global, GFSI) dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Global Markets Awards 2018. Bagi edisi kedua kali ini, Anugerah-Anugerah ini akan mengiktiraf syarikat-syarikat dari seluruh dunia yang memanfaatkan Program Pasaran Global GFSI dengan cara yang boleh dicontohi dalam usaha mereka ke arah sistem keselamatan makanan bertaraf dunia. Para penerima anugerah akan diberi penghormatan di atas pentas dalam Persidangan Keselamatan Makanan Global GFSI dan akan mendapat manfaat daripada perjalanan dan kehadiran bagi persidangan penuh ini dan Discovery Tours, yang diadakan di Tokyo, Jepun mulai 5 hingga 8 Mac 2018.

Perjalanan menuju Makanan Selamat untuk Pengguna Di Mana-mana Jua
Global Markets Awards GFSI ialah peluang unik bagi mengetengahkan usaha-usaha pengendalian makanan bagi meningkatkan keupayaan mereka demi menghasilkan makanan yang selamat, selari dengan visi GFSI iaitu makanan selamat untuk pengguna di mana-mana jua.

Program Pasaran Global GFSI menunjukkan sejauh mana syarikat-syarikat yang kekurangan atau mempunyai sistem keselamatan makanan yang kurang maju dapat menangani cabaran untuk menyediakan makanan yang selamat, mengurangkan bahaya dalam rantaian bekalan makanan global dan berusaha ke arah akses pasaran. Ia menyediakan pintu masuk yang tidak diakreditasi kepada syarikat-syarikat ini menerusi program langkah-demi-langkah yang diwujudkan untuk membangunkan kapasiti dalam pengendalian pengeluaran dan pembuatan, serta melaksanakan penambahbaikan yang berterusan.

Mengiktiraf Syarikat-syarikat Makanan dan Minuman dari Serata Dunia
Syarikat-syarikat makanan, ladang-ladang atau kemudahan-kemudahan boleh membuat permohonan dengan memperlihatkan langkah perjalanan keselamatan makanan mereka dan menunjukkan penggunaan Program Pasaran Global mereka bagi mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk makanan yang lebih selamat.

Anugerah-Anugerah tersebut bertujuan untuk menonjolkan kepelbagaian geografi bagi pelaksanaan Program Pasaran Global, menerusi kategori-kategori untuk Afrika, Asia, Amerika Latin dan seluruh pelosok dunia, selain satu kategori untuk negara tuan rumah bagi Persidangan Keselamatan Makanan Global 2018.

Panel Terdiri Daripada Pakar-pakar dan Ahli-ahli Akademik Ternama bagi Keselamatan Makanan
Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Pemilihan telah dibentuk bagi edisi Anugerah tahun 2018, yang terdiri daripada pakar-pakar dengan pelbagai latar belakang, berserta wakil-wakil daripada sektor awam serta swasta dan mencakupi empat benua. Jawatankuasa Pemilihan dipengerusikan oleh Mike Taylor, mantan pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Jawatankuasa Pemandu menyediakan keperluan permohonan dan kriteria pemarkahan, dengan memberi perhatian khusus kepada aspek keterangkuman dan kepelbagaian.

GFSI berbesar hati dapat bekerjasama dengan greenfence, yang begitu bermurah hati menaja anugerah-anugerah penting ini bagi tahun kedua berturut-turut.

Permohonan anugerah-anugerah ditutup pada hari Jumaat, 1 Disember 2017 pada jam 6.000 petang waktu Eropah Tengah. Untuk mengetahui lebih lanjut dan memohon, layari http://awards.mygfsi.com/

Hubungi: l.prevert@theconsumergoodsforum.com 

Source: Global Food Safety Initiative
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Awards Trade show news